Followers

Friday, May 7, 2010

Sayangku Casper : Bab 27

RAFIQUE bersandar di badan kereta sambil menghadap ke arah rumah dua tingkat di hadapannya. Matanya terperosok pada sebuah bilik di tingkat bawah yang masih terang benderang sedari tadi. Dia tahu itu bilik siapa, kerana ketika dia sampai tadi, matanya segera terpandang kelibat gadis itu sedang menutup jendela biliknya.

Dia sendiri tidak tahu kenapa dia meninggalkan Davian seorang diri di rumah sewanya dan memecut ke sini. Dia juga tidak pasti kenapa persoalan tentang gadis itu benar-benar membelenggu fikirannya sehingga menyukarkannya untuk tidur. Ternyata ada banyak persoalan tentang gadis itu yang masih belum terjawab. Ada banyak misteri yang ingin diketahuinya tentang siapa Tia Adila yang sebenarnya. Benarkah Adelie de Casper yang dicari-carinya sudah mati seperti yang dikatakan gadis itu? Kerana itu dia nekad keluar mencari Tia Adila. Dia tahu di mana rumah Tia kerana siang tadi dia pernah ke situ bersama Davian. Meskipun Tia tidak mahu dihantar sehingga ke hadapan rumah, namun diam-diam dia menyuruh Davian mengekori gadis itu.

Tiba-tiba Rafique terpandang sesuatu. Jendela bilik gadis itu tiba-tiba dikuak dari arah dalam. Rafique terkejut melihat Tia sedang memanjat palang tingkap lalu melompat keluar dari biliknya. Gadis itu kemudiannya terhendap-hendap seperti pencuri.

Rafique terkedu sebentar. Tapi sesaat kemudian dia mengerutkan dahinya. Hendak ke mana gadis itu malam-malam begini? Hati Rafique diserbu pelbagai tanda-tanya. Dia nampak Tia menuju ke arah pintu pagar lalu keluar. Entah kenapa kali ini dia benar-benar berminat mahu tahu apa gadis seperti Tia buat dengan keluar lewat malam begini.

Tidak sukar mahu mengekori Tia kerana gadis itu kelihatan seperti bersiar-siar. Langkahnya perlahan sahaja dan bukannya tergesa-gesa. Tapi sebaik melihat Tia menunggu di perhentian teksi, Rafique mula buntu. Dia pasti gadis itu mahu menuju ke suatu tenpat.

Sedang dia ralit memerhatikan Tia, perhatian Rafique terganggu dengan bunyi panggilan telefon. Dia melirik ke arah telefon bimbitnya. Nama Davian terpampang pada monitor skrin.

Rafique menarik nafas panjang. Apa pulak budak ni nak malam-malam macam ni? Dengan perasaan malas dia memaksa diri menjawab panggilan Davian sambil matanya masih mengawasi kelibat Tia yang sedang menunggu teksi di perhentian.

“Hello Raf, kau kat mana tu? Apasal kau tinggal aku sorang-sorang kat rumah ni?” Suara Davian cemas terdengar sebelum sempat dia bersuara.

“Aku dahaga, nak keluar cari minuman sejuk.” Rafique beralasan. Sengaja dia tidak mahu memberitahu temannya itu perkara sebenar, takut Davian berleter panjang dengannya. Ketika itu matanya tiba-tiba terpandang sebuah teksi berhenti betul-betul di hadapan Tia.

“Kut ya pun bagitahulah aku dulu. Boleh aku ikut. Raf, cepatlah balik. Aku takutlah duduk sorang-sorang kat rumah ni. Aku rasa rumah kau ni berhantu la. Tadi aku..”

Klik! Rafique segera memutuskan panggilan. Dia sudah tidak mendengar kata-kata yang ingin disampaikan oleh Davian lantaran hatinya ketika ini keliru. Apakah dia patut mengikut Tia atau dibiarkan sahaja gadis itu dibawa pergi oleh teksi tersebut?

