Followers

Tuesday, August 31, 2010

Mitos Cinta Suria : Bab 21

DIA membuka kembali gambar-gambar yang tersimpan dalam folder di dalam desktop komputer ribanya. Matanya meneliti lagi setiap imej yang dirakam di tempat kejadian, namun dia gagal menemukan sebarang petunjuk lain.

Dia menghambur nafas resah. Ingatannya tiba-tiba singgah pada kata-kata ayahnya sebentar tadi. Dia benar-benar tidak faham kenapa kali ini lelaki itu melarangnya dari terlibat dengan kes ini. Kenapa baru sekarang ayahnya melarang?

Suria mengeluh panjang. Dalam satu hari, dia menerima bantahan serentak dari dua lelaki agar tidak terlibat dengan kes yang sedang disiasatnya. Tiba-tiba dia teringat pada peristiwa di pejabat tengahari tadi. Keberaniannya bersemuka dengan Nazrul hanya menambahkan runsingnya sahaja.

“We need to talk.” Ujarnya sudah tidak peduli pada mata-mata yang memandang dari dalam ruangan lift. Nazrul menatapnya sambil tersenyum. Lelaki itu kemudian menapak keluar dari dalam lift lalu menyusun langkah ke biliknya. Dia turut mengekori langkah Nazrul.

Nazrul tersenyum ke arahnya sebelum membuka kot yang dipakainya. Kot itu lalu disangkutkan di salah satu tiang yang ada di situ. “Nak minum apa-apa?” Tanya Nazrul lembut.

“Nazrul, saya….”

“Please have a seat Suria.” Pintas Nazrul sebelum sempat dia bersuara. Dia menarik nafas panjang. Suruhan Nazrul dibuat endah tidak endah.

“Macam marahkan saya aje, kenapa?” Soal Nazrul lembut.

“Saya nak tahu, betulkah awak yang minta Encik Akhbar alihkan tugas saya dari membuat susulan kes di Puchong tu?” Soalnya sudah tidak sabar.

“I have my own reason.” Jawab Nazrul tenang.

“Encik Nazrul, ini berita saya. Saya yang bertanggungjawab untuk buat follow-up berita tu. Awak tak boleh senang-senang gantikan saya macam tu aje.” Bantahnya berterus-terang.

“Apa salahnya saya gantikan Suria, sedangkan Suria boleh dapat berita yang lebih besar dari ini? Lagipun saya ada hak untuk menggantikan sesiapa sahaja.” Pintas Nazrul seraya memandangnya.

Dia melirik lelaki itu dengan wajah hampir tidak percaya.

“Lagipun kenapa Suria beria-ria sangat nak siasat kes pembunuhan tu? Bukankah ada banyak lagi kes pembunuhan lain yang berlaku? Dua hari lepas, satu keluarga dibunuh di rumah mereka di Jalan Senduduk. Why don’t you scoop that case?”

“Nazrul, awak tak faham. Saya dah follow kes ni sejak mula-mula mayat tu ditemui lagi. I know all the facts about the case. Please..let me continue this.” Rayunya memohon pengertian lelaki itu. Meskipun dia resah dihujani renungan lelaki itu, namun kali ini dia nekad bertegas.

“Saya suka dengan keazaman dan tekad Suria. Tapi saya dapat laporan dari Encik Akhbar mengatakan kes ini bukan kes pembunuhan biasa. Saya cuma bimbangkan keselamatan Suria, itu saja.” Sahut Nazrul cuba memujuk.

Dia terkedu mendengar bicara Nazrul. Bimbangkan keselamatan aku? What the hell!

“Encik Nazrul, saya tahu jaga diri sendiri.” Balasnya tetap berdegil.

Nazrul terdiam. Keluhan kecil meniti keluar dari bibir lelaki itu. “Saya tahu Suria pandai jaga diri. Dan percayalah saya tak berniat buat Suria susah hati dengan keputusan yang saya buat. Niat saya baik. Saya cuma nak mudahkan kerja Suria. Tapi kalau Suria tak suka dengan apa yang saya putuskan, saya minta maaf.” Ujar Nazrul akhirnya.

