Followers

CINTA BUKAN LARANGAN - 2014 ( Limited Edition Only)

CINTA BUKAN LARANGAN - 2014 ( Limited Edition Only)
Ekslusif dan tidak dijual di kedai buku, hanya di blog dan fb penulis sahaja :untuk memesan : email arr_nita@yahoo.com/ FB : Anita Aruszi

BLURB CINTA BUKAN LARANGAN (New)

Tajuk : Cinta Bukan Larangan
Penulis : Anita Aruszi
Harga : RM32.90
Penerbit : GN Publishing
ISBN : 978-967-10425-3-3
M/s : 803ms
Genre : Cinta dan Kekeluargaan

Tagline
Cinta Ini Terlarang..
Ibarat Buah Khuldi Yang Haram Disentuh Adam…

Diaz dan Dina Azura, dua adik beradik yang membesar bersama tetapi tidak pernah sebulu. Ada sahaja yang tidak kena di hati Diaz yang terang-terangan membenci Dina Azura di dalam hidupnya. Sehingga ke satu tahap, dia cuba merogol gadis itu angkara kemarahan yang terpendam di lubuk hatinya. Namun tindakan itu telah merubah segala-galanya dalam hidup mereka. Kerana kesal dengan tindakannya, dia mengambil keputusan melarikan diri ke luar negara. Namun tindakan itu tidak mampu meluputkan setiap dosa yang dirasakannya terhadap Dina Azura.

Sepuluh tahun kemudian, Diaz pulang ke tanahair dan bekerja dengan Alma Katherine, seorang ahli perniagaan berjaya. Namun dia tidak berani berhadapan dengan Dina Azura angkara malam jahanam itu. Tapi takdir menemukan mereka semula untuk menyusun kepingan-kepingan puzzle dalam hidup mereka. Tapi masihkah ada benci di hatinya atau segala-galanya telah berubah?

Bagi Dina Azura, dia tidak pernah membenci Diaz. Malah takkan mungkin membenci lelaki itu. Sejak kecil dia mengagumi Diaz, sehinga adakala dia terseksa kerana dibenci tanpa sebab. Malah seluruh jiwanya terseksa kerana selama ini dia menyimpan rahsia yang tidak mampu diceritakan kepada sesiapa. Isi hatinya takkan mampu diluahkan lantaran dia sedar betapa besar dosanya mencintai abang sendiri.

Perkenalan Dina Azura dengan Johan telah menyemat cemburu di hati Diaz tanpa disedari. Hubungannya dengan Dina Azura adalah sebuah hubungan yang takkan mungkin. Mereka tidak mungkin bercinta. Tidak mungkin bersama sama. Tidak mungkin untuk segala-galanya. Tidak mungkin untuk selama-lamanya. Kerana itu Diaz menahan diri. Dan bila Johan hadir di antara mereka, segala-galanya yang tidak mungkin itu bukan lagi satu halangan. Diaz nekad mahu membetulkan segala-galanya. Tapi rahsia yang disimpannya selama 15 tahun itu hanya akan melukakan hati ramai orang. Bolehlah dia menjaga hati ramai orang dan membiarkan hatinya sendiri dilukai? Mampukah lagi dia menyimpan rahsia ini dari pengetahuan Dina Azura sedangkan gadis itulah yang paling mahu dilindunginya?


Abang jangan judge orang dengan hanya memandang luaran sahaja. Sekurang-kurangnya
Johan sanggup pertahankan maruah adiknya dari lelaki-lelaki tak guna tu. Dia seorang abang yang baik – DINA AZURA

Johan baik? Jadi abang lelaki jahat? – DIAZ HAFIZI

Saya cuma nak awak pilih antara saya dan Diaz. Dan berhenti menyakiti hati saya seperti ini Dina – JOHAN


Monday, October 25, 2010

Mitos Cinta Suria : Bab 29

SEPERTI yang diramalkan oleh berita perdana malam itu, hujan turun agak lebat. Kilat sabung menyabung di luar jendela biliknya, diikuti bunyi guruh yang berdentum kuat. Suria menarik nafas panjang. Selimut tebal yang membalut tubuhnya ditarik sehingga menutupi seluruh tubuh. Tidak tahu mengapa, sejak dia kecil sehingga dewasa, dia gementar setiap kali mendengar guruh berdentum kuat. Dadanya jadi berombak-ombak bagaikan sesak nafas. Ingatannya menghimbau jauh.

“Suria takut ayah…”

“Hishh apa nak ditakutkan, guruh dan kilat tu hanya petanda hujan nak turun. Bukannya dunia ni nak meletup. Lagipun anak ayah kan kuat dan berani.” Nasihat Baharom.

