Followers

Thursday, May 7, 2020

Beautiful Lie (Bab 12)


ADRIANA tunduk bersama debaran di dada. Dia langsung tidak berani mengangkat mukanya. Sebentar tadi, Yasmin memandang ke arahnya seperti hendak menelannya Dia tahu wanita itu pasti marah dengan apa yang telah berlaku di antaranya dengan Mirza sebentar tadi. Tapi itu bukan salahnya. Anak muda itu yang tiba-tiba menerkam ke arahnya. Tak ada apa-apa pun yang jadi. Ini hanya salah faham. Namun hendak menjelaskannya dia langsung tidak ada peluang apabila Tuan Fahrin dan Mirza hanya berbincang berdua sahaja di dalam bilik yang terkatup rapat di hadapannya.
                Segelas minuman berisi jus oren disua ke arahnya. Adriana berpaling. Entah sejak bila, Yasmin sudah berdiri di hadapannya.
                “Minum ni dulu. Muka Rian tu pucat benar kakak tengok.” Suruh Yasmin.
                Dia mengambilnya tanpa banyak soal.
                “Jangan risau, Tuan Fahrin tu tak marah pun. Berbanding marah Rian, dia lebih rela marah anaknya tu.” Ujar Yasmin bagaikan tahu apa yang bersarang di fikirannya.
                “Mungkin Rian tak patut ada kat sini.” Bisik Adriana gelisah.
                Yasmin membeliakkan biji matanya. What? Dia benar-benar tak suka mendengar kata-kata Adriana kali ini. Jika Adriana menukar fikiran, semua rancangannya akan rosak begitu sahaja.
                “Apa kau cakap ni Rian? Kau dah janji nak tolong aku kan?” Herdik Yasmin tetapi masih dengan suara terkawal. Risau juga dia jika kedua-dua beranak itu tiba-tiba keluar dari bilik itu dan mendengar kata-katanya.
                Adriana memandang wanita itu dengan perasaan serba-salah. Memang dia dah berjanji dengan Yasmin. Tapi ketika dia berada dalam keadaan terdesak. Semalam selepas dia dibuang kerja, dia hanya tahu menangisi nasibnya. Dia buntu memikirkan bagaimana dia boleh mencari wang untuk membiayai bil-bil rumah, belanja rawatan ibunya, duit sekolah Anas dan macam-macam lagi. Itu sebabnya tangannya ringan menelefon Yasmin malam semalam.
                Tapi sekarang perasaan itu berubah saat dia melihat tindakan Mirza yang agak melampau tadi. Dia sudah biasa dilayan kasar begitu oleh ayahnya dahulu. Tapi hari ini apa yang telah Adham Mirza lakukan padanya seolah-olah hanya mengingatkan dia tentang kisah silamnya. Dan dia benci bila Mirza memperlakukannya seperti itu. Dia benar-benar benci!
                “Rian, kakak dah cakap dengan kau banyak kali kan? Kerja kau cuma mengajar budak Mirza tu. Tuan Fahrin akan bayar upah kau, itu sahaja. Kakak bukan suruh kau melacur kat sini. Kau ingat kakak ni teruk sangat ke?” Bisik Yasmin seraya menarik tangan anak gadis itu ke suatu penjuru yang agak terlindung.
                “Tapi Rian tak suka  budak tu.”
                “Bodoh! Kau ingat aku suruh kau kat sini untuk suka dia ke? Gunalah otak tu sikit Rian.” Getus Yasmin mulai naik radang.
                Dia mahu meneruskan kata-katanya tapi sebaik menyedari pintu bilik di hadapannya terbuka, Yasmin segera melepaskan tangan Adriana.
                Wajah Adriana berubah sebaik melihat Mirza berjalan di belakang ayahnya dengan wajah muram.  Sepatutnya dia turut menjelaskan pada Tuan Fahrin tentang apa sebenarnya yang berlaku tadi, barulah semua salah faham ini boleh diselesaikan.
                “Tuan Fahrin, maafkan saya. Fasal hal tadi, saya…”
                “Tak payah explain Cik Adriana. Mirza dah jelaskan semuanya.” Ujar Tuan Fahrin seraya tersenyum.
                Adriana menelan liurnya. Mirza dah jelaskan? Diam-diam dia melirik ke arah lelaki itu yang kelihatan senyap sahaja.