Beberapa saat kemudian, dia mengambil keputusan secara drastik. Teksi yang membawa Tia Adila segera diekori dengan kereta milik Davian yang dipinjamnya. Naluri ingin tahunya lebih kuat dirasakannya dari perkataan yang disebut oleh Davian sebentar tadi. Misteri Tia Adila dan Adelie de Casper harus dirungkai sebelum daddynya menemuinya atau sebelum dia diharuskan balik ke Paris.

*  *  *  *

Teksi yang membawa Tia berhenti di hadapan sebuah bangunan dua tingkat. Gadis itu keluar dari perut teksi, membayar tambang lalu segera bergegas memasuki pintu masuk bangunan itu.
Rafique turut memarkirkan keretanya di kawasan petak parkir yang disediakan tidak jauh dari itu. Sesudah itu dia berjalan menghampiri bangunan dua tingkat di hadapannya. Kepalanya didongakkan ke atas. Matanya segera menangkap perkataan yang dipangkas pada signboard yang tergantung pada penjuru bangunan.

Rosmah Boutique & Batik House! Dia membacanya dengan dahi berkerut. Butik pakaian? Apa Tia buat kat sini malam-malam begini?

Rafique tidak berani mahu melangkah masuk ke dalam. Dia bimbang kehadirannya bakal mengejutkan Tia. Nanti tak fasal-fasal gadis itu menuduhnya menghendap pula, walaupun sememangnya ketika ini dia sedang melakukan kerja-kerja menghendap. Menghendap Tia Adila binti Ahmad Faruk.

Dia menyusuri bangunan yang sengaja dibina dengan ciri-ciri usang. Mungkin untuk memberi nilai ekslusif pada butik ini agaknya! Tafsir Rafique sambil ralit meneliti kawasan itu.

Ketika sampai di hadapan sebuah cermin besar, langkah Rafique segera terhenti. Dia memandang ke dalam cermin lalu terpandang kelibat Tia sedang menghadap sebuah meja panjang yang bertimbun dengan kain-kain pelbagai corak. Di sekeliling anak gadis itu terdapat beberapa buah mesin jahit dan mesin jahit tepi yang biasa dilihatnya. Segulung pita pengukur dilihatnya bergayutan di leher Tia. Anak gadis itu dilihatnya sibuk memotong kain-kain di hadapannya dengan wajah ceria. Sesudah memotong kain-kain yang diinginkannya, Tia menghadap mesin jahit pula.

Rafique terpaku memerhatikan gelagat Tia. Gaya Tia menjahit seolah-olah dia seorang yang mahir melakukannya. Tiba-tiba dia teringatkan scrapbook yang salah dihantar kepada pensyarah gadis itu tempohari. Scrapbook itu dipenuhi dengan pelbagai jenis kain perca, lakaran pakaian dan juga catatan-catatan ringkas tentang fesyen dan sebagainya. Rupa-rupanya gadis itu benar-benar serius dengan bidang jahitan.

Melihat gelagat Tia yang kelihatan riang, entah kenapa Rafique tersenyum sendiri. Hatinya turut ceria melihat Tia yang kelihatan gembira dengan apa yang dilakukannya. Wajah gembira gadis itu, membuatkan dia tiba-tiba teringatkan seseorang. Dan orang itu juga tidak ubah seperti Tia. Wajah yang sering muram akan cepat berubah apabila menghadap mesin jahit dan guntingnya. Hanya dengan cara itu sahaja dia melihat orang itu benar-benar hidup. Benar-benar bernafas! Mummy, Rafique benar-benar rindukan mummy.

3 comments:

agent_sesat said...

kak nita~~~ :) x sabar nie...
best lah..alamak rafique ngan tia nie kiter kahwin jer lah kak nita..huhuu

epy elina said...

hohoho...
btul2x..
kawen ka je mrka drng tu...

IVORYGINGER said...

hahaha... best la diorg 2 tu.
tia asyik mngelak, but takdir sentiasa menemukan diaorg ;P

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!