Followers

Saturday, April 27, 2013

Alamak! Lagi-Lagi Dia : Bab 19


TAK FASAL-FASAL dia kena cuti dua hari gara-gara Ubek. Tapi bagusnya ibunya tidak lagi bertanya tentang ke mana dia menghilang hari itu. Dan soal Idham seperti tenggelam terus dari bibir ibunya. Tiba-tiba juga dia dilayan seperti puteri raja dari cerita dongeng. Awesome!

            Lebam di bawah mata diperhatikan melalui cermin. Dengan sekali sapuan, lebam itu menghilang dengan mudah. Inilah yang dinamakan efek khas. Nak berlakon kena ada CGI. Tapi CGI dia pakai berus dan eyeshadow sahaja. Dengan sekali sapuan dan calitan, maka wujudlah lebam biru yang ketara di bawah mata serta di pipinya. Lebam yang dikatakan akibat dipukul penyamun, sedangkan hakikatnya itu hanyalah  pembohongan yang dilakukannya berkat idea bernas abangnya.

            Sebentar tadi Gina ada menelefonnya bertanyakan khabar. Kononnya satu pejabat sudah kecoh tentang dirinya yang disamun. Sekali lagi dia terpaksa berlakon.

Berlakon sunat katakan!

            “Kau rehat cukup-cukup, nanti semua kerja kau kat sini biar aku yang uruskan.” Ujar Gina, prihatin dengan nasib temannya.

            Thanks Gina. Mujur ada kau, kalau tidak entah apa aku nak buat.”

            “Dah kewajipan aku.Lagipun kita kan rakan kongsi, memang patut pun aku take over kerja kau. Tapi kalau boleh cuti tu jangan lama-lama sangat, aku ni bukan pandai sangat melayan klien-klien kita tu. Buta aku jadinya kalau kau tak ada.” Ujar Gina.

            “Insya Allah, esok aku cuba datang office. Lagipun tak kuasa aku nak lama-lama atas katil ni. Sehari lagi aku dalam bilik ni boleh naik gila aku dibuatnya.” Dia merungut pada Gina. Gadis itu ketawa terkeheh-keheh sahaja mendengar kata-katanya.

            Tiba-tiba Cika teringatkan sesuatu. Dia segera mencapai beg tangannya lalu mencari-cari sesuatu di dalamnya. Namun melihat apa yang dicari tidak ada di dalam beg, wajah Cika berkerut. Tak ada? Biar betul!

            Ke mana perginya plannernya? Buku itu penting dan memuatkan banyak contact number klien. Malah dia juga mencatat semua jadual-jadual kerjanya di dalam buku hitam tersebut. Aduh! Parah kalau begini!

            Wajah Cika resah. Kalau tanpa buku hitam itu, dia seperti orang buta kehilangan tongkat. Setahunya dia tidak pernah meletakkan buku itu sebarangan selain dari dalam tas tangannya. Takkan buku hitam itu boleh meloncat sendiri dari dalam tas tangannya pulak. Impossible!

*  *  *  *

HAMPIR satu jam lamanya dia menyelongkar mejanya. Namun apa yang dicari belum terlihat oleh pancaindera. Sudahnya dia menyapu keringat di dahi sambil mengeluh panjang. Aduh mana pulak perginya ni?

            Gina yang baru sahaja melintasi bilik itu tercengang melihat kelibat Cika yang sedang menyepahkan barang-barang di atas meja yang sudah sedia bersepah. Aik? Baru satu jam yang lalu dia berbicara dengan anak gadis itu. Alih-alih muncul di sini pulak. Sudah sihatkah dia? Dia singgah sebentar lalu memerhatikan anak gadis itu yang kelihatan kelam-kabut serba tidak kena.

            “Apa yang kau buat tu?” Tanya Gina ingin tahu.

            Cika mengangkat mukanya sebentar sebelum menyambung pencariannya. “Kau ada nampak planner aku tak? Yang warna hitam kulit tebal tu.” Cika memberi deskripsi antara acuh tak acuh.

            “Tak ada. Kenapa? Hilang?”