“Memang saya tak suka, dan saya harap saya boleh kembali pada kerja lama saya.” Pintasnya pantas. Dia sudah tidak peduli pada persepsi lelaki itu padanya. Sekali pun Nazrul menganggapnya keras kepala, dia juga tidak kisah. Saat itu dia hanya mahu dirinya dibenarkan menyusul semula kes itu. Yang lain dia tidak mahu ambil peduli.

Suria menarik nafas panjang. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh berkeras dengan Nazrul sampai begitu sekali. Tapi aku hanya menyuarakan apa yang aku mahu dan apa yang aku berhak buat, bisik hati kecilnya. Salahkah?

Matanya masih melekat pada skrin laptopnya. Gambar pokok besar yang berdiri kukuh itu direnung agak lama. Mayat yang terbujur kaku di hadapan pokok itu juga dipandang teliti. Tangannya mula bergerak-gerak menyentuh tetikus laptopnya. Tiba-tiba gerakan tangannya terhenti. Matanya dikecilkan ke arah skrin laptop. Ada sesuatu pada imej di hadapannya yang menarik perhatian.

Satu imej bebayang hitam yang agak kabur muncul pada salah satu gambar tersebut. Dia segera menekan butang zoom in beberapa kali. Imej itu diperbesarkan. Dahi Suria berkerut. Tanpa bertangguh, dia mengambil sehelai kertas lalu mula melakar bentuk bayangan yang dilihatnya pada skrin di hadapannya. Bentuk imej itu seperti sepasang tangan yang sedang memeluk satu sfera seakan-akan bulan.

* * * *

Suara teriakan cemas hinggar-binggar saling bersahutan di telinganya. Api kian marak membakar semua rumah-rumah di situ. Suara wanita dan kanak-kanak kecil menjerit nyaring penuh ketakutan. Dia sendiri cemas melihat bahang api besar yang membakar setiap benda yang berada di hadapan matanya. Sambil itu dia tertanya-tanya bagaimana dia boleh sampai ke tempat itu.

Seorang wanita berlari sambil mendukung anak kecil berusia dalam lingkungan empat tahun. Kelibat wanita itu melangkah laju melewatinya. Dia sempat menarik lengan wanita itu.

“Kak, kenapa ni kak? Apa dah jadi?”

Wanita itu tidak menjawab. Pautan di tangannya direntap kasar. Dia tergaman. Bulat matanya memerhatikan darah yang meleleh dari kulit kepala wanita itu yang sebahagiannya merekah menyerlahkan isi berwarna merah.

“Kepala kakak berdarah…..” dia gerun memandang darah pekat di kepala wanita itu. Malah tubuh kanak-kanak lelaki di pangkuan wanita itu juga berlumuran dengan darah. Wanita itu merenungnya dengan sorot tajam.

“Pergi!” Herdik wanita itu tiba-tiba. Dia tercengang. Wajah wanita itu seolah mahu menelannya. Dia mengundurkan tubuhnya selangkah dua. Kebencian yang terpamer di wajah itu membuatkan dia semakin keliru.

“Pergi!” Tempik wanita itu lagi. Jeritan itu menarik perhatian orang-orang yang berada di situ. Setiap dari orang-orang itu tiba-tiba melontarkan pandangan ke arahnya dengan wajah garang. Dia terkesima. Ketakutan mula menyelubungi diri. Namun dia tidak mampu lari. Kakinya seolah terpasak ke bumi.

“Kita bunuh saja dia.” Jerit seorang lelaki yang lain. Jeritan lelaki itu disambut dengan sorakan lantang bagaikan menyokong. Sekumpulan lelaki dan wanita itu memandangnya dengan wajah berang. Di tangan masing-masing sudah terhunus dengan sebilah parang panjang, sebelum mara ke arahnya..