“Tapi bunyi guruh tu kuat sangat. Macam nak pecah telinga Suria ni,” dia merungut tanpa sedar. Ayahnya hanya ketawa mendengar ocehannya.

Tiba-tiba lampu utama yang menerangi beranda di luar biliknya terpadam. Suria tergaman. Dia menolak selimut lalu teraba-raba dalam gelap. Suis bilik yang terletak di hujung dinding biliknya dibuka berkali-kali. Ala...blackout la pulak, rungutnya geram. Mujurlah dia masih menyimpan torchlight kecil di dalam laci mejanya.

Berpandukan torchlight itu, Suria melangkah terpisat-pisat ke bilik ayahnya. Pintu kamar itu diketuk bertalu-talu sambil mulutnya melaung memanggil nama ayahnya. Dia memulas tombol pintu kerana kebiasannya lelaki itu jarang mengunci pintu biliknya. Namun anehnya, ayahnya tidak ada di dalam bilik. Ke mana pulak ayahnya pergi pada waktu-waktu seperti ini? Jangan-jangan ayahnya sedang cuba membaiki kotak fius di tingkat bawah agaknya!

Dia terus melangkah dengan hanya berpandukan lampu suluh. Sesekali pancaran kilat turut menerangkan ruangan itu buat beberapa ketika. Perlahan-lahan dia menuruni tangga tersebut lalu menuju ke ruangan bawah. Perasaan cemasnya terus berlagu kencang.

“Ayah! Ayah kat mana tu?” Panggil Suria lantang. Namun seperti tadi, laungannya tidak disahut. Dia beredar melewati ruangan dapur lalu menuju ke arah kotak fius yang terletak berhampiran ruangan dapur. Bayang ayahnya langsung tidak kelihatan di situ. Hendak membetulkan kotak fius itu, tapi dia tidak tahu bagaimana caranya. Nampaknya terpaksalah dia bergelap sepanjang malam itu. Dia keluar dari arah dapur lalu berjalan ke ruang tamu.

Kain langsir yang berterbangan ditiup angin dari luar dipandang agak lama. Kilat sabung menyabung, bersilih ganti dengan dentuman jendela yang terbuka luas. Dia mengguman sendiri. Aduh! Pasti dia cuai lagi mahu menutup jendela itu siang tadi. Perlahan-lahan dia menghampiri tingkap. Namun belum sempat tangannya mencapai pemegang tingkap, matanya terpandang sesuatu.

Dari dalam rumah, dia terlihat kelibat beberapa lembaga hitam sedang melintas di hadapan rumahnya sambil mengusung sesuatu. Suria mengerutkan dahinya. Dia cuba mengamati kotak panjang yang dibawa oleh lembaga-lembaga yang agak kabur wajahnya. Tapi apa yang dilihatnya membuatkan jantungnya terus berdegup kencang. Oh tuhan! Apakah dia sedang bermimpi? Kotak yang sedang diusung oleh lembaga-lembaga itu tak ubah seperti keranda. Siapa pula yang meninggal dunia pada waktu tengah malam seperti ini?

Suria terus mengintai di sebalik tirai jendela dengan hati tidak keruan. Hujan di luar masih lebat menggila. Anehnya lelaki-lelaki itu seperti tidak terjejas langsung dengan hujan ribut tersebut. Tiba-tiba, langkah lelaki-lelaki itu terhenti di luar pintu pagar rumahnya. Dia tergaman apabila menyedari kotak keranda yang diusung oleh lembaga-lembaga itu diletakkan di atas permukaan tanah.

Seorang lelaki berkelubung dengan baju hujan tiba-tiba muncul sambil memegang sebatang penyodok. Suria terperanjat besar apabila melihat mata penyodok yang dipegang lelaki itu singgah di permukaan tanah di hadapan rumahnya. Lelaki itu terus menggali tanah itu seakan tidak tahu penat. Sebentar sahaja tanah di situ habis digali sehingga dalam. Seketika kemudian, lelaki-lelaki yang membawa keranda itu terus menurunkan keranda tersebut ke dalam lubang tersebut seraya menimbusnya.

Suria seperti tidak percaya dengan apa yang disaksikannya. Peluhnya merenek di dahi. Dia mundur menjauhi tingkap dengan wajah memucat.

Prak!! Suria tersentak. Pasu bunga itu pecah berderai dilanggarnya. Dia gugup lalu memandang lurus ke hadapan. Jantungnya seperti dirobek keluar tatkala menyedari lelaki-lelaki yang berada di luar pintu pagar rumahnya, sedang mengalihkan pandangan ke arahnya. Gelora di hatinya tambah memuncak apabila terpandang wajah lelaki-lelaki itu. Ya Allah! Matanya terbeliak melihat wajah-wajah pucat yang sedang merenungnya. Dia segera menjauhi tingkap lalu berlari ke tingkat atas.

