Followers

Friday, February 19, 2010

Sayangku Casper : Bab 15

BERPELUH-PELUH Davian menanti di bawah terik mentari. Lepas seorang-seorang pelajar kolej yang berpusu-pusu di kaki lima itu diteliti dari pintu masuk kolej itu. Sampai berpinar biji matanya melihat ribuan penuntut-penuntut kolej yang asyik bergegas ke sana ke mari. Tapi satu pun tidak menyerupai wajah budak perempuan yang sedang berbasikal di dalam gambar yang dipegangnya.

Davian menyeka peluh di dahi. Matanya melirik ke arah Rafique yang sedang bersandar di bawah sebatang pokok tidak jauh dari tempatnya berdiri. Mata lelaki itu terpejam rapat. Davian mengeluh panjang. Amboi sedapnya kau membuta! Aku ni, kau suruh cari budak tu. Kau pulak tidur dah berjam-jam kat situ. Tak aci betul! Keluh Davian sambil menghela nafas panjang.

Tengah sedap-sedap dia mengutuk teman baiknya, tiba-tiba mata Davian terpandang sebuah kereta hitam bercermin gelap serta berplat aneh sedang menanti giliran diperiksa oleh pengawal keselamatan kampus. Melihat kereta itu, hati Davian serta-merta kecut. Cepat-cepat dia berlari ke arah Rafique yang masih terlena.

“Raf! Bangun!” Davian mengejutkan Rafique. Lelaki itu segera membalikkan tubuh. Namun mata lelaki itu masih terpejam rapat. Bunyi nafas Rafique jelas kedengaran.

“Raf, bangunlah cepat!” Davian semakin kalut.

“Apa dia?” Nada suara Rafique keras. Dia geram kerana tidurnya diganggu. Apa benda si Davian ni hendak? Tapi dia malas mahu membuka matanya.

“Kau dah jumpa ke budak tu?” Soalnya acuh tak acuh.

“Belum.”

“Kalau macam tu cari sampai jumpa. Jangan kacau aku tidur.” Getus Rafique seraya membalikkan tubuhnya separuh mengerekot di bawah pokok itu.

Davian terkedu. Dia menggaru kepala tidak gatal. Pulak dah!

“Woi Raf, bangunlah. Aku baru je nampak orang-orang daddy kau kat sini. Diaorang nak cari kau tu.” Getus Davian dengan nada meninggi.

“Hah?” Rafique terkejut lantas membuka mata. Terpisat-pisat dia memandang wajah temannya. Biar betul!

“Tu hah!” Davian menjuih bibir ke arah deretan kereta-kereta yang berada di hadapan pondok pengawal. Mata Rafique terbeliak memandang sebuah kenderaan berwarna hitam. Dia cam kereta itu memang milik pengawal-pengawal peribadi yang diupah ayahnya. Melihat kereta itu baru sahaja melepasi pondok pengawal, Rafique segera menarik tangan Davian lalu menyembunyikan diri. Dia menanti sehingga kereta itu melewatinya sebelum menghilang.

“Nak ke mana?” Tanya Davian berlagak bodoh.

“Nak pergi mana lagi? Mestilah aku nak blah dari sini sebelum mereka nampak aku kat sini.” Bentak Rafique. Davian tersengih lalu segera mengekori Rafique ke arah lot parkir yang terletak tidak jauh dari situ.

Sampainya mereka di kawasan parkir lot, mulut Rafique tiba-tiba melopong. Dia menoleh ke arah Davian yang berada di belakangnya. Langkah Davian turut terhenti. Terkesima melihat Rafique yang merenung tajam ke arahnya.

“Apasal Raf?” Tanya Davian bingung.

“Davian, aku cakap kau blur, kau naik marah pulak. Tapi kau memang betul-betul mamat blur.” Keluh Rafique seraya mencangkung di hadapan kereta Davian.

Davian menggaru kepala lagi. Apasal pulak?

Rafique mengetap bibir. “Masa kau letak kereta ni, ada tak kau jenguk-jenguk sikit kat mana kau letak kereta ni?”

“La aku letak kat parkir kosong la. Salah ke?”

“Salah tu kau jangan tanya aku. Pergi tanya kat pihak pengurusan kampus, apasal diaorang clamp kereta kau ni?” getus Rafique dengan wajah merah padam.

“Hah clamp? Mana?” Davian gelabah. Matanya tiba-tiba terpandang dua biji tayar keretanya di bahagian hadapan yang sudah disekat.

“Alamak, habis aku!” Keluh Davian.

Rafique merengus. Malas mahu melayan keluhan Davian, dia membelek sesuatu di hadapan kereta Nissan Sentra lelaki itu. Tiba-tiba ketawa Rafique meledak keluar. Davian terpinga-pinga tidak mengerti,

“Apasal kau ketawa?” Davian tidak puas hati.

“Cuba kau datang sini dan baca apa benda yang tertulis kat papan ni.” Suruh Rafique bersama deraian ketawa yang semakin berlanjutan.

Davian menurut tanpa banyak soal. Tapi sebaik dia melihat papan tanda yang terpacak di hadapan tempat parkir itu, Davian terkedu. Alamak! Aiseh, macamana aku boleh terparking kat tempat dekan pulak ni? Patutlah kena clamp, keluh Davian. Matanya sempat menjeling Rafique yang ketawa mengekek geli hati.

“Hebat kau. Curi tempat parking dekan.” Usik Rafique. Dia ingin menyambung usikan nakalnya pada Davian. Tapi sebaik terpandang kereta hitam tadi sedang memasuki kawasan parkir lot itu seolah-olah mencari ruang kosong untuk meletakkan keretanya, Rafique segera menarik tangan Davian lalu cepat-cepat beredar dari situ. Mereka menuju ke arah sebuah dewan kuliah yang terletak tidak jauh dari situ.

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!