BUNYI langsir diselak di biliknya menganggu tidurnya. Dia mengeliang-geliut
di dalam selimut. Dari celah mata yang separuh terbuka, dia melihat sesusuk
tubuh sedang menyelak helaian langsir di biliknya. Terkebil-kebil anak matanya
memandang bentuk punggung montok yang sedang membelakanginya. Dahinya berkerut
sedikit. Sejak bila ada maid seksi di
rumahnya? Dia mahu bangun, tapi kulit kepalanya terasa menyengat. Dia mendesis
kesakitan.
“You ni siapa?”
Soalan itu meluncur dari bibirnya.
Wanita itu
berpaling, menyerlahkan seraut wajah cantik yang bermekap agak tebal. Orangnya
berusia dalam lingkungan lewat 30an tetapi kelihatan cantik dan agak seksi. Senyuman
manis terukir di bibir itu.
“Selamat pagi
tuan muda. Bukankah you dah patut bangun dan pergi sekolah sekarang? Dah dekat
pukul 7 dah ni.” Ujar wanita itu seraya mengerling jarum jam di dinding kamar
itu.
Dia terkedu.
Betulkah wanita itu maid baru yang
ayahnya upah? Tapi sejak bila pula agensi pembantu rumah mempunyai maid seperti itu? Pakaian ketat yang
membalut tubuh wanita itu bisa membuatkan sesiapa yang memandang akan sesak
nafas. Dirinya tidak terkecuali.
Wanita itu tiba-tiba mendekatinya. Menyedari wanita itu
bermaksud mahu menarik selimut yang membalut tubuhnya, dia segera menyedari
sesuatu. Cepat-cepat dia menarik selimutnya rapat ke tubuh.
Si wanita tergaman lalu ketawa kecil. Wajahnya sudah
berubah kelat. Macam tahu-tahu sahaja wanita itu! Senyuman nakal itu membuatkan
dia menarik nafas panjang. What the hell!
“Do you mind? Keluar dari bilik I
sekarang, I nak bersiap.” Pintanya
bagaikan satu arahan.
Wanita itu langsung
ketawa seraya memandangnya.
“Nama I Yasmin.
I kawan ayah you. Masa you balik lewat malam semalam, I nampak you. Hmm..tak
baik anak muda macam you, masih bersekolah pulak tu, pulang mabuk-mabuk malam
semalam. Mujurlah I ada. I yang tolong papah you masuk bilik.” Ujar wanita tersenyum.
Dia terdiam
mendengar penjelasan wanita itu. Patutlah kepalanya pusing sahaja. Teruk
sangatkah dia mabuk malam semalam? Seingatnya dia hanya menjamah dua atau tiga
gelas brandi yang keras sebelum dia tumbang. Entah siapa yang menghantarnya
pulang pun dia tidak tahu. Mungkin Toi agaknya!
Dia melemparkan
pandangan sinis ke arah wanita di hadapannya.
“Kawan papa I?
Bukan girlfriend dia?” Soalnya
tersengih-sengih.
“I kawan dia,
merangkap teman wanita dia. Dia tak pernah cerita fasal I?” Wanita itu
menghampirinya di bucu katil.
“I don’t think so.” Dia menggelengkan
kepala.
“Betul?” Wanita
tu ketawa kecil bagaikan tidak kisah langsung dengan penafiannya.
“Seriously, I pun tak perasan. Well, papa I tu suka longgokkan
perempuan macam longgok baju terpakai. Siapa yang dia bawa balik tiap-tiap
malam pun I dah tak ingat. Ramai sangat.” Ujarnya dengan nada sinis.
Memang dia
jujur bila mengatakan begitu. Baru dua malam lepas dia nampak ayahnya membawa
seorang wanita balik ke rumah ini. Secara teknikalnya membawa masuk ke biliknya
sendiri. Sekarang yang ini pulak?
Dia tersenyum sinis. Like
father like son. Dia sendiri tidak ada beza dengan ayahnya. Mereka berdua
hidup seperti dua lelaki bujang yang berkongsi rumah, bukan seperti antara ayah
dan anak. Itu yang membezakan dirinya dengan kawan-kawannya yang lain. Ayahnya
bukan jenis ayah tipikal yang mengawal anak-anak siang dan malam. Ayahnya lebih
terbuka. Mungkin sangat terbuka sehingga kebanyakan sifat-sifat dan kelakuan buruknya
datang dari ayahnya sendiri.