            “Ahah..puas aku cari tak jumpa-jumpa jugak. Entah mana perginya buku tu. Buat spoil mood aku je pagi-pagi begini.” Rungut Cika bengang. Sudahlah dia teringat dia ada mesyuarat penting di sebuah syarikat pemaju perumahan awal pagi esok. Tapi dia gagal mengingati tarikh dan masa mesyuarat tersebut. Kerana dia seorang yang pelupa, maka dia mencatatkan semuanya dalam buku berisi semua maklumat-maklumat dan tarikh-tarikh penting. Dan buku itu selalunya sentiasa berada di dalam beg tangannya.

            “Kau salah letak kut.” Suara Gina muncul kembali.

            Agaknya! Cika mengeluh panjang tanpa berkata apa-apa lagi.

            “Kau datang office ni dah sihat ke sebenarnya?” Suara Gina ternyata ragu-ragu. Cika yang mahu meneruskan pencarian buku hitamnya bungkam seketika. Alamak! Lupa pulak! Dengan wajah tak bersalah dia tersengih.

            Sorrylah Gina, sebenarnya aku tak sakit pun. Ini semua rancangan Ubek gara-gara nak mengelakkan aku kena marah dengan umi.” Dia berterus-terang.

            What? Kau biar betul. Jangan-jangan fasal kau kena samun tu pun tipu jugak?” Gina tercengang.

            Cika hanya mengangguk gelihati. Tipu sunat, kawan!

            “Gila kau! Satu pejabat ni tahu kau kena samun tahu. Awal pagi lagi umi kau announce pada si Darren tu. Kau tahulah mamat lembut tu mana reti nak duduk diam. Habis semua orang dia beritahu fasal kau cedera sebab baru kena samun.”

            Ala relakslah Gina. Satu pejabat tahu apalah sangat,” Cika membalas acuh tak acuh.

            Gina menggelengkan kepalanya sambil bergerak mendekati meja Cika. Dia memandang Cika sambil tersengih.

            “Cik Syafika, bila aku kata semua orang, I mean everyone.” Ujar Gina lalu menekan punat pada telefon di atas meja Cika. Sebentar kemudian muncul satu suara.

            “Hello Cika, ini I Datuk Fakhri. I dengar dari staf you yang you kena samun. Betul ke? Kalau betul I nak you call I immediately. I  benar-benar risaukan keadaan you. Hope you will get well soon.”

            Cika, Fitzerald here. Have been heard about that new. I’m really worried. Lain kali kalau nak keluar jangan sorang-sorang, ajak I temankan. Take care ya.”

            “Cika, Datuk Fakhri again. I tak senang duduk kalau tak tahu keadaan you. Kenapa off telefon, susah I nak call.”

            Klik! Gina mematikan sistem perakam telefon sambil memandang Cika yang sudah terlongo dengan muka blur.

            See what I mean?” Gina tersengih.

            “Ah lantaklah. Malas aku nak layan lelaki dua orang tu. Sekarang ni yang lebih penting ialah planner aku tu. Esok aku ada mesyuarat kat pejabat Maju Construction dekat M.” Ujar Cika.

            Mata Gina membulat. “M? Fitzerald?” Gadis itu tersengih nakal.

            “Yang kau sebut Fitzerald ni kenapa pulak? Aku ada meeting dengan staf bahagian promosi MC, bukan dengan Fitzerald.” Keluh Cika.

            “Yalah, alang kepalang kau dah ada kat sana, apa salahnya kau cari Fitzerald. Bukan jauh mana pun  Maju Construction tu dengan M, dalam satu bangunan sahaja. Ajaklah dia minum dan borak-borak. Dia pun syok gila kat kau.” Gina mula cucuk jarum.

            “Eh tak ada maknanya aku nak buat begitu. Kirim salam. Kalau kau berkenan sangat dekat Fitzerald tu, kaulah yang ayat dia.” Cika menyelar.

            “Kalau dia sukakan aku, dah lama aku mengorat dia. Masalahnya Cik Syafika, lelaki tu sukakan kau. Itulah siapa suruh kau pergi ke sana dan marah-marah fasal line telefon kau yang kena curi tu?” Usik Gina lantas ketawa mengingatkan peristiwa Cika ketika mula-mula bertemu dengan Fitzerald dahulu.