Dia semakin cemas. Perlahan-lahan dia mengundurkan diri. Bersedia mahu membuka langkah apabila menyedari kumpulan manusia itu semakin mampir ke arahnya. Namun belum sempat dia melarikan diri, matanya terpandang kelibat seorang perempuan berdiri tidak jauh dari situ. Dia terpegun menatap kelibat perempuan berambut panjang itu. Wajah wanita itu tidak jelas kerana terselindung oleh rambut panjangnya.

“Ss..siapa kau?” Dia menyoal dengan suara tersekat-sekat.

Perempuan itu tidak menjawab. Sepantas kilat, tubuh wanita itu tiba-tiba terpacak di hadapannya. Dia terpaku. Matanya terbeliak memandang wanita itu. Remang cahaya bulan penuh memancarkan imej wanita itu di kornea matanya. Cukup untuk membuatkan darahnya menyirap sebaik melihat wajah itu. Masyitah!

Masyitah tersengih memandangnya. Wajah wanita itu manis seperti yang dilihatnya dalam gambar yang tersimpan dalam fail yang dibawa Haqimi. Dia menelan liur. Oh tuhan! Aku bermimpikah? Mustahil orang yang sudah mati boleh hidup kembali. Dia benar-benar terkedu menatap susuk tubuh Masyitah yang kini berdiri tegak di hadapannya.

Tiba-tiba bunyi guruh berdentum membuatkan dia tersentak. Sekilas dia mendongak ke dada langit. Suasana malam kelihatan tenang, langsung tidak menunjukkan tanda-tanda akan berlaku ribut atau angin kencang. Sebaik dia mengalihkan pandangan, orang-orang yang memandangnya dengan wajah marah itu kini ghaib. Dia menoleh pula ke arah lembaga yang menyerupai Masyitah. Wajah Masyitah turut hilang dari pandangan. Dia berseorangan di tengah-tengah api yang marak mengepungnya.

Muncul satu bayang hitam di belakangnya berupa kilasan sepintas lalu. Dia tersentak. Tubuhnya seram sejuk apabila terasa jari jemari halus yang runcing berlingkar di tengkuknya. Namun dia tidak berani berpaling. Matanya dipejamkan serapatnya. Ya Allah, tolonglah hambamu ini! Bantulah aku Ya Allah! Hanya kepadaMu aku berlindung dari segala musibah. Doanya tidak pernah putus dari bibir. Tiba-tiba hatinya beroleh ketenangan. Dia memberanikan diri membuka matanya.

Fragmen yang berada di hadapan matanya tiba-tiba ghaib. Bahang api yang marak membakar, juga turut ghaib. Dia menghela nafas separuh semput sebaik menyedari dirinya masih berada di biliknya. Masih di meja yang sama menghadap ke arah laptop yang masih terpasang. Astafirullah al-azim! Aku bermimpi rupanya! Entah sejak bila dia tertidur di hadapan laptopnya, dia sendiri tidak tahu. Dadanya terus berdebar kencang. Mimpi itu dirasakan terlalu rapat dengannya. Begitu nyata, seolah-olah rohnya terbang di dalam mimpi tersebut.

Dia bingkas bangun dari kerusi yang didudukinya. Namun belum sempat dia melangkah menuju ke bilik air, matanya terpandang sesuatu di atas lantai. Suria terpegun. Kesan tapak kaki dengan bekas-bekas tanah merah jelas terdapat di merata tempat di atas lantai di biliknya. Dia tunduk. Kesan tanah itu dicalit lalu diteliti. Tanah merah. Tapak-tapak itu melurus dari arah jendela biliknya yang sedikit rengang.

Suria mengalihkan matanya ke arah kelopak jendela. Fikirannya bercelaru. Tapak kaki yang baru muncul itu entah kenapa menggamit perasan gementarnya. Dia cepat-cepat menutup tingkap biliknya yang terbuka. Perasaan seram dan takut muncul silih berganti. Tidak tahu kenapa bulu romanya mula meremang bila teringatkan mimpinya sebentar tadi.

link

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!