Followers

Friday, April 12, 2013

Alamak! Lagi-Lagi Dia Bab 14


IDHAM asyik membelek-belek sampul kad yang baru diterimanya siang tadi, sambil terfikir-fikir siapa yang menghantar kad tersebut. Macam tau-tau sahaja yang dia sudah pulang ke tanahair.

            Surat apa tu?” Puan Jamilah yang sedang menyiram pokok bunganya sempat menoleh ke arah Idham yang tercegat di hadapan pintu pagar. Posmen sudah berlalu, tapi anak bujangnya itu masih tercegat di di situ.       

“Entahlah mama, Am belum buka.” Ujar Idham seraya menoleh ke arah ibunya. Puan Jamilah tidak berkata apa-apa, hanya mengangguk lalu meneruskan kerja-kerjanya yang terbengkalai tadi.

            Idham beredar ke arah kerusi rehat di tepi kolam renang. Di situ dia melempiaskan duduknya seraya mula membuka sampul surat yang diterimanya. Dari dalam sampul, dia menarik sekeping kad berwarna emas yang terperosok di dalam. Kad apa pulak ni? Jemputan kahwinkah?

Namun sebaik membaca isi kandungan kad tersebut, bibirnya tiba-tiba mengorak senyuman. Rupa-rupanya dia dijemput menghadiri reunion sekolah lama! Seronok juga! Lagipun sudah lama dia tidak bertemu kawan-kawan rapatnya.

            Setelah menamatkan persekolahan, masing-masing berubah haluan. Ada yang menyambung pelajaran, ada yang sudah bekerja dan tak kurang juga ada yang mengambil keputusan berkahwin awal.

            Idham ketawa kecil. Dia mengerling jarum jam di pergelangan tangannya. Baru pukul 11 pagi. Masih awal sebenarnya. Hari ini dia ada interview di salah sebuah syarikat broker saham terbesar di ibukota tepat jam 2 petang nanti. Sebenarnya hendak dikatakan interview pun tidak tepat, kerana dia dilamar Syarikat DLeBroking tersebut sejurus dia mengambil keputusan mahu pulang ke tanahair. Ternyata reputasinya di Wall Street banyak membantunya.

            Sedang dia leka termenung, Puan Jamilah tiba-tiba menghampirinya. Bibir wanita itu menguntum senyuman manis.

            “Am, Auntie Bahyah baru aje call mama tadi. Dia ajak kita keluar makan tengahari esok. Bolehlah Am jumpa Cika esok.” Ujar Puan Jamilah dengan wajah ceria.

            Idham terdiam. Kata-kata mamanya membuatkan dia tergaman. Jumpa Cika esok?

            “Am kena tengok schedule Am dulu mama.” Ujarnya beralasan.

            “Am kan tak kerja lagi. Baru nak pergi interview hari ni kan.” Getus Puan Jamilah.

            “Tapi interview ni untuk cukupkan syarat aje mama. Officially Am memang dah dapat job ni. Manalah tau esok dah mula kerja.” Ujarnya sengaja mahu berdalih. Sedang hatinya masih ragu-ragu apakah Cika mahu menerima kehadirannya? Jangan respon gadis itu terhadapnya ‘HISTERIA’ cukuplah!

            “Tak apalah, nanti Am beritahu mama semula. Tak eloklah kalau kita tak hadir sedangkan Auntie Bahyah dah aturkan semuanya. Cika tu pun mesti dah tak sabar-sabar nak jumpa Am.” Wajah Puan Jamilah jelas teruja. Hanya Idham sahaja yang tidak tahu apa yang harus diperkatakannya. Hendak memberitahu ibunya perkara sebenar, dia tidak sampai hati pula.

            Sepeninggalan ibunya, dia masih termenung di kerusi rehat itu. Memikirkan Cika dan semua kenakalan-kenakalannya dahulu. Betullah cakap orang, usia mematangkan fikiran. Dalam usia 17 tahun dia masih anak muda yang bodoh. Yang melakukan banyak perkara tanpa berfikir panjang. Tapi dalam usia menjangkau 29 tahun, dia kini lelaki matang yang sedang cuba melupakan perkara silamnya. Kejahatannya terhadap Cika, entah kenapa tetap subur di kotak fikiran. Dia sering sahaja merasa bersalah pada gadis itu. Kalaulah masa dapat diundur semula, dia tidak akan melakukan semua itu pada Cika.