Dia sedar,
sejak kecil dia tidak pernah kenal tikar sembahyang. Dia tidak pernah berpuasa,
tidak pernah ke masjid bersolat Jumaat dan tidak pernah melakukan apa-apa pun
kecuali berpoya-poya dengan wang ayahnya.
Namanya Adham
Mirza, baru berusia 18 tahun. Dia sebenarnya mengulang setahun persekolahan
kerana terlepas menduduki peperiksaan SPM. Ketika itu dia berada di Gunung Tebu
mendaki bersama rakan-rakan abangnya. Meskipun akan menduduki peperiksaan, tapi
dia tetap berdegil mahu mengikut abangnya Adrenaz Imran. Akibatnya mereka
tersesat ketika mahu mencari jalan pulang dan dia pula mengalami kecederaan
kerana terjatuh. Hampir dua hari juga baru mereka berjaya diselamatkan oleh
anggota penyelamat dan orang-orang kampung terdekat. Itupun dia terpaksa
menghabiskan masanya selama dua minggu di hospital merawat kakinya yang cedera.
Itu yang menyebabkan dia sekarang adalah senior kepada teman-teman sekelasnya.
“No SPM, no oversea. Get that?”
“But pa, Mirza
malu nak ambil SPM tu. Mirza bukan
budak-budak lagi.”
“Adham Mirza,
you tak pernah ambil SPM pun remember?
Jadi kenapa nak malu pulak. Papa dengar you sekarang hot stuff kat sekolah you. So
nak malu apa? Pergi sekolah, belajar dan kemudian habis SPM nanti, papa akan
hantar you ke London macam Drew.” Ujar ayahnya.
“But pa…”
“No excuse this time. Sudahlah, papa ada dinner malam ni. Maybe papa balik lambat, jadi tak payah tunggu papa balik.” Lelaki
itu sempat mengenyitkan mata seraya berlalu pergi dari situ.
Dia mengeluh.
Kenapa dia harus ke sekolah sedangkan Drew abangnya sedap-sedap sahaja buat apa
sahaja yang disukainya di luar negara? Damn
it Drew! Kau sukalah sebab aku kena dera dengan papa begini!
“Hmmm…teruk dah
anak Tuan Fahrin ni. Time-time macam
ni masih sempat melamun?” Suara wanita itu muncul, menghentikan lamunannya.
Yasmin sempat
mengenyitkan mata sebelum beredar dari biliknya. Dia menoleh ke arah jarum jam di
sudut dinding kamarnya. Mengenangkan hari ini dia terpaksa hadir ke sekolah,
wajahnya mencemik kebosanan.
Selesai mandi
dan berpakaian uniform sekolah, dia turun ke bawah. Di meja makan, dia melihat
ayahnya dan wanita yang ditemuinya tadi sedang rancak berbual-bual. Sesekali
dia melihat tangan kedua-duanya bersatu. Hendak tersenyum dia melihatnya.
Pemandangan yang biasa sahaja! Ayahnya jika hendak menggatal, tak perlu buat
sorok-sorok. Di hadapannya pun jadi!
“Good morning Mirza. Lewat sangat pagi
ni, tak takut kena marah cikgu ke?” Tegur ayahnya seraya menggelengkan kepala.
Pening melihat telatah anak lelakinya sendiri.
“Lewat apanya
pa? Awal lagi ni.” Ujarnya selamba.
“Hmm…macam ni
awal?” Menggeleng Tuan Fahrin mendengar kata-kata anaknya.
Yasmin di
samping lelaki itu hanya tersenyum mendengar perbualan dua beranak itu.
“Oh ya, you
berdua dah berkenalan?” Mata Tuan Fahrin menjeling ke arah wanita di sisinya.
“Dah. I
kejutkan tuan muda ni tadi. Bukan main liat lagi nak bangun pagi.” Ujar Yasmin
seraya ketawa kecil.
Mirza pura-pura
tidak mendengarnya. Baharu dia mahu mengambil sekeping roti, tangan Yasmin
sudah mendarat pada pinggan roti tersebut.
“Biar I yang
buat. You nak jem apa? Strawberry or
blueberry?” Tanya Yasmin dengan senyum menggoda.
“I nak makan nasi
lemak sebenarnya. Tapi roti pun okey. Kalau you nak kahwin dengan papa I, you
kena tahu memasak nasi lemak macam mama I.” Ujarnya selamba.
“Mirza, behave yourself.” Tuan Fahrin
menjegilkan biji matanya.
Yasmin ketawa
kecil mendengarnya.
