Followers

Friday, March 7, 2014

Lelaki Itu...Syurgaku : Bab 8


KETIKA keretanya menghampiri sebuah rumah dua tingkat yang agak jauh di kawasan pinggir bandar, Idlan segera memberhentikan enjin kenderaanya. Dia berpaling ke arah Orked. Tapi melihat gadis itu sudah tertidur, dia hanya mampu menarik nafas panjang.

 Matanya berpaling ke arah jarum jam digital di dalam keretanya. Patutlah! Dah hampir pukul 3 pagi. Tak sangka sudah berjam-jam dia memandu ke tempat itu.

            Hasrat hati mahu mengejutkan Orked tak kesampaian apabila dilihatnya tidur gadis itu begitu lena. Sesekali hela nafas Orked menjamah gegendang telinganya. Gadis itu mengerengkot sedikit seperti sedang cuba menahan kedinginan dari penghawa dingin keretanya yang sudah ditutup. Melihat keadaan gadis itu, dia segera meraba-raba sesuatu dari belakang tempat duduk. Mujurlah ada sehelai jaket di dalam keretanya. Jaket itu digunakan buat menutup tubuh Orked yang kedinginan.

            Sesudah itu dia menganjak tempat duduknya ke belakang sedikit. Memberi ruang untuknya berehat. Kepenatan yang dirasainya saat ini membuatkan dia ingin segera tidur.

            Kelopak matanya beralih ke arah Orked. Anak gadis itu seperti tidak kisah tidur begini. Sedikit pun wajah itu tidak menyeringai lenguh atau berusaha membetulkan posisinya. Wajah itu tampak tenang kini, bukan seperti mula-mula dia melihat gadis itu di balai polis. Wajah Orked Halina ketika itu kelihatan angkuh dan sombong. Sedangkan wajah yang ini pula kelihatan begitu polos dan comel.

            Sejak dia di luar negara, ibunya sering bercerita tentang Orked. Tapi biasanya dia hanya mendengar cerita-cerita tentang Orked yang tidak enak didengar. Contohnya tentang kelakuan liar gadis itu yang sukar dikawal sesiapa. Pernah dia meminta ibunya menghantar sekeping gambar Orked tetapi wanita itu hanya ketawa mendengarnya. Sangka ibunya, dia hanya bersenda.

            Memang dia tidak pernah melihat gadis itu sejak ibunya berkahwin lain. Mulanya dia ragu-ragu dengan keputusan ibunya mahu mengahwini duda beranak satu seperti Hamdan. Tapi mengenangkan kebahagiaan wanita itu, dia merelakan perkahwinan itu meskipun dia jauh di kota London. Ketika itu dia tidak sempat pulang untuk meraikan perkahwinan ibunya kerana sedang menduduki peperiksaan akhir. Tapi ibunya dan ayah tirinya Hamdan pernah mengunjunginya di London.

            Sudah beberapa hari sejak dia pulang ke Malaysia. Tak disangka-sangka, pertemuan pertamanya dengan Orked berlaku di balai polis. Ketika itu dia sengaja menawarkan diri untuk menjamin gadis itu. Itupun dia terdengar secara tak sengaja ibunya berbual dengan Hamdan tentang Orked. Dia memang terkejut bila mengetahui anak gadis itu ditahan pihak polis kerana bergaduh di kelab malam. Dan kedegilan ayah tirinya untuk tidak menjamin Orked bukan sesuatu yang harus dihairankan. Mana-mana ayah pun pasti akan bertegas dengan anak yang melakukan kesalahan. Kerana itu dia sanggup mengambil tempat Hamdan mengikat jamin anak gadis itu di balai polis.

            “Tempat yang romantik!” Bisik Idlan bersama tawa kecilnya.

            Suaranya seakan menganggu ketenangan yang bermain di wajah Orked. Gadis itu membalikkan wajah. Idlan terus diam. Dia tidak ingin mengejutkan gadis itu lagi. Biarlah Orked tidur dengan tenang!

            Idlan meletakkan tangannya ke atas dahi. Matanya cuba dipejamkan. Tapi entah kenapa otaknya yang mahukan dia tidur dan matanya seakan tidak seiring. Entah kenapa, peristiwa di Zouk awal malam tadi terhimbau-himbau dalam fikirannya.

            Dia sebenarnya tidak pernah merancang apa-apa. Segala tindakannya drastik dan dilakukannya tanpa berfikir panjang. Mujurlah Orked tidak melarikan diri dan menganggap dia lelaki miang. Jika tidak, entah apa patut dijawabnya pada ayah tirinya.

            Melihat gadis itu keluar dari Zouk dengan wajah muram, dia segera mengekori anak gadis itu. Anak-anak muda yang ditemuinya bersama Orked sebelumnya sesekali menjeling tajam ke arahnya, seolah-olah dia penjenayah yang mahu membawa lari anak gadis itu. Memang dia mahu melarikan Orked malam ini. Dia sudah nekad setelah berfikir panjang. Orked akan dilarikan dari tempat penuh maksiat itu. Orked akan dilarikan dari kehidupannya yang sekarang.

            “Orked tak mahu tanya abang kita nak ke mana?” Dia menjeling anak gadis yang tidak mahu bercakap dengannya sepanjang perjalanan.

            Gadis itu terus membisu.

            “Orked tak takut abang larikan Orked?” Dia cuba berseloroh. Sengaja mahu memprovok gadis itu membuka mulutnya. Kali ini pandangan tajam gadis itu sudah melata ke wajahnya. Dia tersenyum. Riang kerana kehendaknya tertunai. Sekurang-kurangnya dia tahu Orked masih tidak apa-apa setelah menghadiahkannya sekelumit renungan yang paling tajam pernah dilihatnya.

            “Mana-mana pun tak apa, asalkan bukan rumah.” Balas gadis itu.

            Idlan terkedu. Bukan rumah? Kenapa? Apakah rumah itu neraka buat gadis itu? Kata-kata aneh Orked mempunyai seribu persoalan yang tidak terjawab di fikirannya.

“Umi…” bisikan itu perlahan kedengaran. Suara rengekan gadis itu membuatkan khayalan singkatnya segera menghilang bagai debu. Dia berpaling lalu memandang wajah Orked yang berkerut-kerut. Gerak-geri Orked seperti orang mengigau. Siapa umi yang meniti dari bibir itu? Ibunya kah? Idlan tertanya-tanya dalam hati.

            Dia ingin membetulkan selimut di tubuh Orked yang hampir melorot. Tapi tindakannya tiba-tiba terhenti sebaik terpandang sesuatu. Setitis airmata gugur di pelupuk mata anak gadis itu yang terpejam rapat.

Idlan terkesima. Dia tidak jadi membetulkan selimut itu, sebaliknya dia melarikan anak matanya. Enggan menatap airmata di wajah gadis itu kerana dengan tiba-tiba sahaja airmata itu mengingatkan dia pada Nadya. Gadis yang terpaksa ditinggalkannya di Kota London tanpa kerelaannya.

1 comment:

eija said...

lama nya tgu cite nie..

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!