Followers

Thursday, January 13, 2011

Sayangku Casper : Bab 38

TIA mengerekot kesejukan di atas lantai, membelakangi pintu biliknya. Setelah beberapa jam berhempas pulas merayu dan memohon simpati, dia jadi letih walau sekadar melontarkan suara. Sesekali suara Karin akan kedengaran singgah di luar pintu biliknya. Tapi gadis gempal itu hanya berniat mahu mengejek dan memperlekeh-lekehkannya. Tidak mungkin Karin akan sanggup membantu kerana gadis itu dan ibunya dua kali lima. Sama-sama kejam dan tak berhati perut.

Dia mengguman geram. Sakit betul hatinya dengan telatah Halijah dan Karin. Kerana mahu memaksa dia mengahwini Saiful, tak semena-mena dia dikurung bagaikan tawanan perang. Tawanan perang pun diberi makan, tapi dia pula sudah berjam-jam dibiarkan kelaparan. Kalau dia tahu begini kesudahannya, baik dia melantak siap-siap sewaktu keluar dengan Rafique tadi.

Mata Tia melontar pandangan ke arah jendela biliknya yang terkatup rapat. Hendak dibuka tingkap biliknya, sejak awal-awal lagi dua beranak itu sudah bertukang di luar tingkap biliknya. Bagaimanapun Tia tahu, di luar hari sudah gelap, menandakan putaran waktu malam semakin menghampiri. Ini berdasarkan suasana di biliknya yang semakin malap. Lantas dia bangun dan segera memetik suis lampu. Sekejap sahaja ruangan biliknya segera cerah.

Tia mengalih duduk di birai katil. Merenung potret wajah si ayah yang tersenyum tenang di samping arwah ibunya. Nafas Tia bergetar hiba. Ayah! Keluh Tia dengan airmata berlinangan. Sampai hati makcik buat Tia macam ni. Tia tak nak bertunang dengan Saiful tu. Tia tak suka dia. Orangnya walaupun boleh tahan tapi perangai lain macam saja. Daripada pilih Saiful yang kaya raya, Tia lebih rela memilih Rafique yang papa kedana.

Tiba-tiba Tia tergaman. Rafique? Kenapa nama dia tiba-tiba boleh jadi watak penting dalam cerita sedih aku ni pulak? Dahi Tia berkerut seribu. Wajah Rafique entah kenapa melayang di fikirannya. Ucapan selamat tinggal yang diucapkan lelaki itu bagaikan mereka takkan bertemu lagi selepas ini. Ah! barangkali dia mahu lari kerana takut dikejar pemiutang agaknya! Duga Tia, berandaian yang bukan-bukan.

Gosh Tia! Apasal kau fikir fasal orang lain ni? Entah-entah masa ni dia duduk bersenang-lenang goyang kaki di kedai mamak atau tengah tidur berdengkur di rumahnya. Yang kau pulak tak ubah seperti Rapunzel yang dikurung di dalam menara tinggi. Bezanya di sini, tak ada putera raja yang sanggup selamatkan kau dari ahli sihir kejam bernama Halijah itu. Tak boleh jadi ni! Sampai bila dia harus menanti begini sedangkan jarum jam tidak pernah berhenti berputar?

Tia menoleh ke arah jendela biliknya yang telah dipalang dengan kayu oleh ibu tirinya. Macamana aku nak keluar dari sini? Fikir Tia, jangan mengalah pada perempuan itu. Bebaskan diri kau dari mereka! Hati kecilnya tak habis-habis berbisik.

Dia segera meluru ke arah laci meja tulisnya, lalu menyelongkar isi laci. Mencari-cari sesuatu yang boleh digunakan untuk membuka pintu biliknya. Tapi bagi laci seorang gadis sepertinya, tak mungkin dia akan menemui peralatan-peralatan McGyver yang boleh digunakan untuk menyelamatkan diri.

Sekeping kertas jatuh di kakinya sewaktu dia mengeluarkan barang-barang di dalam laci mejanya. Tia tunduk memandang ke arah lantai lalu segera mengutip kertas tersebut. Matanya dihala ke arah isi kertas yang dibaca dengan lebih teliti kali ini. Matanya bersinar-sinar.

Paris! Tiket ini memang atas namanya dan sah digunakan pada tempoh tertentu. Tia segera menyelongkar buku bibliografi yang turut diberi ayahnya tempohari. Ada sesuatu yang mahu dicarinya. Yes jumpa! Sekeping kertas bertulis nama dan alamat di dalam bahasa perancis direnung agak lama. Sejurus bibirnya mengukir senyuman. Kalau ini saja jalan yang ada untuk dia mengelak dari rancangan jahat ibu tirinya, maka dia akan lakukannya. Dia akan lari! Lari sejauh yang boleh dari segala-galanya yang menyebalkan hatinya. Mujurlah dia masih menyimpan passportnya baik-baik. Malah diam-diam dia juga memiliki kad American Express yang diberi ayahnya secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Halijah tidak lama dulu. Cuma satu aje masalahnya!

Macamana dia nak cabut lari dari sini? Pintu biliknya berkunci, manakala tingkap biliknya pula dipalang Halijah. Tia menggaru kepala tidak gatal. Nak telefon minta tolong pada Pak Amid, telefonnya pula baru sahaja dirampas Karin. Ya Allah! Tolonglah aku lepaskan diri. Hantarkan sesiapa sahaja untuk membantuku! Doa Tia dalam hati.

Usai mengaminkan doanya, telinganya tiba-tiba menangkap satu bunyi di luar biliknya. Bunyi tapak kaki. Siapa? Takkan Karin nak berjaga kat luar semata-mata mahu memastikan dia tidak lari dari situ. Tak mungkin! Harap-harap tidak!

“Tia…Tia!” Satu suara muncul separuh berbisik di luar jendala biliknya. Tia terpempan. Ada orang! Dia segera mendekatkan telinganya pada wajah tingkap yang tertutup rapat. Sebaik dia mendengar sekali lagi namanya diseru, wajah Tia terus berubah. Jerone?

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!