Followers

CINTA BUKAN LARANGAN - 2014 ( Limited Edition Only)

CINTA BUKAN LARANGAN - 2014 ( Limited Edition Only)
Ekslusif dan tidak dijual di kedai buku, hanya di blog dan fb penulis sahaja :untuk memesan : email arr_nita@yahoo.com/ FB : Anita Aruszi

BLURB CINTA BUKAN LARANGAN (New)

Tajuk : Cinta Bukan Larangan
Penulis : Anita Aruszi
Harga : RM32.90
Penerbit : GN Publishing
ISBN : 978-967-10425-3-3
M/s : 803ms
Genre : Cinta dan Kekeluargaan

Tagline
Cinta Ini Terlarang..
Ibarat Buah Khuldi Yang Haram Disentuh Adam…

Diaz dan Dina Azura, dua adik beradik yang membesar bersama tetapi tidak pernah sebulu. Ada sahaja yang tidak kena di hati Diaz yang terang-terangan membenci Dina Azura di dalam hidupnya. Sehingga ke satu tahap, dia cuba merogol gadis itu angkara kemarahan yang terpendam di lubuk hatinya. Namun tindakan itu telah merubah segala-galanya dalam hidup mereka. Kerana kesal dengan tindakannya, dia mengambil keputusan melarikan diri ke luar negara. Namun tindakan itu tidak mampu meluputkan setiap dosa yang dirasakannya terhadap Dina Azura.

Sepuluh tahun kemudian, Diaz pulang ke tanahair dan bekerja dengan Alma Katherine, seorang ahli perniagaan berjaya. Namun dia tidak berani berhadapan dengan Dina Azura angkara malam jahanam itu. Tapi takdir menemukan mereka semula untuk menyusun kepingan-kepingan puzzle dalam hidup mereka. Tapi masihkah ada benci di hatinya atau segala-galanya telah berubah?

Bagi Dina Azura, dia tidak pernah membenci Diaz. Malah takkan mungkin membenci lelaki itu. Sejak kecil dia mengagumi Diaz, sehinga adakala dia terseksa kerana dibenci tanpa sebab. Malah seluruh jiwanya terseksa kerana selama ini dia menyimpan rahsia yang tidak mampu diceritakan kepada sesiapa. Isi hatinya takkan mampu diluahkan lantaran dia sedar betapa besar dosanya mencintai abang sendiri.

Perkenalan Dina Azura dengan Johan telah menyemat cemburu di hati Diaz tanpa disedari. Hubungannya dengan Dina Azura adalah sebuah hubungan yang takkan mungkin. Mereka tidak mungkin bercinta. Tidak mungkin bersama sama. Tidak mungkin untuk segala-galanya. Tidak mungkin untuk selama-lamanya. Kerana itu Diaz menahan diri. Dan bila Johan hadir di antara mereka, segala-galanya yang tidak mungkin itu bukan lagi satu halangan. Diaz nekad mahu membetulkan segala-galanya. Tapi rahsia yang disimpannya selama 15 tahun itu hanya akan melukakan hati ramai orang. Bolehlah dia menjaga hati ramai orang dan membiarkan hatinya sendiri dilukai? Mampukah lagi dia menyimpan rahsia ini dari pengetahuan Dina Azura sedangkan gadis itulah yang paling mahu dilindunginya?


Abang jangan judge orang dengan hanya memandang luaran sahaja. Sekurang-kurangnya
Johan sanggup pertahankan maruah adiknya dari lelaki-lelaki tak guna tu. Dia seorang abang yang baik – DINA AZURA

Johan baik? Jadi abang lelaki jahat? – DIAZ HAFIZI

Saya cuma nak awak pilih antara saya dan Diaz. Dan berhenti menyakiti hati saya seperti ini Dina – JOHAN