“It’s okay Fahrin. Anak lelaki you ni
menarik, suka bergurau.”
“Sorry Yas, dia ni memang macam ni.
Mulutnya memang laju sikit.” Tuan Fahrin tersengih memandang wanita itu.
“Sorry Mirza,
I tak suka makan nasi lemak. Banyak kalori.” Bisik Yasmin seraya tergelak kecil.
Dia menyapu jem strawberry pada roti di tangannya, digigit sedikit sebelum diletakkan
di pinggan Mirza.
Mirza tercengang-cengang dibuatnya. Sejurus dia
tersenyum sendiri. Dia mengambil beg sandangnya lalu mengeluarkan sesuatu dari
beg tersebut.
“Apa tu?” Tuan
Fahrin mula tertarik pada objek di tangan Mirza.
“Report card I.” Ujarnya tersengih
Tuan Fahrin
mengambilnya lalu menyelak helaian demi helaian.
“Oh my God Mirza. Belum pernah lagi dalam
keturunan kita yang tak pandai belajar. Teruk sangat ni, merah sana sini. Kalau
Drew nampak, dia mesti ketawakan you. Kalau Tok Di kamu nampak, lagi teruk
jadinya nanti.” Keluh Tuan Fahrin.
“Kan I dah
cakap dulu pa, I nak belajar kat luar negara macam Drew.”
“Dan macam papa
cakap dulu, kalau you tak mampu nak dapat keputusan yang baik dalam SPM, you
tak layak ke luar negara sambung belajar macam Drew. Come on Mirza, you bukan bodoh cuma malas sahaja. Kalau macam ni la
gayanya, papa patut upah cikgu untuk you.” Termenung panjang Tuan Fahrin dibuatnya.
“Cikgu? No way papa. I dah bosan setengah mati
kat sekolah tu and now you nak upah
cikgu datang ke sini? Tak mahu! I don’t
need them.” Mirza bingkas bangun dengan wajah bosan. Dia membetulkan beg
sandangnya ke bahu lalu segera beredar dari ruang makan.
Tak lama
kemudian, bunyi enjin motorsikal berkuasa tinggi mula memekak di petak garaj,
membuatkan Tuan Fahrin mengeluh panjang. Degil! Mujurlah anaknya yang seorang
lagi Drew tidak sedegil Mirza. Entah apa yang patut dilakukannya untuk membaiki
prestasi pelajaran anak muda itu. Diikutkan dari gred anak itu, memang sah
Mirza langsung tidak pernah belajar apa-apa pun di sekolah. Entah apa yang
budak itu buat di sekolah selama ini agaknya?
“You tu
manjakan sangat dia. Itu sebab dia jadi macam tu.” Yasmin di sebelah bersuara.
Tuan Fahrin
menoleh. Merenung tajam wajah wanita itu. Siapa Yasmin hendak mengajarnya apa
yang boleh dan apa tak boleh dilakukannya pada anaknya sendiri?
“Dia anak I,
Yas.”
“Dan you bapa
paling open minded kat dunia ni I
rasa. Dia minum arak you tak marah, dia ke kelab malam you tak marah.
Jangan-jangan dia bawa balik perempuan pun you tak marah. Hebat you!” Sindir
Yasmin seraya ketawa kecil.
Tuan Fahrin
menarik nafas panjang. Yasmin memang bermulut agak lancang dari mana-mana
kenalan wanitanya. Namun dia tidak peduli dengan kata-kata wanita itu. Meskipun dia dan Mirza tidak normal di
mata orang lain, tapi dia benar-benar mahu Mirza berjaya dalam hidup.
Sekurang-kurangnya dia mahu Mirza mewarisi syarikat Green Global kepunyaannya
setelah Drew lebih suka mempelajari bidang lain. Suka atau tidak, Mirza harus
belajar dengan seorang tutor. Tapi dari mana dia mahu mencari seorang tutor
peribadi untuk Mirza? Keluh Tuan Fahrin bingung.
“I nak cari
tutor peribadi untuk Mirza. You tahu mana-mana cikgu yang boleh mengajar Mirza
di rumah?” Ujarnya perlahan.
Yasmin terdiam.
Tutor? Dia termenung seketika.
“I rasa I boleh
bantu you. Kakak I pernah cerita fasal seorang tutor yang dia upah untuk
anaknya. Bagus tutor ni. Keputusan peperiksaan anaknya pada mulanya merosot
tapi sekarang dah meningkat lebih baik. Kalau you nak I tolong, I boleh carikan
dia.” Ujar Yasmin menawarkan bantuan.