                “Saya nak minta maaf pada Cik Adriana fasal hal tadi. Tentu Cik Adriana terkejut. Maaf kalau anak saya berkelakuan tak wajar pada Cik Adriana.” Ujar Tuan Fahrin.
                Adriana menggeleng. Ini semua hanya salah faham.
                “Salah saya juga Tuan Fahrin. Saya ingatkan pencuri tadi cuba nak masuk ke bilik tu. Saya tak sepatutnya pukul anak Tuan Fahrin.” Ujar Adriana kesal.
                Mirza mengangkat wajahnya. Merenung dua ulas bibir yang sedang berkata-kata itu. Dari bibir, matanya meraut ke arah hidung seterusnya ke mata. Adriana? Nama itu cocok sekali dengan orangnya.
                “Budak ni sejak dari kecil lagi memang suka menyelinap ikut tingkap. Entah dia ikut perangai siapa agaknya.” Keluh Tuan Fahrin seraya melirik ke arah Mirza. Sudah puas dia membasuh telinga anaknya itu tadi dengan bebelannya. Ringkas tapi pedas!
                “Saya harap perkara ni takkan menjejaskan persetujuan kita. Saya masih nak Cik Adriana mengajar Mirza.” Pinta Tuan Fahrin dengan wajah serius.
                “Tapi pa….Mir..”
                Shut up.” Pintas Tuan Fahrin tanpa memandang anaknya.
                Mirza menarik nafas panjang. Dengusannya terdengar kasar. Sudah berulangkali dia mengatakan pada ayahnya untuk tidak mahu belajar dengan mana-mana guru tuisyen, tapi ayahnya langsung tidak mahu mendengar. Dan sekarang ayahnya nak dia belajar dari perempuan ni? Siapa dia? Dia dan gadis itu nampak seperti sebaya sahaja. Takkan muda-muda macam ni dah jadi cikgu? Keluh Mirza.
                “Apa keputusan Cik Adriana? Boleh Cik Adriana datang mengajar Mirza?” Tanya Tuan Fahrin ingin tahu.
                Adriana serba-salah. Tidak tahu apa yang harus diberikan sebagai jawapan. Wajah Yasmin dicari. Lirikan mata wanita itu jelas maksudnya mahukan dia menerima tawaran itu. Tapi entahlah, dia masih ragu-ragu.
                Mirza asyik memandang anak gadis di hadapannya. Dia benar-benar berharap jawapan anak gadis itu ialah NO. Please..jangan terima. Dia benar-benar tidak mahu terikat dengan sesuatu yang tidak dia gemari. Belajar seperti berperang di medan maut baginya. Dan dia tidak mahu mati semasa berperang!
                “Baik Tuan Fahrin, saya terima.” Ujar Adriana akhirnya. Entah kenapa wajah Tuan Fahrin yang serius itu membuatkan dia terfikir tentu lelaki itu benar-benar mahukan yang terbaik untuk anaknya. Meskipun dia tidak menggemari lelaki itu atau Adham Mirza sendiri, tapi sikap Tuan Fahrin yang serius mahukan anaknya berjaya sedikit sebanyak mengagumkan dirinya.
                Yasmin menarik nafas lega sebaik mendengar kata-kata Adriana. Risau sungguh dia jika gadis itu benar-benar menolak tawaran Tuan Fahrin tadi. Hampir hendak gugur jantungnya tadi akibat risau.
                Tuan Fahrin juga kelihatan lega mendengar persetujuan Adriana. Hanya Mirza sahaja yang kelihatan muram.
                “I rasa kita patut tinggalkan mereka berdua kat sini. Biar mereka saling kenal mengenal dulu.” Yasmin tiba-tiba bersuara.
                Adriana menjeling wanita itu. Not again! Buat masa ini dia tidak fikir idea Yasmin itu benar-benar baik untuknya. Dari cara anak muda itu menerkam dan mencekak lengannya tadi, dia masih rasa gerun. Panas baran betul!
                Yes, I think it will be a good idea. Terima kasih Cik Adriana sebab bersetuju. Saya hargainya.” Tuan Fahrin tersenyum lebar menatap anak gadis itu.
                So Mirza, get knowing your new teacher okay. Jangan nak cari fasal dan kontrol sikit marah tu.” Amaran Tuan Fahrin khas untuk si anak. Dia segera beredar meninggalkan ruangan itu bersama-sama Yasmin.
