Followers

Saturday, June 19, 2010

Dedalu Di Hati : Bab 14

“HIRUP udara kat sini bagus, rasa nyaman. Kamu kena kerap berjogging Ril, biar sihat badan tu. Ini pakcik tengok macam lesu aje. Banyak sangat ke kerja di pejabat tu?” Soal Doktor Badrul sambil meneguk air mineral yang sentiasa dibawa ke mana-mana.

Hazril hanya tersenyum. Dia memandang kawasan taman yang dulunya sering dikunjungi bersama ayahnya setiap petang. Di situ memang kawasan berjogging yang sentiasa dikunjungi orang ramai, baik pagi mahupun petang. Malah berhampiran pula dengan rumahnya.

“Sejak Makcik Mariah kamu meninggal, jarang benar pakcik berjogging di sini. Kadang-kala hanya sempat berjogging dalam kawasan hospital saja. Bukan apa, tak sempat kejar ke sana ke mari sebenarnya. Nak ajak Irina dan Boy bukannya diaorang tu mahu. Budak-budak muda sekarang dah malas nak berjogging, tapi buang duit kat gim rajin pulak.” Ujar Doktor Badrul sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Zaman dah berubah pakcik. Bila ke gim semuanya ada, tak payah susah-susah berjogging jauh-jauh.” Sahut Hazril memberikan logiknya.

Doktor Badrul ketawa kecil. Betul juga cakap-cakap si Hazril ni. Orang zaman sekarang lebih suka bersenam di gim. Aku juga yang sudah ketinggalkan zaman. Doktor Badrul tersengih.

“Irina apa khabar pakcik? Dah dekat dua minggu saya tak jumpa dia.” Tiba-tiba Hazril menyebut tentang Irina. Doktor Badrul menoleh. Memandang sebentar ke arah lelaki itu.

“Pakcik nak tanya sikit pada Ril boleh?”

Hazril memandang Doktor Badrul. Keningnya berkerut. Bunyi dan cara percakapan lelaki itu kelihatan serius.

“Sejak akhir-akhir ni pakcik lihat Irina selalu termenung. Malah sejak dia balik dari Australia minggu lepas, perangainya macam dah lain sikit. Balik pun selalu lambat. Apa kamu berdua ni bergaduh ke?”

Hazril terdiam. Tidak menyangka perkara itu yang akan diungkit oleh lelaki itu. Dia sendiri tidak tahu apa yang sedang difikirkan oleh Doktor Badrul sehingga boleh menyangka dia dan Irina bergaduh.

“Eh tak adalah pakcik. Mana ada! Saya dan Rina okey aje. Mungkin sebab dia jarang datang ke Perkasa Budi, jadi saya dah lama tak nampak dia.” Sahut Hazril sejujurnya.

“Kadang-kala Irina tu macam budak-budak, sensitif sangat. Tapi pakcik tahu Irina sayangkan Ril. Pakcik ingat lagi semasa kamu di luar negara, setiap kali ada posmen yang lalu, dialah orang pertama yang menunggu di depan pintu. Hari-hari dia rindukan surat-surat kamu,” ujar Doktor Badrul lalu tersenyum. Teringat dia pada airmata kehampaan yang menitis di pipi anak gadisnya takala kehadiran surat Hazril tidak kunjung tiba.

Hazril terdiam. Kata-kata lelaki itu seolah membayangkan sesuatu. Dan kata-kata itu kian menghimpit perasaannya. Dia tahu harapan dan hasrat Doktor Badrul besar untuk menyatukannya dengan Irina. Malah harapan dan hasrat itu telah dibawa sejak mereka masih kecil lagi. Tapi dia tidak dapat menipu dirinya sendiri. Irina tidak ubah seperti adiknya sendiri.

“Saya tahu pakcik, saya pun sayangkan Rina. Tapi keadaan sekarang bukan masa yang sesuai untuk kami….” Dia ingin menjelaskan, tapi suara Doktor Badrul meghalangnya dari meneruskan kata-kata.

“Pakcik faham, tapi kalau ada masa temankanlah dia. Dia perlukan kamu. Jangan biarkan dia kesedihan. Bila pakcik lihat dia muram, pakcik pun jadi sedih. Macam ada beban berat yang menimpa hati pakcik ni.” Keluh Doktor Badrul.

Hazril diam. Dia sudah tidak tahu apakah yang patut diucapkannya. Dia sedar yang selama ini Irina tetap setia menagih kasih darinya. Hanya dia lebih suka untuk berpura-pura tidak tahu. Sangkanya, itulah jalan terbaik untuk menolak cinta Irina. Biar Irina berhenti berharap. Dia mahu anak gadis itu melupakannya dan memilih seorang lelaki yang benar-benar menyayanginya. Seorang lelaki yang seratus-peratus mencintainya. Bukan seperti dia yang tidak pernah ada rasa cinta pada gadis itu.

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!