“Betul you
boleh tolong?” Tuan Fahrin mengerutkan dahinya.
“Come on Fahrin. You ni macam tak percaya
I aje.”
“Manalah I
tahu. I takut bukan cikgu yang you bawa datang ke mari tapi social escort.” Tuan Fahrin ketawa
kecil.
Yasmin tergelak
mendengarnya. Social escort? Kalau
begitu bukan setakat Mirza yang hendak belajar, tapi dengan Fahrin sekali
mungkin! Melihat lelaki itu, entah kenapa ada sesuatu bermain di fikirannya. Adriana!
Tiba-tiba sahaja nama gadis itu terlintas di fikirannya. Gadis secantik Adriana
pasti sesuai menjadi umpan si hidung belang seperti Fahrin Attar dan anaknya.
“Jangan risau,
I yakin you akan suka dengan cikgu ni.”
“I bukan risau
fasal cikgu tu. Tapi I risau fasal Mirza. Dia tu jenis yang degil, sukar hendak
dibentuk. I takut cikgu tu yang lari nanti bila jumpa dengan Mirza.” Keluh Tuan
Fahrin.
“Jangan risau,
pandailah I cari yang garang nanti. Oh ya, you dah fikirkan apa yang kita
bincangkan malam semalam?” Yasmin memandang tepat lelaki itu. Tutur katanya
agak berhati-hati kali ini.
Tuan Fahrin
terkelip-kelip memandang wanita itu.
“Semalam? I tak
ingat kita bincang apa-apa kecuali…” senyuman nakal lelaki itu mula meniti di
bibir.
Yasmin ketawa
kecil melihat jelingan Tuan Fahrin. Dia mula memahami maksud lelaki itu.
“You ni
teruklah Fahrin. Semalam kan kita ada bincang fasal business proposal I tu. Takkan you dah lupa.” Yasmin mencebik
sedikit, seolah-olah sedang merajuk.
Tuan Fahrin
mengeluh.
“I ingat lagi.
Susah la I nak beri kata putus. Memang la Green Global tu I yang uruskan, tapi
ayah I tetap pemilik sebenar. Selagi Green Global masih anak syarikat Imperial Corporation,
I kena discuss dengan dia dulu.” Ujar
Tuan Fahrin.
“You masih
takut dengan ayah you tu ke? Bukankah dia ada kat Dubai sekarang?”
“Ya, memang dia
masih kat sana. Lepas dia jalani pembedahan jantung tu, dia terus ke sana
berehat. Kerja-kerjanya kat Imperial pun penolong dia yang uruskan. Kat Green
Global ni I yang uruskan. Tapi I tak nak lah berita-berita yang tak elok
singgah kat telinga dia kat sana.” Ujar Tuan Fahrin.
“I tak fikir
dengan tukar syarikat pembekal barangan binaan tu boleh buat dia marah. Lagipun
dengan adanya I, you boleh dapat barangan-barangan tu dengan harga yang jauh
lebih murah.” Pujuk Yasmin.
“I memang
tertarik dengan offer you tu, tapi kami
dah lama bekerjasama dengan syarikat Uncle Tommy tu. Dia tu salah seorang kawan
baik ayah I. Ia tak semudah yang you sangka Yas”
Yasmin terdiam.
Lelaki itu seperti tidak makan dipujuk. Puas dia memikirkan apakah ikhtiar yang
boleh diusahakannya untuk memastikan Fahrin akur dengan permintaannya.
“Look, mungkin you tak percaya dengan I
sebab I ni orang luar. Bagaimana kalau you jadikan I salah seorang pemegang
saham Green Global? Pasti keadaan ini akan jauh berbeza kan?” Cadang Yasmin dengan
wajah tenang.
“You nak jadi
pemegang saham??
“I ada duit
Fahrin. I can help you. Lagipun you
sendiri cakap dulu you ada rancangan nak bida banyak projek-projek besar tapi
you tak ada aliran tunai yang banyak kan? Well
I’m here, I can help you. Ayah I pun boleh tolong you.” Ujar Yasmin dengan
wajah serius.
Tuan Fahrin
terdiam. Terfikir juga dia kenapa Yasmin begitu berminat dengan urusan
syarikatnya. Apa yang istimewanya dengan Green Global sehingga adakalanya dia
merasakan Yasmin seperti agak mendesaknya. Tapi
dia akui tawaran itu agak menarik. Memang dia perlukan banyak wang untuk
membida tender banyak projek-projek baru.
No comments:
Post a Comment