            Dia mungkin membenci kau Idham. Masih membenci kau seperti dulu! Suara hatinya berbisik.

            Sudah dua belas tahun. Masihkah benci itu subur di hatinya?

            Perempuan tidak pernah melupakan rasa sakit di jiwa. Salah kau kerana kau menyiramnya setiap masa sehingga ia subur. Idham mengeluh panjang.

*  *  *  *

“TAHNIAH Encik Idham. Saya harap Encik Idham dapat memberi khidmat terbaik untuk DLeBroking. Kami amat mengalu-alukan stock broker berpengalaman seperti Encik Idham.” Ujar Tuan Basir, CEO DLeBroking. Lelaki botak berperut gendut itu tidak ubah seperti ketuanya Mr. Robinson di tempat lama. Kalau dinilai di bahagian  perut serta kepala yang botak licin tu, memang serupa sekali!

            “Terima kasih saya ucapkan sebab tuan sudi terima saya berkhidmat di sini.” Ujar Idham pula sekadar berbasa-basi.

            “Jangan cakap begitu. Pengalaman Encik Hariz dengan Wall Street yang kami perlukan sebenarnya. Di sini kami mempunyai banyak klien-klien dengan jumlah akaun yang besar. Do you think you can handle all the account?”

            Pertanyaan itu dijawab dengan anggukan, mengamit senyuman di bibir Tuan Basir. Ternyata lelaki itu berpuas hati dengan keyakinan yang ditunjukkannya.

            “Kalau tak ada apa-apa lagi, sekejap lagi staff saya akan bawa Encik Idham melawat di sekitar pejabat ini.” Ujar lelaki itu.

            “Err..bila saya boleh mula kerja?” Soal Idham, inginkan jawapan lebih tepat bila tugasnya bermula. Dia sudah tidak sabar mahu bekerja.

            “Kalau minggu depan bagaimana?”

            Idham terdiam. Minggu depan?

            “Kalau esok pun saya boleh mula kerja.” Idham menawarkan diri. Lagipun dia berat hati mahu berjumpa dengan Cika seperti yang diaturkan ibunya dengan Puan Bahyah. Dia masih belum bersedia, dan hanya perihal kerja sahaja yang boleh menjadi alasan terbaik untuknya mengelakkan diri dari menghadiri pertemuan yang mungkin bertukar bencana.

            Tuan Basir ketawa kecil. Barangkali kagum dengan sikap Idham yang menawarkan diri masuk kerja secepat yang mungkin.

            “Encik Idham, saya sanjung semangat awak tu. Tapi awak kan baru pulang dari luar negara. Minggu hadapan sajalah awak masuk kerja.” Usul Tuan Basir tenang.

            Idham terdiam. Dia sudah kehabisan idea. Terasa bodoh pula dirinya kerana soal Cika, dia sanggup masuk kerja lebih awal. Kalau dengan Mr. Robinson, cuti tak diberi pun dia sanggup apply jika mahu tour seluruh Europe dengan kawan-kawannya.

            Sebaik pulang dari DLeBrocking, Idham mengambil keputusan berjalan-jalan di sebuah pusat beli belah.Terfikir juga dia untuk membeli sepasang sut baru untuk majlis reunion sekolah lamanya. Dia memang berhasrat untuk menunjukkan wajahnya. Sudah lama teman-teman sekolahnya tidak dijengah. Inilah peluang terbaik untuk mereka berkumpul dan saling bertukar cerita

            Bagaimana dengan Cika agaknya? Apakah gadis itu akan pergi ke majlis reunion tersebut? Jika dilihat pada sesi persekolahan yang tertera di dalam kad, Cika yang muda setahun darinya sepatutnya akan dijemput juga.