Wednesday, July 27, 2011

Mitos Cinta Suria : Bab 46

            SURIA mengemaskan barang-barangnya ke dalam beg sandang. Dia mahu pulang awal untuk menemani ayahnya di hospital. Itupun setelah dia selesai membereskan kerja-kerjanya termasuk mengikut Nizam dan Rohan membuat penggambaran ‘Crime Scene’ di studio KZM. Setelah tiga jam baru kerja-kerja penggambaran selesai.
            “Bila nak dubbing?” Soal Suria.
            “Esok ajelah sayang. Aku tahu kau penat.” Sampuk Rohan yang bertindak sebagai penerbit rancangan. Suria tersenyum lalu menggoyangkan bahunya membetulkan urat-uratnya yang keletihan.
            “Lepas ni ke mana? Kita minum nak?” Pelawa Rohan.
            “Tak boleh beb, aku ada hal.” Suria lekas-lekas menolak.
            “Hal apa? Dating ya?” Usik Rohan.
            Suria menjegilkan matanya ke arah lelaki itu. Rohan ketawa besar. “Sorry, my mistake. Aku lupa Cik Suria Baharom yang tough macam lelaki takkan sesekali menghabiskan masa berdating dengan lelaki-lelaki bodoh.” Canda Rohan lagi. Suria segera mencubit pinggang lelaki itu membuatkan Rohan terjerit kecil. Beberapa ketika suara Nizam kedengaran memanggilnya.
            “Apa?” Sahut Suria acuh tak acuh.
            Mata Nizam melirik ke suatu arah. Suria dan Rohan serentak berpaling. Melihat Nazrul berdiri memerhatikan mereka dari tepi pintu studio, Suria tergaman. Rohan yang menyedari kehadiran Nazrul segera tersengih.
            “Itu boyfriend kau cari. Aku dengan Nizam kena cabut segera, nanti kena panahan arjuna pula.” Rohan masih lagi mahu mengusik seraya menarik tangan  Nizam yang sudah tergelak-gelak kecil. Melihat kedua lelaki itu beredar, barulah Nazrul berani menghampiri Suria. Suria hanya mampu tersenyum hambar. Takkan nak bermasam muka pula. Sampai bila?
            “Kata cuti?” Tegur Nazrul.
            “Sekerat hari aje. Ayah saya masuk hospital.” Beritahu Suria sejujurnya.
            “Bila? Kenapa?” Wajah Nazrul menzahirkan perasaan terkejut.
            “Dia tak apa-apa. Doktor kata tekanan darah dia tinggi. Maybe besok dia dah boleh balik.” Ujar Suria.
            “Kenapa Suria tak beritahu saya?”
            “Saya tak mahu ganggu awak Nazrul. Saya tahu awak sibuk.”
            Nazrul terdiam. Dia melempiaskan tubuhnya di sebuah kerusi di situ. Suria yang berkira-kira mahu beredar merasa tidak manis meninggalkan Nazrul begitu sahaja. Dia menatap wajah lelaki itu dalam-dalam. Wajah Nazrul muram seperti baru mendapat khabar buruk.
            “Naz, kenapa ni? Awak ada masalah ke?” Soal Suria ingin tahu.
Nazrul berpaling. Mata lelaki itu menatap ke arahnya agak lama. Suria terkedu. Ada rasa segan singgah di lubuk hatinya kerana diperhatikan sehingga begitu sekali.
            “Suria pernah tak rasa seperti ada orang sedang memerhatikan Suria?” Tanya Nazrul tiba-tiba. Suria tercengang. Pertanyaan itu agak aneh dirasakannya. Apa maksud Nazrul sebenarnya.
            “Suria tak pernah rasa seperti diekori?” Soal Nazrul lagi.
            “Awak cakap apa ni Nazrul? Awak buat saya risau.” Bulat matanya memerhatikan lelaki itu. Apa yang tak kena dengan Nazrul? Ada masalahkah dia?
            “Saya bersalah pada Suria. Saya tak sepatutnya balik ke mari.” Keluh Nazrul.
            “Naz..”
            “Saya tak sepatutnya sukakan Suria.”
            Suria terkedu. Kata-kata Nazrul seterusnya mematikan kata-kata yang mahu dilafazkannya. Hatinya berasa pedih. Apakah kerana di hati lelaki itu telah wujud Fasya yang lebih cantik dan lebih seksi, maka dirinya tidak layak disukai?
            Nazrul bingkas bangun lalu tiba-tiba mendekatinya. Tindakan lelaki itu membuatkan Suria bungkam. Dia lemas bila anak mata lelaki itu tak sudah-sudah merenung wajahnya. Jari-jemari Nazrul tiba-tiba singgah di kepalanya sebelum mengelus rambutnya perlahan-lahan.
            Suria merasakan tubuhnya mengeras. Perilaku Nazrul membuatkan dia separuh nanar. Tiba-tiba Nazrul menjatuhkan jari-jemarinya. Renungan mata itu singgah di wajahnya buat seketika sebelum lelaki itu menghindar. Dan sebaik Nazrul melewatinya tanpa sebarang suara, Suria terasa ada air jernih bergenang di kelopak matanya. Hatinya mula merasai jarak antara mereka semakin jauh.
*  *  *  *
            Nazrul menutup tirai di biliknya lalu menghempas tubuh ke arah sofa panjang di biliknya. Dia mahu berbaring seketika melepaskan keresahan fikiran yang tidak berpenghujung. Wajah Suria bermain-main di tubir matanya.
            Sesungguhnya dia tidak ingin melupakan Suria dalam fikirannya. Entah sejak bila perasaannya terhadap gadis tu tumbuh subur. Tapi apakan daya, dia terhimpit dengan amaran ibunya agar dia melupakan gadis itu. Meski dia tidak pernah takut dengan ancaman ibunya, namun dia benar-benar bimbangkan keselamatan Suria. Dia tahu benar setakat mana kebenaran kata-kata ibunya. Wanita itu akan mengotakan setiap kata-katanya. Dan jika nyawa Suria dalam bahaya kerananya, maka dia lebih rela untuk melepaskan gadis itu pergi meski sebahagian hatinya tidak rela.

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!