Followers

Friday, June 4, 2010

Dedalu Di Hati : Bab 11

HAZRIL dan Ikram sibuk membincangkan sesuatu apabila Julia menerpa masuk tanpa mengetuk pintu. Terbeliak mata Ikram melihat tingkahlaku Julia yang kelihatan tidak sopan pada pendapatnya.

“Dah tak pandai ketuk pintu?” Sindir Ikram.

“Opss sorry, I lupa.” Ucap Julia selamba.

“Kenapa Ju?”Tanya Hazril seraya memandang gadis itu.

“Dah dekat masa lunch, Ju nak ajak Ril makan tengahari.” Julia tersenyum manis di sebalik pintu. Serangan halus Ikram langsung tidak diendahkan.

“Makan? Tak bolehlah Ju, abang ada janji dengan pakcik Badrul hari ni. Lain kali ajelah.” Hazril menolak.

“Ala dah banyak kali Ju ajak, Ril asyik bagi alasan yang sama aje. Boringlah macam ni.” Rungut Julia dengan wajah masam mencuka.

“Sorrylah Ju, abang tak boleh hari ni. Abang ada temujanji kejap lagi.” Sahut Hazril serba-salah. Kasihan juga dia melihat anak gadis itu begitu.

“Tak apalah kalau tak sudi, Ju makan sorang-sorang aje.” Julia terus berlalu pergi. Hazril mengeluh panjang. Bukan dia sengaja beralasan untuk tidak mahu menemani Julia makan tengahari, tapi apa boleh buat. Hari ini dia perlu menemui seseorang yang sudah agak lama tidak dijengahnya.

“Manja! Makan pun nak kena berteman.” Ikram mengejek dengan wajah yang sengaja dimimikkan. Hazril berpaling ke arah lelaki itu. Ada sesuatu terlintas di fikirannya ketika itu.

“Apa kata kau temankan Julia makan?” Cadang Hazril pada Ikram.

“What? Are you out of you mind? No way!” Ikram dengan pantas menggelengkan kepala.

Hazril hanya mampu tersengih. “Suka hati kaulah Ram, aku buat cadangan ni pun memandangkan kau pun terpaksa lunch sorang-sorang hari ni. Sorry sebab lupa nak beritahu kau fasal pakcik Bad.”

“Tak apa, bukan aku tak kenal pakcik Bad tu. Kirim salam aku kat dia ya.” Pinta Ikram. Hazril hanya mengangguk. Mereka kembali menyambung perbincangan yang tergendala dengan kedatangan Julia sebentar tadi.

* * * *

Ikram memberhentikan keretanya di sebuah restoran di Petaling Jaya. Mula-mula dia bercadang mahu makan di Restoran Teratai saja, tempat yang selalu dikunjunginya bersama Hazril. Tapi tanpa disedari, keretanya sudah melencong ke arah lain pula. Sebuah restoran baru yang tidak pernah dikunjunginya selama ini menarik minatnya untuk disinggahi.

Dia mengambil tempat duduk di kawasan yang agak tersorok. Selepas memesan satu set makanan tengahari, Ikram sempat meninjau seluruh ceruk restoran itu. Boleh tahan juga tempat ni! Bisik hati kecil Ikram. Tunggu nak cuba makanannya sahaja. Kalau sedap, bolehlah dia datang ke situ bersama Hazril pula lain kali.

Tiba-tiba mata Ikram terpandang sesusuk tubuh, duduk bersendirian tidak jauh dari meja yang ditempatinya. Julia!

Gadis itu sedang menikmati makanannya sendirian. Airmukanya muram.

Ikram tersengih. Interesting! Syarifah Julia Wirda yang terkenal satu Malaysia pun terpaksa makan tengahari sendirian? Ke mana perginya teman-teman kayanya yang selalu dibangga-banggakannya tu?

Ikram bangun, ingin menuju ke arah meja gadis itu. Namun belum sempat dia mahu mendekati Julia, dua lelaki melintas di hadapannya lalu singgah di meja Julia.

“Hai Cik Julia, takkan makan sorang-sorang? Nak kami temankan?” Salah seorang dari lelaki itu bersuara. Temannya sudah ketawa besar.

“Please, leave me alone. Hari ni I tak ada mood nak layan sesiapa. Please go away.” Julia kelihatan bosan mahu melayan kerenah lelaki-lelaki itu.

“Janganlah macam tu Cik Julia. Gadis cantik macam you ni takkan tak mahu berteman?” Pujuk lelaki itu lagi. Masih tidak tahu mengalah!

“You ni tak reti bahasa ke? I kata tinggalkan I sorang-sorang, takkan tak faham lagi? I tak perlu sesiapa untuk temankan I!” Tengking Julia tiba-tiba. Kesabarannya semakin menipis dengan gangguan demi gangguan yang menyerabutkan kepalanya.

“Amboi sombongnya dia ni Mir, macamlah cantik sangat,” Ujar lelaki itu.

“Ahah! Cantik lagi nenek aku dekat rumah tu.” Serentak kedua-dua lelaki itu ketawa. Julia yang hilang sabar terus mencapai gelas fresh orange di mejanya, lalu menyimbah kedua lelaki itu.

“Oii!” Terkejut besar kedua-dua lelaki itu. Wajah kedua-duanya sudah merah padam bercampur kuyup disimbahi dengan air oren. Wajah Julia direnung tajam.

“Kurang ajar!” Tangan salah seorang dari mereka naik tinggi. Pipi Julia ingin ditamparnya. Julia yang kecut perut hanya mampu menutup mata. Berserah menantikan tindakan dari kedua-dua lelaki itu. Lama dia menunggu, tidak ada apa-apa yang berlaku. Dia memberanikan diri membuka mata. Alangkah terkejutnya Julia sebaik melihat Ikram sudah berada di hadapannya sambil menghalang tangan lelaki itu dari singgah ke pipi licinnya.

“Kau ni siapa pulak?” Tanya lelaki itu, keras. Dia tergaman melihat seorang lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba campur tangan.

“Siapa aku tak penting, tapi kau dah ganggu teman wanita aku.” Balas Ikram berani. Kedua-dua lelaki itu ditatap dengan wajah garang.

“Alamak relakslah brother, mana kami tahu dia ni dah ada boyfriend.”

“Sekarang kau dah tahu. Jadi berambus sekarang, aku tak nak tengok muka kau orang berdua lagi.” Sahut Ikram garang. Kedua-dua lelaki itu terpaksa mengalah lalu cepat-cepat beredar dari situ.

Ikram menoleh memandang Julia. Gadis itu turut memandangnya dengan tajam.

“Aku tak perlukan pertolongan kau.”

“Kalau aku tak tolong kau, jangan harap kau boleh lepas dari mereka.”

“Encik Ikram, lain kali aku harap kau takkan campur tangan dalam hal aku lagi. Jangan harap dengan apa yang baru berlaku tadi, aku akan berterima kasih dengan kau. No way!” Gumam Julia.

“Suka hati kaulah. Aku pun tak harapkan ucapan terima kasih dari orang macam kau ni.” Balas Ikram pula selamba. Dia kembali ke mejanya tanpa mempedulikan Julia yang terkedu memerhatikannya.

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!