Ketika itu Cika mengajaknya menemaninya ke Syarikat Telekomunikasi M, kerana mahu membuat aduan tentang line telefonnya yang kena hack. Tak pakai tapi kena bayar sampai beribu! Siapa tak hot! Kalau dia pun tentu bengang tahap kronik. Tapi dia tidak adalah seperti Cika yang nekad marah-marah di tempat itu. Muncul Fitzerald yang mendengar aduannya dan cuba menyelesaikan masalahnya. Kelakarnya mereka semua ingat Fitzerald tu juruteknik telefon. Rupa-rupanya lelaki itu senior engineer di situ. Dan dari situ perkenalan Cika dan Fitzerald semakin berkembang.

Fitzerald lelaki dari Amerika yang boleh bertutur bahasa melayu dengan sangat fasih. Orangnya juga boleh tahan handsome. Siapa yang melihat pasti cair termasuk dia dan ramai lagi staf-staf di G-Properties. Semuanya sepakat memujuk agar Cika sudi bertemujanji dengan lelaki itu, malangnya Cika acuh tak acuh sahaja.

            “Jangan nak mengarut. Dari kau asyik sebut Fitzerald, baik kau tolong aku cari planner aku ni. Esok aku nak meeting.” Gesa Cika. Mabuk darah dia kalau terus menyebut atau berbicara tentang Fitzerald yang sangat romantik hingga ada kala macam nak demam-demam dia mendengar ayat bunga-bunga lelaki itu. Hui kalah lelaki melayu tipikal. Ayat bunga-bunga Fitzerald lagi mengancam.

            “Dah macam padang jarang padang tekukur kau geledah bilik kau ni, aku rasa memang dah tak ada tu. Mesti kau tercicir kat mana-mana ni.” Ujar Gina separuh malas mahu ikut campur.

            Cika berhenti mencari. Dia terduduk lemah. Bila kali terakhir aku pegang buku tu? Dia berfikir dalam. Seingatnya dia ada memegang buku tersebut sewaktu dia menanti ibunya ketika di Jumbo Jeep tempohari. Maklumlah ketika itu dia bosan dengan bebelan ibunya lalu keluar untuk mengambil angin di luar. Jangan-jangan kat situlah dia tercicirkan bukunya. Cika lekas-lekas mencapai beg tangannya lalu berlari ke luar ke muka pintu. Gina yang memandang terpinga-pinga.

            “Kau nak ke mana tu?” Laung Gina ingin tahu. Namun kelibat Cika menghilang dengan pantas.            Belum sempat Gina mahu ikut keluar dari bilik Cika, bunyi panggilan telefon dari atas meja temannya itu menarik perhatian. Hendak tak hendak gagang telefon itu segera diangkat.

            “Hello.”

            “Hello Cika, ini Idham cakap. Idham Hariz.”

            Gina terpempan. Idham Hariz?

            Tiba-tiba pintu bilik itu dikuak kasar. Gina terkejut lalu cepat-cepat meletakkan gagang telefon. Kelibat Cika muncul di muka pintu. Gadis itu merenungnya satu macam membuatkan dia gugup tanpa disedari.

            “Kau ni kenapa? Pucat semacam aje aku tengok.” Cika mengerutkan dahinya. Hairan melihat wajah Gina yang pucat lesi. Dia melangkah masuk menuju ke arah mejanya lalu mengutip kunci kereta yang tertinggal.

            “Okeylah, aku keluar dulu. Kau uruskanlah apa-apa yang patut. Aku nak pergi cari planner aku tu. Entah kat mana aku cicirkannya.” Rungut Cika lalu segera beredar pergi.

            Gina menarik nafas panjang. Dia melemparkan pandangan ke arah gagang telefon yang sudah diletakkannya. Suara lelaki itu masih kelihatan sama seperti dulu. Suara itu pernah menggetarkan naluri perempuannya. Dia pernah angau dan gila bayang terhadap Idham Hariz, sehinggalah dia sedar Idham Hariz lelaki yang tidak punya perasaan. Tidak ada hati perut!

 Apa sebenarnya lelaki itu mahu dengan Cika? Mahu menyakiti hati Cika lagikah? Tidak! Aku tak boleh biarkan Cika berjumpa dengan lelaki itu. Takkan!

1 comment:

NurAtiZa said...

Cmpak jelah Idham Hariz tu jauh2.... #^_^

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!