Followers

Saturday, October 16, 2010

Sayangku Casper : Bab 29

Ketika Vernon keluar dari ruang makan itu, matanya bertembung pandang dengan sesusuk tubuh yang tercegat di hadapannya. Vernon terpempan. Lekas-lekas dia menutup pintu yang menyambungkan dewan makan dengan ruang tamu. Hatinya menjadi tidak keruan. Dia amat pasti, setiap bait-bait kata yang dibicarakan oleh Tengku Adrian sebentar tadi telah singgah ke telinga wanita itu.

“Cik Puan.” Sapa Vernon lalu tunduk hormat.

Wanita itu mendongak ke arahnya. Wajah pucat tak berseri itu merenung dingin ke arah Vernon membuatkan Vernon serba-salah.

“Saya nak cakap sesuatu dengan kamu Vernon.” Ujar wanita itu lalu beredar dari situ. Vernon menarik nafas panjang. Hendak tak hendak, dia turut mengekori wanita itu ke sebuah bilik.

Daun pintu dikatup rapat. Wanita itu duduk di salah sebuah sofa yang terdapat di dalam bilik itu.Vernon hanya berdiri. Menanti dengan sabar perkara yang mahu disampaikan oleh wanita itu.

“Bagitahu saya apa yang dia rancangkan sebenarnya? Apa ini ada kaitan dengan cucu Madame Marianne?” Soal wanita itu.

Vernon tergaman. Dia tidak pasti apa yang patut dilakukannya. Haruskah dia membuka mulut dan menjelaskan segala-galanya? Atau apakah lebih baik dia berdiam diri sebelum dikecam Tengku Adrian?

“Kamu masih belum jawab pertanyaan saya Vernon.” Lirikan mata Helena menjamah tajam wajah Vernon yang semakin serba-salah.

Vernon tunduk. Keluhan kecil meniti keluar dari bibirnya.

“Maaf Cik Puan. Cik Puan pasti tahu Tengku Adrian tidak suka Cik Puan masuk campur sebarang perihal berkaitan Adelie.” Ujar Vernon.

Helena terdiam. Jadi betullah seperti apa yang disangkakannya. Kedatangan Tengku Adrian ke mari bukan atas dasar perniagaan seperti yang dicanangkan padanya. Tapi kedatangan suaminya itu ada maksud lain.

“Rafique macamana?” Soal Helena lagi.

“Tengku Rafique masih belum ditemui Cik Puan.”Balas Vernon lagi.

Helena mengeluh panjang. Rafique! Ke mana saja kau pergi? Bingung dia dengan telatah anak muda itu yang suka mengambil keputusan terburu-buru tanpa berfikir panjang.

“Sudahlah Vernon, kamu boleh keluar. Tinggalkan saya sendirian di sini.” Arah Helena rungsing. Vernon akur lalu segera melangkah pantas ke muka pintu. Meninggalkan Helena yang tenggelam dalam khayalan panjang.

Helena memejamkan matanya. Wajah Rafique melayang-layang di tubir mata. Tersenyum memandangnya dengan pandangan yang mendamaikan perasaan. Semenjak kecil Rafique adalah penghibur di rumah itu. Lelaki itu sering bergurau-senda dengan para pekerja, malah sering pula tersenyum pada sesiapa pun jua. Tapi sayangnya senyuman itu tidak lagi menjadi penawar tapi racun di hatinya.

“I love you.” Bisikan lelaki itu seperti baru semalam bertiup ke telinganya. Tiga tahun yang lalu, lelaki itu menagih kasihnya. Menagih cintanya yang bukan menjadi hak miliknya lagi.

Dia memandang Rafique yang berdiri di hadapannnya dengan sejambak mawar merah.

“Apa ni Rafique?” Dia tercengang.

“A bouquet of flowers for a lovely lady.” Bisik Rafique dengan wajah bersinar-sinar. Dia hanya terkedu memandang lelaki itu.

“Rafique, jangan main-main.”

Anak muda itu mengerutkan dahinya. “I tak main-main sayang. I am damn serious about us. Je t’aime Helena.” Bisik Rafique seraya memegang tangannya.

Dengan pantas jari jemarinya segera dilarikan dari pegangan Rafique. Dia tidak ingin tindakan Rafique itu dikesan oleh sesiapa terutama oleh Madame Marianne sendiri yang terkenal tegas dengan didikan dan asuhan keluarga Casper.

Wajah Rafique segera berubah. Tindakannya membawa kerut muram di wajah lelaki itu. Melihat Rafique begitu, tiba-tiba sahaja dia diserang rasa bersalah. Apa patut dia buat untuk membuatkan Rafique mengerti?

“Rafique, I much older than you. You are such a brother to me.” Berulangkali dia menggunakan alasan jarak usia mereka di hadapan lelaki itu. Tapi ternyata kata-katanya hanya dianggap remeh-temeh bagi Rafique.

“Usia kita hanya berbeza 6 tahun Helena. It’s not a big deal at all.” Pujuk Rafique. Enggan mengalah meskipun sudah pelbagai cara dilakukannya.

“I can be your sister.”

“I can love you more thanI love my sister.”

“You don’t have a sister, Rafique.”

“I do now.” Rafique merenungnya dengan pandangan romantis.

Sekali lagi dia terkedu. Kata-kata Rafique ditelan dengan perasan berbaur. Renungan lelaki itu ditatap bingung. Ada kekesalan menjerut tangkai hatinya. Ingin rasanya dia berterus-terang. Tapi mampukah Rafique menerimanya dengan tenang?

“Rafique, I nak you dengar baik-baik cakap I ni. I tunangan ayah you. Suatu hari nanti I akan kahwin dengan dia dan you akan jadi anak tiri I.” Ujarnya serba-salah.

Wajah Rafique pucat lesi. Dia hanya mampu menarik nafas panjang. Sebahagian perasaannya beransur lega setelah dia berterus-terang dengan anak muda itu tentang kedudukan sebenarnya. Tentang urusan perkahwinannya dengan Tengku Adrian yang diatur oleh Madame Marianne sendiri.

“Kenapa? Kenapa daddy I yang you pilih?” Soal Rafique dengan wajah tegang. Nada suaranya meninggi.

Dia memandang lelaki itu dalam-dalam. Bibirnya diketap rapat-rapat.

“Because I love him.”

“Lie!” Herdik Rafique. Merenungnya dengan wajah berang yang menggila.

“Sebab tu you tak mampu terima I dalam hidup you? Sebab dalam diam-diam you main cinta dengan daddy I? Sejak bila? Sejak mummy I masih hidup?” Soal Rafique sinis.

“Jangan macam ni Rafique. Jangan tolak semua perasaan sakit hati you tu pada I. Ini tak adil untuk I.You tahu betapa I sayangkan mummy you. Dia dah macam kakak pada I.” Ujarnya.

“Kakak? You anggap dia kakak you, tapi dalam masa yang sama you rampas suami dia?” Tuduhan Rafique meliar.

Helena membuka mata. Ada titisan air jernih bertakung di birai mata. Dia pantas menyekanya sebelum ianya tertumpah keluar. Pertengkaran mereka tiga tahun yang lalu, secara drastik telah merenggangkan jarak hubungannya dengan Rafique. Sedangkan dia amat menyayangi Rafique sebenarnya. Lagipun mereka sama-sama membesar dalam sebuah rumah. Memang betul dia menganggap Rafique hanya sebagai seorang adik dan tidak lebih dari itu. Dan dia juga menyintai Tengku Adrian meskipun lelaki itu tidak pernah mahu memandang dirinya.

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!