“Ayah! Ayah kat mana?” Jerit Suria ketakutan. Dia mencari di setiap bilik, namun kelibat ayahnya gagal ditemui. Suria semakin cemas. Entah kenapa dia benar-benar bimbang dengan keselamatan lelaki itu.

“Ayah, Suria takut…..tolong Suria,” bisiknya dengan nada suara tak bemaya. Dia terduduk lemah di penjuru sudut. Belum sempat dia hendak terus melaung memanggil ayahnya, pintu di tingkat bawah diketuk seseorang. Suria terkaku.

Ketukan itu semakin lama semakin kuat bertalu. Dia terpaku. Perlahan-lahan dia menjenguk ke bawah. Ketukan itu terus berlaga kencang seiring dengan hembusan angin yang menggila. Rumah itu bergegar bagaikan hendak roboh. Dia memegang bucu anak tangga, seraya memejamkan matanya. Janganlah ada sesuatu yang buruk menimpa aku dah ayahku, Ya Allah. Sehabis berdoa, pangkal lehernya tiba-tiba terasa dijalari sesuatu.

“Suria…” Seru suatu suara menghembus ke telinganya. Suria tersentak. Suara seorang perempuan memanggil namanya sayup-sayup kedengaran.

“Suria….” Namanya dipanggil lagi. Anehnya, suara gemersik halus itu berganti dengan suara kasar yang seakan dikenalinya. Suria membuka matanya perlahan-lahan. Wajah ayahnya terpacul di hadapan matanya dengan pandangan aneh.

“Ayah!” Suria tergaman melihat lelaki itu. Sepantas kilat, tubuh lelaki itu segera dirangkul kemas. Tergaman Baharom melihat telatah anak gadisnya.

“Apa Suria buat sorang-sorang diri dekat tengah anak tangga ni? Ayah nak ambil air tadi, terkejut tengok Suria dekat sini.” Baharom menyoal dengan wajah hairan.

“Rumah kita blackout, Suria nak betulkan fius tapi tak pandai.”

Kata-kata Suria membuatkan Baharom terlopong. Blackout? Dia memandang Suria yang nampak resah. Apa maksud anak itu?

“Bila masa rumah kita blackout, ayah tak sedar pun?” Tanya Baharom sambil mengerutkan dahinya. Mendengar kata-kata lelaki itu, giliran Suria pula tergaman. Baru dia perasan, bilik ayahnya diterangi lampu. Begitu juga dengan lampu di hujung tangga yang masih terpasang. Hujan dan guruh yang didengarinya sebentar tadi juga kini ghaib entah ke mana. Suria menarik nafas panjang.

“Suria, kenapa ni?” Soal Baharom lagi. Dia perasan wajah Suria pucat lesi.

Anak gadis itu memandangnya satu macam. “Tadi Suria cari ayah merata tempat, tapi ayah tak ada. Ayah dari mana ni?”

“Dari mana apa pulak? Ayah kan kat bilik, sedang tidur. Ayah terjaga sebab terdengar bunyi pasu pecah.” Ujar Baharom.

Suria semakin resah. Penjelasan lelaki itu membuatkan fikirannya terbang melayang teringatkan tempayan bunga yang pecah dilanggarnya sebentar tadi. Kalau semua ini hanya mimpi, bagaimana dia mahu menjelaskan tentang tempayan yang pecah berderai itu? Dia tiba-tiba berlari ke arah tirai jendela lalu melontarkan pandangan ke suatu arah.

“Suria, kenapa ni?” Baharom tercengang. Tingkah laku anak gadis itu benar-benar aneh kelihatan. Suria tidak menjawab. Mata gadis itu masih terpaku ke luar jendela. Apabila Baharom mengekori pandangan anak gadisnya, dia tidak melihat sebarang keanehan yang wajar menjadi tontonan. Apa sebenarnya yang diperhatikan Suria? Baharom tiba-tiba gelisah. Kata-kata Apache tempohari singgah dalam ingatannya. Mungkinkah?

2 comments:

pipvz devil said...

rse mcm pndek je n3 kali ni..tgh syok bce..aik dah habez..adehhh..xpuas nyerrr..nk lg pnjng bleh..hehe..geram nk tahu ending cite ni..agk2 lme lg ke cite ni nk abez..

Anita said...

lama lagi..cerita ni panjang lagi

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!