DARI jauh matanya sudah terpandang kelibat gadis itu sedang duduk bersendirian di meja kafeteria yang agak tersorok. Serta-merta senyumannya membuah di bibir. Langkahnya segera dihela ke arah si gadis yang kelihan ralit membaca.
“Sorang aje?” Dia menegur dengan selamba.
Si gadis mengangkat wajah. Merenungnya dengan dahi berkerut. Sejurus wajah itu berubah lebih mesra. Dia segera menempati kerusi kosong di hadapan gadis itu tanpa disuruh. Sepinggan nasi goreng dan minuman diletakkan di atas meja.
“Belum makan lagi,” Ujarnya apabila melihat Aliya tersenyum melihat nasi goreng yang melimpah ruah di dalam pinggannya.
“Ada kelas kat sini?” Soal Aliya. Tidak menyangka dia akan bertemu anak muda itu di situ.
“Ada, pukul sepuluh setengah kejap lagi. Aliya?” Soal Haikal pula.
“Sama. Kelas Doktor Aidit ya?”
“Ya, tapi dah tukar lecturer.” Sahut Haikal.
“Siapa? Encik Adam ke?” Laju mulut Aliya bertanya.
“Encik Adam?” Haikal mengerutkan dahinya. Ternyata dia tidak kenal nama yang baru dicanang Aliya sebentar tadi.
“Lecturer baru yang gantikan Doktor Aidit.” Balas Aliya ringkas.
“Bukan. Lecturer ni namanya Prof. Radhi. Boleh tahan tapi tak seseronok kelas Doktor Aidit. Aliya tak makan ke?” Tanya Haikal.
“Saya dah makan tadi. Saja duduk-duduk di sini sambil tunggu kelas seterusnya.” Ujar Aliya. Dia menutup helaian nota yang dibacanya lalu mengepilnya di dalam sebuah buku sederhana tebal. Lagipun tidak sopan untuk dia meneruskan bacaannya apabila Haikal berada di hadapannya. Gerak-geri Aliya menjadi santapan mata Haikal buat seketika.
“Hari minggu ni Aliya ada rancangan apa-apa?” Haikal memberanikan diri bertanya. Segala perasaan sangsi dan segan dihalau jauh-jauh. Dia pura-pura tunduk menguis nasi goreng yang masih belum disentuh.
“Entah, belum fikirkan pun. Kenapa?” Aliya mengerutkan dahi.
“Hmm..sebenarnya ada satu pementasan teater kat Istana Budaya. Aliya minat tengok tak?” Tanya Haikal, separuh berharap.
“Teater? Haikal minat teater ya? Tak sangkalah.” Aliya tergelak.
“Kenapa?” Giliran Haikal pula terpinga-pinga.
“Biasanya lelaki kan tak suka tengok teater. Kalau tengok konsert atau bola sepak tu tak tahulah.” Jelas Aliya sejujurnya. Dia bercakap pun berdasarkan cerita Syazana tentang adik beradik lelakinya.
“Agaknya saya ni jenis lain kut.” Haikal tersenyum. Sekali lagi ketawa Aliya meletus.
“Maaflah Haikal. Bukan tak mahu pergi, tapi saya ada banyak assignment yang kejar dateline. Maybe next time?”
“Yeah okay, next time.” Hati Haikal sedikit hampa, namun digagahi untuk tersenyum.
“Okeylah Haikal, saya pergi dulu. Dah dekat nak masuk kelas ni.” Tergesa-gesa Aliya bangun sambil mengemaskan buku-bukunya. Jam di pergelangan tangannya dilirik. Hampir pukul sepuluh setengah pagi. Namun sebelum pergi, dia sempat menghadiahkan sekelumit senyuman ke arah Haikal. Terkebil-kebil anak muda itu melihat Aliya yang bergegas pergi.