            Tiba-tiba sahaja dia bersemangat untuk membeli sepasang sut baru. Dengan sut baru itu dia akan kelihatan segak bergaya di hadapan Cika. Jika Cika yang dahulu hodoh kini sudah cantik seperti yang dilihatnya di dalam gambar, takkan dia yang sudah sedia kacak kelihatan selekeh pula. Sudah semestinya dia akan bergaya sakan, menunjukkan karisma yang sama seperti di sekolah dahulu.

            Ketika sedang leka membelek-belek pakaian di sebuah kedai, Idham langsung tidak perasan dua orang gadis sudah melangkah masuk ke dalam kedai tersebut.

            “Saya nak cuba yang ini.” Ujar Idham pada seorang jurujual. Gadis itu segera menunjukkan arah ke fitting room. Tanpa banyak soal dia memasuki fitting room tersebut untuk mencuba pakaian yang mahu dibelinya.

            Ketika dia berada di dalam bilik tersebut, telinganya dapat menangkap beberapa suara sedang bercakap tidak jauh dari fitting room yang dimasukinya. Seolah-olah gadis-gadis itu sedang berbual di luar biliknya sahaja. Idham tersenyum. Kuatnya suara, macam diaorang aje yang ada mulut! Bisik hati kecilnya.

            Dia tidak mempedulikan gadis-gadis itu lagi. Sebaliknya dia lebih berminat pada sut berwarna hitam yang mahu dibelinya. Setelah digayakan, ia nampak sesuai dengan tubuhnya. Mujur sajalah tubuhnya tetap sahaja tegap dan tampan walaupun dalam usia 29 tahun. Tidak seperti beberapa orang temannya yang usia masih muda tapi sudah botak di tengah dan berperut boroi. Jaga makan saja beb cukuplah! Sesekali pergi ke gim untuk mendapatkan otot perut six packs. Itu yang diamalkannya sewaktu dia berada di luar negara. Dan hasilnya dia kekal nampak segak dan bergaya.

            “Kau beli baju ni sebab nak ke reunion tu ke?”

            “Bukanlah, aku saja-saja tengok.”

            “Tapi yang kau beli ni dress labuh. Kau memang bercadang nak ke reunion tu kan? Aku ingat kau tak jadi nak pergi.” Keluh si gadis.

            Dahi Idham berkerut. Reunion?

            I have my second thought. Kalau aku tak pergi, nampak sangat aku ni chicken. Lagipun kita bukan macam dulu lagi. Kenapa harus aku peruk diri aku kat tempat yang sama aje semata-mata sebab dia?”

            Are you sure Cika?”

            Damn sure. Kau pun patut pilih gaun yang paling vogue untuk tunjukkan kat manusia-manusia yang tak ada hati dan perasaan kat sekolah kita tu yang kita bukan macam dulu lagi. And I am not that loser anymore.”

            Wajah Idham berubah. Cika? The Loser? YA ALLAH! Apakah gadis yang sedang bercakap-cakap di luar fitting roomnya ialah Cika?

            “Aku takut kau cakap aje. Sampai depan sekolah nanti, kau patah balik semula.” Suara gadis yang seorang lagi kedengaran. Sinis.

            “Aku nekad ni.”

            “Kalau Idham ada?”

            Idham menahan nafas. Namanya disebut. Ini bermakna Cika tidak pernah melupakannya. Melupakan apa yang sudah dilakukannya selama ini. Dia terus menanti Cika membuka mulut, menjawab pertanyaan gadis yang seorang lagi. Percaya atau pun tidak, dia sangat ingin mendengar jawapan Cika.

            “Jangan sebut nama Idham boleh tak? Sekali aku benci kat seseorang, sampai bila-bila pun aku benci. Dia lelaki paling aku benci kat dunia ni. Sekalipun dia seorang aje lelaki dalam dunia ni, aku lebih rela mati dari pilih lelaki macam tu.”

            Idham terkedu. Terungkai segala jawapan yang ingin didengarinya. Aduh! Cika memang tidak pernah berhenti membencinya. Habis bagaimana dengan rancangan kedua-dua orang tua mereka?  Bagaimana harus dia memberi jawapan jika ibunya bertanya tentang temujanjinya dengan Cika esok? Sudah jelas lagi nyata, gadis itu tidak mungkin mahu bertemunya.

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!