Followers

Sunday, April 18, 2010

Dedalu Di Hati : Bab 2

ALIYA berdiri tegak-tegak. Sesekali dia akan menggerakkan urat-urat kakinya yang terasa lenguh. Doktor Aidit masih rancak berbual-bual di talian. Sesekali mata lelaki itu sempat singgah ke arahnya. Namun dia buat-buat tidak nampak.

“Macamana? Aku dah inform dekan., just nak tunggu confirmation dari kau aje. So next week mula, tak ada masalahkan? Lagipun kalau kau ada masalah apa-apa, ada student aku boleh bantu kau, Aliya namanya.”

Aliya tergaman mendengar butir bicara Doktor Aidit. Tiba-tiba sahaja namanya dicanang lelaki itu. Apahal pulak?

“Dia ada depan aku sekarang ni, kalau kau nak berborak dengan dia pun boleh.” Dr. Aidit tergelak kecil. Wajah Aliya yang serba tidak kena dipandangnya lagi.

“Okeylah, nanti aku call kau semula.”

Pangilan telefon dimatikan. Mata pensyarah muda itu bercahaya merenung ke arah Aliya yang kelihatan manis berbaju kurung.

“Kenapa doktor nak jumpa saya?” Tanya Aliya, sudah tidak sabar ingin tahu. Sekaligus sudah tidak sabar mahu cepat-cepat keluar dari bilik lelaki itu.

“Sebenarnya saya nak bincang fasal tesis Aliya. Memandangkan saya akan pergi dalam dua tiga bulan, so clearly saya tak dapat menyelia tesis Aliya buat sementara ini. Tapi Aliya jangan bimbang, pensyarah baru yang akan gantikan tempat saya tu turut bertindak sebagai penyelia tesis untuk Aleya. Dia teman lama saya semasa di universiti.” Jelas lelaki itu panjang lebar.

Terdengar keluhan kecil meniti keluar dari mulut Aliya tanpa sedar. Doktor Aidit sekadar tersenyum menatap gadis di hadapannya.

“Don’t worry, Encik Adam tu mudah dibawa berbincang,” ujar Doktor Aidit, bagaikan tahu apa yang sedang bersarang di fikiran gadis itu. Aliya hanya mampu tersenyum hambar.

“Satu lagi pesan saya, sepeninggalan saya nanti saya harap Aliya boleh bantu Encik Adam dalam apa jua perkara. Boleh saya harapkan Aliya?”

“Insya Allah doktor.” Aliya mengangguk.

“Hai rindulah saya nanti, dekat tiga bulan tak jumpa Aliya,” gurau pensyarah muda itu tiba-tiba.

Aliya tersenyum simpul mendengar kata-kata itu. Dia sendiri tidak pasti apakah kata-kata itu boleh dipegang atau sekadar gurauan biasa dari seorang pensyarah. Meski dia tahu Doktor Aidit suka bergurau, namun kadangkala timbul juga perasaan malu di hatinya.

“Sorry doktor, boleh saya masuk?”

Serentak kedua-duanya berpaling ke arah muka pintu. Seorang pelajar lelaki sudah tercegat di situ entah sejak bila.

“Okay, come on in. Aliya you can go now.”

Aliya mengangguk. Dia mencapai beg sandangnya lalu melangkah keluar. Ketika dia berpapasan dengan pelajar lelaki itu, bibirnya serta-merta mengorak senyuman. Namun senyuman ikhlas yang diberinya langsung tidak berbalas. Sebaliknya kerlingan tajam pula yang diterima.

Senyumannya serta-merta memudar. Marahkan aku sebab lama berbual dengan Doktor Aidit barangkali! Timbul tanggapan begitu di kepalanya. Mungkin masanya yang berharga telah dibazirkan kerana aku. Ah lantaklah! Dia cepat-cepat beredar dari bilik Doktor Aidit tanpa menyedari renungan sepasang mata itu terus singgah mengekori langkahnya.

* * * *

“MACAMANA perjumpaan kau dengan burung pungguk tu? Apa dia cakap kat kau?” Syazana yang sedang rancak menyudu mee rebusnya bertanya.

