Followers

Friday, April 9, 2010

Sayangku Casper : Bab 24

Malam itu selepas solat maghrib, dia terus mengurung diri dalam biliknya. Mujur dia tidak perlu menyiapkan makan malam kerana Halijah sejak awal keluar dengan Datin Amra. Karin pula sejak petang tadi belum menampakkan batang hidung.

Tia sibuk membelek-belek notanya untuk dibaca. Lagipun tak lama lagi peperiksaan semester akan menyusul. Dia sudah tidak boleh main-main.

Ketika dia mahu mengambil sebuah buku rujukan di atas para di mejanya, tiba-tiba sebuah buku tebal jatuh lalu menimpa kakinya. Tia mengaduh sedikit. Ibu jari kakinya yang merah digosok-gosok dengan dahi berkerut.

Dia mengalihkan pandangan. Buku yang mendarat di permukaan lantai dicapai lalu dibelek. Memoir in Paris. Is love supposed to last throughout all time, or is it like trains changing at random stops? Tia membaca sepintas lalu perkataan yang tertera pada cover buku tebal berwarna biru itu. Baru dia teringat buku itu merupakan hadiah ayahnya beberapa hari yang lalu. Dia membelek-belek lagi helaian buku tersebut lalu menemukan tiket penerbangan terbuka yang tercatat namanya Tia Adila Binti Ahmad Faruk.

Aneh! Kenapa ayah berikan tiket ni pada aku? Hah jangan-jangan ini hadiah ayah untuk aku kut. Tiba-tiba Tia tersenyum. Dia masih ingat sewaktu usinya 15 tahun dia pernah meminta ayahnya membawanya bercuti ke Paris. Ini kerana dia cemburu dengan kawan-kawannya yang melancong ke merata-rata tempat bersama keluarga masing-masing. Tapi ketika itu ayahnya terlalu sibuk untuk menunaikan permintaannya. Apatah lagi syarikat ayahnya ketika itu baru hendak berkembang. Jangan-jangan inilah sebabnya ayahnya memberikan tiket penerbangan itu.

Tia asyik membelek-belek kertas memo di belakang tiket tersebut. Ada perkataan dalam bahasa Perancis yang gagal difahaminya. Tapi dia mengagak perkataan yang tertera pada kertas tersebut pasti merupakan alamat rumah penginapan di Perancis. Pasti ayahnya sudah merancangkan segala-galanya untuknya. Seronoknya kalau dapat pergi ke Paris. Tapi lagi seronok dirasakannya kalau ayahnya turut serta.

Tia menyimpan tiket itu baik-baik. Dia mengalihkan pandangan pada seraut wajah yang terpamer pada paparan bingkai di tepi mejanya. Dalam tempoh sebulan, hanya beberapa kali sahaja ayahnya berada di rumah. Selebihnya lelaki itu berada di merata ceruk dunia, atas urusan perniagaan.

Dia mengeluh panjang. Kadang-kala dia benar-benar kesunyian tanpa ayahnya di sisi. Tapi apakan daya. Kesibukan lelaki itu cuba difahami lantaran dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu lagi dengan kerenahnya.

Ayah, Tia rindukan ayah. Tidakkah ayah rindu pada Tia? Keluh Tia sebak. Matanya mula ditakungi air. Setitis airmata gugur di lembah pipi lalu menitis di atas helaian buku yang berada di hadapannya. Tia menyeka airmata yang tumpah dengan hujung jari. Jangan menangis Tia! Menangis hanya akan menambahkan beban duka di hati! Semakin melemahkan jiwa yang kosong.

Dia membaca helaian pertama Memoir in Paris. Catatan di dalam buku tersebut dalam bahasa Inggeris. Jadi tidak sukar untuk dia memahaminya biarpun ada beberapa perkataan perancis di dalam catatan bibliografi itu.

Cinta..kehidupan manusia menjadi indah kerana cinta. Dan cinta jualah yang menjadikan hari-hariku semakin indah seperti gugurnya daun-daun maple kering sewaktu musim luruh. Sewaktu remaja, aku gilakan kisah-kisah cinta antara Napoleon dan Josephine. Aku bayangkan suatu hari nanti aku boleh menjadi Josephine yang sanggup berkorban untuk Napoleonku. Ttapi ternyata aku tidak menemui Napoleonku, sebaliknya aku menemui Laksamana Hang Tuah..si pahlawan Melaka yang baik hati dan suka tersenyum. Dan kehadirannya membuatkan hari-hariku jauh lebih indah dari apa yang aku bayangkan…..

