Tiga
tahun yang lalu…
“DOKTOR,
ini pelajar-pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka sudah diagih
untuk membantu kita di sini selama seminggu,” ujar seorang matron yang
bertanggungjawab menyelia perjalanan bantuan yang diberikan.
Farid tersenyum lebar
memandang setiap wajah anak-anak gadis di hadapannya. Antara tujuh orang yang
berada di situ, entah kenapa matanya lebih tertumpu pada seraut wajah manis
yang asyik tersenyum memandangnya. Wajah itu cukup ceria, cukup menyenangkan
hati sesiapa yang memandang. Malah si gadis begitu ringan tulang membantunya
apa sahaja. Jika dia tidak dapat memanggil jururawat yang sepatutnya
membantunya, gadis itulah galang gantinya.
“Doktor perlukan apa-apa
lagi?” Lembut suara itu bertanya.
Dia hanya menggeleng
seraya tersenyum.
“Lepas habis sesi ni,
saya belanja awak makan ya. Sebab awak banyak membantu hari ni.” Pelawanya.
Memang dia tidak ada niat apa-apa. Dia ikhlas mahu membelanja anak gadis itu
tanda terima kasihnya yang tidak terhingga.
“Your treat?”
Wajah itu bersinar-sinar kegembiraan.
Dia hanya ketawa melihat
respon tak diduga itu.
“Mestilah saya yang
belanja, apa sahaja untuk Cik Suri Imani,” ujarnya tergelak.
“Kita berdua sahaja?”
Dia mengerutkan dahinya.
“Suri nak bawa sesiapa
lagi? Okey, tak ada masalah.”
“Eh tak, just two of
us.” Gadis itu cepat-cepat memintas cakap-cakapnya.
Dia hanya mampu menggeleng
kepala. Kenakalan gadis itu entah kenapa menghiburkan hatinya.
“You know what,
wajah Suri ni macam familiar sangat. Macam saya pernah jumpa dulu,”
ujarnya sebaik memandang anak gadis itu lebih lama. Sepasang mata yang redup
itu entah kenapa seperti pernah dilihatnya sebelum ini.
Suri Imani terkelip-kelip
memandang ke arahnya.
“Mungkin kita pernah
jumpa, hanya doktor sahaja yang tak ingat,” ujar Suri Imani.
Gilirannya terdiam.
“You don’t remember me
do you?”
Dahinya semakin berkerut
lebar. Hairan sekaligus terasa aneh dengan pertanyaan itu. Malah rasa
membuak-buak ingin tahu apakah selama ini Suri Imani mengenalinya?
“Awak kenal saya?”
Tanyanya berhati-hati.
Suri Imani mengangguk
seraya tersenyum.
“Siapa yang boleh lupakan
orang yang pernah selamatkan saya,” ujar si gadis.
Dia terpinga-pinga. Apa
maksud gadis itu?
Suri Imani tiba-tiba
menyelak helaian rambutnya, lalu menunjukkan parut sepanjang 3.5 cm di atas
dahinya, tersembunyi antara celahan anak-anak rambut yang berjuntai.
Dia memandang gadis itu.
Terkejut. Serta-merta ingatannya tumpah pada seorang anak gadis yang bertarung
nyawa untuk hidup dua tahun yang lalu. Gadis itu dilanggar kereta, dan koma hampir dua minggu lamanya selepas
pembedahan. Ketika itu dia seorang doktor residen di hospital itu. Si gadis
bukan pesakitnya, tetapi masa lapangnya banyak dihabiskan untuk gadis itu,
bercakap-cakap dengan sekujur tubuh yang lemah longlai tidak sedarkan diri.
Matanya kembali ke arah
Suri Imani yang sedang tersenyum. Mula mengulit wajah di hadapannya. Dan saat
matanya bersatu dengan sepasang mata milik gadis itu, segala-galanya semakin
jelas di fikiran.
“Gadis yang koma tu Suri
ya?” Tanyanya hampir tidak percaya.
“Ingat saya sekarang?”
Dia hanya mampu ketawa
lalu mengangguk. Aneh bagaimana takdir mempertemukan mereka. Beberapa tahun
lalu dia menjadi ‘babysitter’ anak gadis itu, dan kini wajah yang riang
gembira muncul di hadapannya. Gadis yang sama yang mempunyai parut kecil di
dahinya.
“Gambar dia?” soal suatu
suara. Dia tergaman lalu berpaling. Muncul Doktor Syafiq di muka pintu,
tercegat memerhatikannya.
Dia lekas-lekas menyimpan
gambar lama Suri Imani dan dirinya ketika ia diambil semasa program Bakti Siswa
tiga tahun yang lalu.
“Jangan asyik tengok
gambar sahaja kawan. Call dia, minta maaf. Semuanya akan selesai. Aku
dah pernah jumpa Darlina. Dia bukan gadis yang keras hati. Kau pujuk dia,
lambat laun okeylah tu,” ujar Syafiq prihatin.
Farid terdiam tanpa
sebarang komen. Dia tahu Syafiq menyangka yang dia sedang merenung gambar
Darlina Husna, walhal sebenarnya gambar Suri Imani yang sedang dilihatnya.
“Darlina tak nak jumpa
aku, atau bercakap dengan aku. Hatinya dah shut down untuk aku.” Keluh
Farid.
“Kalau dia shut down,
then kau turn on la balik hati dia. Come on Farid, aku
tahu kau cintakan Darlina. Tapi pelik sungguh dengan keadaan kau ni. Aku masih
tak faham kenapa adik ipar kau tu buat macam ni. Dia memang ada hati dengan kau
sejak bila?” soal Syafiq ingin tahu.
Farid menggeleng. Hatinya
tercalar sedikit mendengar pertanyaan Syafiq yang agak terus-terang itu. Itulah
pertanyaan yang turut diajukan ayah dan ibunya sendiri tentang hubungannya
dengan Suri Imani.
“Do you have any
feelings for her? Tell me now.”
“No
pa, it’s not like that.”
“Then
what is going on?”
“I don’t know. Please
pa, jangan tanya Farid apa-apa lagi. Farid tak tahu apa lagi yang harus
Farid jawab. Farid tak ada apa-apa hubungan dengan Suri. Darlina yang Farid
cintai, bukannya Suri.”
“Tapi dia mengaku dia
sayang kamu. Dan kamu sendiri pernah cerita dengan papa yang kamu kenal Darlina
melalui Suri. Takkan selama ini kamu hanya main-mainkan perasaan Suri sahaja.”
Tuduh Doktor Maliki.
“Pa, Suri tu pesakit yang
Farid pernah jaga. Farid ambil berat fasal dia, tapi itu bukan perasaan cinta.”
Dia cuba menyakinkan ayahnya.
“Are you sure Farid?
Seorang gadis takkan berani bertindak seperti Suri Imani, jika dia yakin dia
hanya bertepuk sebelah tangan selama ini.” Doktor Maliki beramaran.
Dia hanya mampu terdiam
mendengar kata-kata si ayah itu. Ya Tuhan, apakah selama ini aku telah memberi
harapan pada Suri Imani tanpa disedari?
No comments:
Post a Comment