“Kami bincang fasal tesis aku. Bila dia tak ada nanti, terpaksalah aku tukar penyelia baru.” ujar Aliya.

“Siapa?”

“Lecturer baru kita, Encik Adam.”

“Encik Adam.. who?” Syazana tercengang.

“Dahlah, banyak soal pulak kau ni. Makan mee tu dulu, nanti tercekik baru tau.” Aliya mengelengkan kepalanya. Kadang-kadang sikap kawannya itu memang melucukan. Sudah tiga tahun dia sebilik dengan Syazana yang keletah. Walaupun kadangkala temannya itu agak celupar, tapi Syazana benar-benar teman yang baik.

Sementara menunggu gadis itu selesai makan, Aliya sibuk membelek-belek nota kakinya. Maklumlah kelas seterusnya akan bermula tiga puluh minit lagi. Lebih baik bersedia dari disoal bertubi-tubi oleh pensyarah. Kalau tak dapat jawab malu juga. Sedang dia asyik menghafal notanya, hatinya tiba-tiba tergerak untuk berpaling. Matanya bertembung pandang dengan mata seorang pemuda yang sedang asyik memerhatikannya. Menyedari perbuatannya terbongkar, pemuda itu segera melarikan pandangannya. Aliya jadi tertarik pula untuk terus memandang. Wajah itu seakan dikenali.

“Sya, kau kenal dia tu?”

Syazana yang enak mengunyah mee rebusnya mengangkat muka.“Siapa?”

“Kau kenal ke budak yang pakai shirt denim biru tu? Tadi aku jumpa dia kat bilik Doktor Aidit.” Beritahu Aliya. Syazana segera berpaling.

“Kenapa dengan dia? Mamat tu kacau kau ke?” Syazana tambah berminat mendengar cerita Aliya. Pinggan mee sudah ditolak ke tepi..

“Entahlah, tapi cara dia pandang aku semacam. Macamlah aku ada buat salah kat dia,” luah Aliya. Memang gelagat pemuda itu membuatkan dia tertanya-tanya.

“Ala kau ni orang pandang salah, tak pandang pun salah. Lelaki ni Lia, kalau pandang perempuan satu aje niatnya.” Syazana mula tersengih nakal.

“Apa?”

“Pertama, samaada dia minatkan kau atau yang kedua kau mencuri sesuatu miliknya.” Bisik Syazana, tersenyum simpul.

“Mencuri? Apa yang aku curi?” Aliya tercengang mendengar kata-kata Syazana.

“Hati sayang. Kau dah mencuri hatinya.” Gadis itu ketawa kecil.

“Merepeklah kau ni, sudahlah aku nak ke kelas dulu.” Aliya bingkas bangun sambil menyandang beg galasnya. Malas mahu melayan kerenah Syazana yang tidak pernah habis.

“Petang nanti, kau ada kelas lagi?” Soal Syazana.

“Tak ada, sampai pukul 3 saja. Kenapa?”

“Temankan aku keluar sekejap. Aku nak pergi beli hadiah.”

“Hadiah?” Aliya mengerutkan dahinya. “Setahu aku harijadi aku lambat lagi”

“Gila kau. Bukan untuk kaulah.” Tukas Syazana, geram.

“Habis?”

Syazana tersipu-sipu malu. Soalan Aliya dibiarkan berlalu tanpa jawapan.

“Lain macam aje kau ni. Hmm rasanya macam aku tau, hadiah untuk Doktor Aidit kan?” Aliya menduga.

“Kaulah sahabat sejati aku dunia akhirat. Please ya, lagipun dekat tiga bulan kita tak jumpa dia. Nanti kalau-kalau dia rindu kat aku, bolehlah dia peluk-peluk cium hadiah aku.” ujar Syazana selamba.

Aliya ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Syazana. Minah angau!

“Yalah aku temankan nanti. Okeylah aku ada kelas lagi ni. Nanti aku tunggu kau kat dataran lepas kelas okey.” Pesan Aliya. Sempat dia berpaling ke arah pemuda yang memandangnya tadi. Pemuda itu sedang asyik berbual-bual dengan temannya. Tapi ketika dia bangun dan meninggalkan Syazana, mata lelaki itu sekali lagi merayap ke arahnya.

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!