Followers

Thursday, January 14, 2010

Tiada Sepertimu 6

“Macamana you buat kerja ni Zara sampai dokumen sepenting ini pun pelanggan lupa nak sain? Apa yang tak kena dengan you ni?” Rungut Encik Hasyim seraya menggelengkan kepalanya. Dokumen yang lengkap berisi, tetapi kosong tidak bertandatangan itu dipandang serius. Beberapa ketika, pandangannya beralih ke wajah Zara yang hanya diam.
“Dah berapa lama you kerja kat sini? Dah enam bulan kan? Takkan benda senang macam ni pun nak kena diajar.” Sindir lelaki itu agak pedas. Zara hanya mampu tersengih.

“Saya tahu Encik Hasyim, salah saya. Memang saya benar-benar lupa.” Ujar Zara mengaku kesilapan dirinya. Memang sudah salahnya kali ini. Dia terlalu cuai, mudah terburu-buru. Keluhan panjang meniti keluar dari bibirnya. Entah bagaimana dia boleh terlupa meminta Jaherry menandatangani dokumen-dokumen yang telah diisi dua hari sebelumnya.

“Apa kata Encik Hasyim?” Soal Zackry ketika gadis itu keluar dari bilik ketuanya. Zara tidak terus menjawab. Langkahnya diatur lemah menuju ke mejanya. Zackry mengekori dari belakang. Wajah muram Zara membuatkan dia lagi ingin tahu perang apakah yang baru meletus di bilik ketuanya.

“Dia marah kau teruk ya.” Duga Zackry bagaikan mengerti apa yang sudah berlaku di dalam sana.

“Teruk? Huh..dah jadi nightmare.” Keluh Zara.

“Come onlah, takkan seteruk itu. Lagipun ini bukan cerita tentang Freddy Nighmare of Elm Street.” Zackry tertawa polos. Sengaja dia mahu memancing reaksi Zara agar bertenang.

“Memanglah bukan Freddy Nightmare, tapi Hasyim Nighmare tu tetap ada.” Zara mencebik. Tiba-tiba dia mengalihkan pandangannya ke wajah Zackry. Anak muda itu tergaman. Renungan mata Zara seperti ingin mengatakan sesuatu.

“Zack, kau rasa aku ni bersikap diskriminasi ke?” Soal gadis itu.

Zackry terpegun. Bulat matanya memandang Zara yang kelihatan bingung.

“Apasal pulak kau cakap macam tu?”

Zara tidak terus menjawab. Dia memusingkan kerusinya mengadap ke arah Zackry yang turut duduk di salah sebuah kerusi di situ. “Sebenarnya semua ni salah aku. Aku yang berat hati nak accept dia beli polisi insuran ni dengan aku. Sebab dia….”

“Sebab dia anak ikan Datin Kamisah? Sebab kau rasa dia tu gigolo begitu?” Pintas Zackry pantas. Zara terdiam. Lambat-lambat dia mengangguk.

“Memang dah jelas tertulis kat muka aku ke?” Tanya Zara muram. Zackry tersengih. Wajah anak gadis teman satu universitinya itu dipandang agak lama. Kadang-kala memang diakui hati gadis itu ada kerasnya, lebih-lebih lagi bila bercakap soal prinsip atau moral. Tapi sekeras-keras hati Zara, tetap jua terselit kelembutan serta santun jiwa seorang gadis melayu.

“Zara, biarpun si Jaherry tu gigolo sekalipun, tapi dia tetap manusia. Ada hak yang sama macam orang lain. Kalau kau sisihkan dia semata-mata kerana kerjanya, bukankah kau sama sahaja macam manusia-manusia lain yang pernah kau bencikan dulu?”

“Habis, kau rasa apa patut aku buat?”

“Senang saja. Kau call dia balik dan tetapkan pertemuan baru. Minta dia tandatangan borang-borang tu semua.” Cadang Zackry.

Zara terdiam. Dia akui kata-kata Zackry ada benarnya. Seharusnya dia tidak bersikap berat sebelah semasa menjalankan tugasnya. Meskipun dia jijik dengan pekerjaan lelaki itu, tapi apa haknya untuk menilai lelaki itu luar dan dalam. Zara…get a real life. Ini Kuala Lumpur, di sini ada pelbagai ragam manusia. Di Kuala Lumpur ini saja ada berlambak-lambak gigolo. Itu belum termasuk kategori gay atau transgender.

“So?” Zackry bertanya. Jawapan gadis itu yang ditunggu-tunggunya. Zara memandangnya tidak berkelip. Bibir gadis itu diketapkan menampakkan dua lekuk di pipi.

“Yelah…nanti aku set up meeting baru. Puas hati?” Zara tersengih akhirnya. Lelaki itu ketawa kecil. Zackry sempat mencuit hidung Zara yang kecil comel. Zara terkejut besar.

“Heh bro, jangan sentuh hidung aku.” Herdik Zara pura-pura marah. Sejak dulu, Zackry suka mempermainkan dia begitu. Dia segera mengejar Zackry yang terus-menerus ketawa melihat reaksinya.

Encik Hasyim yang baru keluar dari bilik pejabatnya tergaman melihat tingkahlaku Zackry dan Zara yang saling kejar mengejar di ruang pejabat. Dia yang hendak marah, akhirnya tidak jadi apabila melihat pekerja-pekerjanya ketawa gelihati dengan adegan usik mengusik antara Zara dan Zackry. Akhirnya dia turut sama tersenyum. Siapa yang tak pernah muda beb!