* * * *
Dari jauh dia melihat pensyarah muda itu begitu asyik berbual-bual dengan seorang pelajar di hadapan pintu dewan kuliah. Hendak meluru masuk ke dalam dewan begitu sahaja, dia merasa kurang sopan berbuat demikian. Mahu tak mahu Aliya sabar menanti tidak jauh dari situ. Lelaki itu nampak tampan berpakaian kemeja putih dipadankan dengan tali leher berwarna biru biji kundang.
Aliya leka memerhati sehingga tidak menyedari pelajar yang berbual dengan Adam tadi baru sahaja melepasinya.
Adam yang menyedari kehadiran Aliya memandang sekilas ke arah anak gadis itu. Tersenyum dia melihat gelagat Aliya yang seolah-olah sedang berangan. Mata gadis itu merenung jauh. Entah apalah yang sedang difikirkan oleh anak gadis itu agaknya, gumam Adam seraya tersengih.
“Aliya!”Adam memanggil.
Tiada reaksi.
“Aliya!” Kali ini dia memanggil lagi, lebih kuat.
Aliya tersentak. Apabila dia meluruskan pandangan, dilihatnya pensyarah muda itu sedang tersenyum memandangnya. Alamak! Aliya mengetapkan bibir. Terasa malu sendiri. Entah berapa lama agaknya dia termenung di situ?
“Asyiknya berangan, ingatkan buah hati agaknya?” Adam bersuara separuh bergurau.
Aliya terdiam lalu mula mengatur langkah. Dia ingin cepat-cepat masuk ke dalam dewan kuliah tapi lelaki itu tiba-tiba menghalang. Tergaman dia apabila menyedari tangannya dipegang kemas oleh lelaki itu. Entah mengapa, dadanya berdebar-debar tidak keruan.
Adam yang menyedari perubahan pada wajah gadis itu, segera mengalihkan tangannya.
“Sorry, saya cuma nak beritahu, saya dah semak tesis Aliya tu. Ada beberapa pembetulan yang harus dibuat, saya dah tanda dengan pen merah. Kalau Aliya senang, datang pejabat saya hari ni ambil balik tesis tu. Kalau saya tak ada pun, ambil saja sebab saya ada hal lain lepas ni.” Panjang lebar lelaki itu berkata, sedangkan Aliya hanya diam membisu.
Syazana yang duduk di sebelah Aliya sesekali mengerling. Hairan! Kebiasaannya pada waktu-waktu begini, Aliya akan rajin mencatat isi-isi penting kuliah. Tapi kali ini gadis itu termenung saja. Entah didengarnya atau tidak isi kuliah yang disampaikan. Jangan katakan pen, buku nota pun tak dibukanya. Aneh ni, desis hati Syazana.
Sebaik kelas berakhir, Aliya segera bingkas bangun lalu cepat-cepat beredar keluar. Terkejar-kejar Syazana mengemas buku-bukunya sebelum mengekori kelibat gadis itu yang semakin jauh.
“Lia, tunggulah aku. Apasal kau ni?” Jerit Syazana sambil berlari-lari anak cuba menyaingi langkah gadis itu Apabila semakin dekat,ditariknya tangan anak gadis itu.
“Kenapa kau ni?” Giliran Aliya pula marah-marah kerana dihalang. Syazana hanya tersengih. Geli hatinya melihat Aliya yang bermuka masam. Aii marah?
“Jom makan, aku laparlah.”
“Kau kan ada kelas lagi. Dah lupa?”
“Itulah Cik Aliya, lain kali nak keluar DK pun sapa-sapalah kawan kau dulu. Ini tak, main belah macam tu aje. Actually aku dah tak ada kelas. Kelas Profesor Azmi tu dah ditunda. Hei tadi Encik Adam ada pandang kau tau, mesti nak pesan apa-apa tu. Yang kau ribut semacam ni apasal?” Soal Syazana.
“Ala dia nak suruh aku ambil tesis aku kat desk dia.” Sahut Aliya pantas. Dia tidak ingin Syazana tahu gelodak rasa yang dialaminya. Anak gadis itu hanya mengangguk, tidak pula melanjutkan pertanyaan yang bukan-bukan seperti kelaziman.
No comments:
Post a Comment