Tia mengerutkan dahinya. Laksamana Hang Tuah? Orang Perancis pun kenal Hang Tuah? Hebatnya! Tia meneruskan pembacaannya.

Kami sering bertemu di atas jambatan Pont des Arts, sambil memerhatikan Sungai Seine yang mendamaikan. Dari situ kami nampak jelas Musee’ du Louvre. Kadangkala kami akan bersiar-siar meredah Sungai Seine menaiki bot dari square du Vert-Galand. Dia akan memegang tanganku dan aku suka melihat senyumannya. Anehnya berada berjam-jam lamanya bersamanya langsung tidak membosankan aku. Sebaliknya aku rasa bahagia seolah-olah dalam mimpi. Jika begini indahnya cinta, tolong jangan kejutkan aku dari mimpi yang panjang ini.

Tia tersenyum. Indahnya cinta mereka sehingga dia mampu merasakan apa yang tercatat di bawah caption gambar Sungai Seine yang memanjang dari Langres Plateau dan melalui hampir semua kawasan sekitar Paris seperti Troyen, Melun sehingga ke Rouen. Hmm seronoknya kalau dapat pergi. Tia sudah berangan-angan sambil tersenyum.

“Kalau ada yang sudi bawa awak keluar dari hidup awak sekarang ini, mahu awak lakukannya?”

Entah kenapa, kata-kata Rafique sewaktu menghantarnya pulang tadi muncul kembali. Tia menggaru-garu kepala. Bunyi cakap-cakap lelaki itu kelihatan serius, tapi adakala dia merasakan tidak logik pula. Meskipun dia memang inginkan perkara seperti itu terjadi dalam hidupnya, namun dia masih tidak sampai hati mahu meninggalkan ayahnya. Lagipun apakah Rafique sudah gila? Kalau sekadar nak bawa dia lari dalam negeri, baik tak payah. Buang masa! Lainlah kalau lelaki itu bawa dia lari ke Perancis ke, Rome ke atau sekurang-kurangnya ke Bandung. Barulah ada thrill!

Tia tergelak kecil. Dahinya ditunjal-tunjal. Hmm beranganlah kau Tia! Lelaki mana yang sudi nak bawa kau lari? Bawa kaluar dating pun tak ada, inikan pula nak merasai suasana romantik di Paris. Lagipun lelaki macam Rafique tu bukan ada duit pun! Harap muka je handsome, poket kosong! Gumam Tia sambil ketawa kecil.

Dia kembali membelek helaian buku di hadapannya. Gambar menara Eiffel Tower tersergam megah di bawah remang malam Kota Paris, menarik perhatiannya. Tia meneruskan pembacaan.

Sebelum kehadirannya, aku hanya menganggap Effiel Tower sekadar satu monumen yang tidak ada apa-apa ertinya padaku. Tapi di situlah titik tolak pertemuan kami. Di situlah aku mula-mula mengenali seorang lelaki yang menjadi nyawa dan nadiku. Eiffel Tower telah menyatukan dua hati kami yang saling memerlukan. Selagi cahaya pada puncak Eiffel itu berkelip, maka selagi itulah hatiku akan terus berdenyut untuknya. Dan kami bercinta tanpa mempedulikan sesiapa. Cukup hanya ada kami! Tapi takdir tidak selalunya indah….

Dahi Tia berkerut. Dia tidak memahami apa sebenarnya maksud tulisan-tulisan itu. Namun seperti ditarik-tarik, dia mahu terus membacanya.

“Cinta kami terhalang. Dia dan aku bukan sekadar dipisahkan oleh negara dan warna kulit, tapi juga oleh hati yang penuh iri dan muslihat. Tapi anehnya demi cinta, manusia yang lemah akan jadi kuat. Aku menantinya sepanjang hari di bangku di hadapan tasik Parc Montsouris, tempat kami sentiasa bertemu di hujung minggu. Kali ini aku sudah nekad. Kami akan kahwin lari!

Mata Tia terbelalak. Kahwin lari? Dia menelan liur. Anehnya bibliografi ni! Ianya seolah-olah sebuah diari. Tia membelek di bahagian hadapan dan belakang kulit buku tersebut, Namun dia tidak menemukan nama penulisnya. Wajahnya berkerut. Siapa sebenarnya penulis buku ini? Dan apa sebenarnya yang berlaku padanya?

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!