                Usai kelibat ayahnya menghilang, Mirza mengalihkan pandangan ke arah Adriana. Wajah gadis itu direnung tajam dari atas ke bawah. Berang pula dia bila Adriana mengatakan persetujuannya tadi. Damn it!
                Adriana jadi serba tidak kena pula. Dia sedar mata Mirza sedang meratah wajahnya tidak berkelip. Dia cuba tersenyum ke arah anak muda itu.
                “Nama saya Adriana. Adriana Imaniyah Abdullah. Saya diupah ayah awak untuk jadi tutor peribadi awak.” Ujar Adriana lembut.
                Like I care. I don’t need any tutor.”
                Adriana terdiam. Dia tahu anak muda itu tidak suka belajar. Pengalaman melihat bilik Mirza sahaja sudah cukup baginya.
                “Saya dah diupah, jadi mulai hari ini suka atau tidak, awak dah jadi anak murid saya.”  Ujar Adriana cuba berlembut.
                Bulat biji mata Mirza merenung wajah si gadis. Berani! Tapi kau belum tahu lagi aku siapa. Siap kau nanti!
                “Awak nak ambil exam penting tahun ni, jadi awak kena belajar. Saya ke sini untuk bantu  awak.” Pujuk Adriana lagi.
Mirza mendengus keras.
                “Berapa umur kau?” Tanya Mirza tak disangka-sangka.
                Adriana tergaman. Ni yang tanya fasal umur kenapa pulak?
                “Berapa?” Ulang Mirza lagi ingin tahu.
                “Err..20 tahun.” Ujar Adriana.
                “Hmm...20 tahun? Jadi beza umur kita hanya 2 tahun sahaja. Apa yang buat kau fikir kau layak untuk ajar aku?” Soal Mirza sengaja mahu menyakitkan hati gadis itu.
                Adriana terdiam. Dia tahu apa helah Mirza. Tapi dia takkan termasuk dalam perangkap lelaki itu. Sepasang matanya memandang anak muda itu tidak berkelip.
                Because I have a brain.” Ujar Adriana tenang.
                Mirza mengerutkan dahinya. “And I don’t?”
                No, you don’t.” Geleng Adriana.
                Wajah Mirza berubah. What the hell? Beraninya dia!
                “Jangan ingat kau bijak, kau boleh hina aku sesuka hati. Aku tak perlukan tutor macam kau.” Getus Mirza mulai naik marah.
                “Awak salah. Sekarang ini orang yang sedang menghina saya ialah awak Adham Mirza. Hanya sebab saya lebih tua dari awak 2 tahun jadi awak fikir saya tak layak mengajar awak? Bagi saya awak hanyalah budak bodoh sombong yang fikir semua benda awak boleh dapat dengan duit ayah awak tanpa perlu berusaha.” Tukas Adriana lancang.
                Mirza terdiam. Kata-kata Adriana memijarkan hatinya luar dan dalam. Dia bingkas bangun dari kerusi yang didudukinya.
                Wow! Congratulation! Now kau buat aku semakin berat hati.” Senyum sinis Mirza berlabuh di bibir. Dia bersedia mahu meninggalkan ruangan itu. Namun Adriana cepat-cepat menahan.
                “Awak suka atau tidak, saya tetap akan ajar awak Adham Mirza.”
                Mirza menepis. Merah padam wajahnya memandang ke arah Adriana.
                 Well aku tahu kau takkan tolak upah yang ayah aku beri. Banyak bukan? Dua ribu ringgit tu memang tak boleh ditolak untuk orang miskin macam kau. If you think that I will let you in, then you’ve made a huge mistake.” Bisik Mirza keras lalu beredar meninggalkan Adriana terkontang-kanting sendirian.
                Usai kelibat anak muda itu menghilang, Adriana menarik nafas panjang. Hampir tidak percaya, dia baru sahaja bergaduh dengan bakal anak muridnya sendiri. What have you done Adriana? Dia Adham Mirza, budak yang sepatutnya kau ajar, bukan untuk dibuat musuh!
                Dia mengigit bawah bibirnya. Hendak menolak tawaran Tuan Fahrin pasti sudah terlambat. Dia sudah berjanji untuk kali kedua. Mana mungkin dia boleh menolak sehingga dua kali. Tapi dengan ugutan Adham Mirza sebentar tadi, hidupnya pasti akan lebih sukar! Getus Adriana risau.

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!