Followers

Thursday, June 10, 2010

Sayangku Casper : Bab 28

SEORANG lelaki separuh umur dan berkaca mata sedang duduk membaca majalah di ruang makan. Wajahnya serius namun kekacakannya masih terserlah. Dia hanya membiarkan sahaja beberapa orang pelayan menghidangkan makanan, sambil dia meneruskan pembacaan. Tiba-tiba, telinganya menangkap satu bunyi. Dia menghentikan pembacaan lalu melarikan wajahnya dari paparan majalah.

Matanya merenung tajam ke arah seorang pelayan yang memandangnya takut-takut. Bebola matanya beralih arah. Merenung kain alas meja di hadapannya yang sudah menyerap cairan kopi yang ditumpahkan wanita itu sebentar tadi.

“Ma..maaf tengku, sa…saya tak sengaja.” Pelayan itu tergagap-gagap memohon maaf. Dia hanya memandang wajah di hadapannya tanpa sebarang emosi.

“Vernon..” Dia memanggil.

Seorang lelaki bertubuh kurus tinggi segera menghampirinya lalu tunduk hormat. “Ya tengku?”

“Pecat perempuan bodoh ni! Aku tak perlukan pelayan yang cuai bekerja dengan aku.” Perintah lelaki itu dengan suara tegas.

Si pelayan yang mendengar kata-kata lelaki itu segera menangis dan merayu. “Tengku, tolonglah saya tengku. Jangan pecat saya, nanti keluarga saya susah. Saya janji saya takkan buat lagi. Saya takkan cuai lagi. Beri saya peluang kedua tengku.” Rayu wanita itu sambil teresak-esak.

Tengku Adrian berpaling. Senyuman sinis meleret di bibirnya.

“Peluang kedua? Apa yang buat kau fikir kau berhak dapat peluang kedua? Kau hanya orang gaji yang tak berpelajaran. Kolot! Semuanya hanya menyusahkan!” Getus Tengku Adrian. Dia menjeling ke arah Vernon yang segera tahu maksud lirikan mata lelaki itu. Vernon mengisyaratkan sesuatu. Tak lama kemudian, empat lelaki berpakaian serba hitam segera mengheret keluar pelayan itu yang menjerit-jerit minta dikasihani.

Vernon yang memerhatikan situasi di hadapannya hanya mampu menarik nafas panjang. Meskipun dia kasihan dengan pelayan wanita tersebut yang tidak sengaja menumpahkan kopi di hadapan Tengku Adrian, namun dia tidak ada kuasa dan kudrat untuk membantu.

Wajah Tengku Adrian yang sedang menyambung makannya yang tergendala sebentar tadi dilirik diam-diam. Hatinya mengeluh kesal. Sudah lama dia mengenali lelaki itu dan bekerja dengan Tengku Adrian. Malah dia sudah bersumpah dengan almarhum ayahanda Tengku Adrian untuk terus berada di sisi lelaki itu dan melindunginya. Tapi adakalanya sikap Tengku Adrian dirasakannya agak keterlaluan dan kejam. Dahulu lelaki itu bukan begitu! Keluh Vernon di dalam hati.

“Vernon, kau dah dapat cari Rafique?” Tanya Tengku Adrian tak disangka-sangka. Vernon separuh gugup. Mujurlah lamunannya tidak berpanjangan. Dia menarik nafas sebelum menjawab.

“Kami masih belum menemui Tengku Rafique, tengku.” Jawab Vernon.

Tengku Adrian menoleh. Renungannya singgah ke wajah Vernon pula.

“Budak mentah macam dia pun kau tak boleh cari?” Sindir Tengku Adrian. Wajahnya bersahaja tapi tetap gerun dipandang. Vernon menelan liur.

“Maaf tengku, saya akan terus kerahkan orang-orang saya cari Tengku Rafique sampai jumpa.” Ujar Vernon.

Tengku Adrian mengeluh panjang. “Lupakan dulu fasal Rafique, Vernon. Aku nak tahu fasal Adelie. Kau dah jumpa dia?” Tengku Adrian mengalih pertanyaan.

“Kami sudah mencarinya di kolej tempat dia belajar, tapi mereka tidak ada maklumat tentang Adelie De’ Casper.” Ujar Vernon.

Tengku Adrian ketawa kecil. “Tentulah. Kau ingat Faruk begitu bodoh dan gunakan nama itu di sini? Cari alamatnya dan intip orang-orang di rumah itu.” Arahnya.

“Baik tengku.” Vernon mengangguk. Patuh!

Sepeninggalan Vernon, Tengku Adrian memandang cover hadapan majalah Times yang sedang dibacanya. Wajah lelaki di dalam majalah itu dipandang serius. Lelaki itu kelihatan segak bergaya di dalam kulit majalah. The Legacy of The Brilliant Billionaire! Begitulah tajuk yang tertera pada majalah itu.

Faruk! Nama itu disebut berulangkali. Dia masih ingat akan raut wajah lelaki itu. Kacak dan bijak. Faruk malah disukai oleh ramai orang walau di mana sahaja lelaki itu berada. Malah lelaki itu tergolong seorang yang pandai bergaul meskipun bukan tergolong dalam keluarga bangsawan sepertinya. Tapi itulah yang membuatkan dia mencemburui Faruk. Bagaimana anak seorang petani biasa boleh bersaing dengannya yang merupakan keturunan kerabat diraja? Mustahil! Sama mustahil dengan persahabatan mereka yang dipenuhi dengan ketamakan dan iri hati. Sejak awal dia tidak pernah menganggap lelaki itu sahabatnya. Sebaliknya dia menganggap Ahmad Faruk adalah seteru yang harus dihapuskan!

Tapi kini Ahmad Faruk bukan lagi orang biasa seperti dulu. Lelaki itu adalah jutawan yang memiliki banyak rangkaian perniagaan. Dan kerana gambar Ahmad Faruk yang tersiar itulah, dia mengambil keputusan pulang ke Kuala Lumpur. Ada sesuatu yang harus dilakukannya!

3 comments:

agent_sesat said...

sabar yer ngan rafique nie~~ eeeeiii....

nursya said...

awat la si rafique nie blur sgt...
eeeiii...
wat geram jer..

IVORYGINGER said...

hahaha... Lawak la Tia n Rafique ni.
Good job kak Anita. Sy sgt suka ceta ni. :D

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!