* * * *

SEBAIK meletakkan keretanya di kawasan parking tersedia di kawasan itu, Zara lekas-lekas memasuki sebuah Fitness Club di kawasan Damansara. Dia sebenarnya tidak pernah ke situ sebelum ini, hanya pernah beberapa kali lalu kerana salah seorang kawannya tinggal di kawasan berhampiran.



“Cik, kafeteria kelab ni di mana?” Tanya Zara pada gadis yang bertugas di kaunter pintu masuk.

“Kat sebelah hujung sana,” tunjuk gadis itu. Zara berpaling. Dia ternampak beberapa orang keluar masuk dari arah pintu utama. Kakinya terus dihela memasuki ruang pintu yang terdedah.

Setiap ceruk kafeteria yang dipenuhi ramai pengunjung diperhatikan. Kebanyakannya datang mahu melepaskan penat setelah lelah bersenam di situ. Namun kelibat lelaki yang dicarinya gagal ditemui. Zara mengeluh panjang. Belum sampaikah dia? Teringat dia pada kata-kata Jaherry yang mengajaknya bertemu di situ. Mulanya dia menolak, kerana dia rasa janggal bertemu di gym yang selama hayatnya tidak pernah dimasukinya. Tapi lelaki itu tetap berkeras. Alasannya dia mempunyai rutin senaman di situ setiap tiga hari seminggu.

Mata Zara terus meliar memerhatikan keadaan sekelilingnya. Langsung dia tidak sedar seorang lelaki sedang melangkah deras menuju ke arahnya. Serentak dia berpaling. Tubuh lelaki itu begitu hampir, membuatkan dia terpegun. Wajahnya tidak sempat dilarikan, dan…..Serasa nafasnya berhenti berdegup. Jarum jam mula berhenti berputar. Wajahnya masih tersembam ke dada lelaki itu. Zara memejamkan matanya. Aduh, malunya!

Anehnya dada lelaki itu terasa begitu hangat menyentuh kulit wajahnya. Terasa selesa bagaikan ketika dia menyembam wajahnya di bantal peluknya sendiri.

“Sampai bila kau nak menyorok muka kat dada aku ni?” Suara itu melontar pertanyaan. Gegendang telinga Zara berdengung kuat. Dia mengerutkan dahinya. Entah kenapa, suara yang baru muncul itu seakan-akan dikenali.

Perlahan-lahan Zara memberanikan diri mengangkat mukanya. Kepalanya didongak pantas. Zupp! Wajahnya pucat lesi. Matanya berpapasan dengan seraut wajah yang tersenyum memandangnya. Wajah si lelaki yang sering terserempak dengannya sejak akhir-akhir ini membuatkan lidahnya kelu dan dia terasa mahu ghaib saat itu juga. Oh tuhan! Please..please…hilangkan aku sekarang juga dari tempat ini!

Ternyata doanya tidak dikabulkan tuhan saat ini….

“Hey it’s you.” Lelaki itu masih mengenalinya. Senyuman itu timbul lagi. Zara terpegun sekali lagi. Kenapa denganku Ya Allah? Sihir apakah yang dikenakan lelaki itu terhadapku kali ini? Mungkin sihir dari tujuh petala langit agaknya!

“Still remember me?” Pertanyaan itu singgah seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Suara lelaki itu ceria seperti kali pertama mereka dipertemukan dulu di tengah hujan menggila di kawasan hentian teksi.

“Sorry, I don’t know you.” Dia lekas-lekas menjawab. Badannya dipusingkan, mahu segera angkat kaki dari situ. Tapi entah apa silapnya, muncul seorang pelayan dari arah bertentangan. Dia tidak sempat mengelak dan..

Prakk!! Dulang yang dibawa pelayan itu melambung ke arahnya. Zara terus kaku. Bulat matanya memandang bajunya yang basah lencun. Seketika matanya dilarikan ke satu arah. Wajah si pelayan berubah pucat. Namun mata Zara bukan tertumpu pada pelayan itu, sebaliknya pada wajah lelaki yang sedang merenungnya sambil tersengih. Mata lelaki itu terus menuju ke arahnya.

Melihat baju Zara yang berwarna putih kini sudah bertukar warna, lelaki itu sudah tidak mampu menyembunyikan tawanya dari terburai.

“Maaf cik, saya tak sengaja,” ujar pelayan itu. Sedikit serba salah apabila melihat Zara kelihatan kaget. “Nanti saya bersihkan…” ujarnya tergagap-gagap.

“Tak…tak apa. Saya bersihkan sendiri,” ujar Zara apabila pelayan itu cuba menghampirinya.

“Restroom kat mana?” Tanya Zara. Dia buat-buat tidak peduli pada si jejaka yang masih melepaskan tawa. Cuba berlagak cool sedangkan tuhan sahaja yang tahu betapa dia malu menjadi perhatian pengunjung-pengunjung di kafeteria itu.

Pelayan itu menunjukkan ke suatu arah. Zara terus mengatur langkah lemah menuju ke arah restroom. Dia membersihkan bajunya sambil merungut sendiri. Entah apa malang nasibnya hari ini. Mula-mula dia dimarahi Encik Hasyim, kini disimbah air pula. Sudahlah tu, dia bertemu pula dengan lelaki yang menjengkelkannya sejak beberapa hari yang lalu. Entah apa dia buat di sini? Asal aku ada, dia pun ada. Kat mana-mana pun aku asyik nampak muka dia je, rungut Zara separuh geram. Bengang dia apabila lelaki itu terus-terusan mengetawakannya.

Sebaik dia keluar dari pintu tandas, wajah itu terpacul lagi, betul-betul di hadapannya. Zara terpana. Jelas mata lelaki itu merenung tepat ke arahnya. Dadanya mula berdebar-debar. Kenapa dengan dia? Tak mungkin dia menanti aku! Dia pura-pura acuh tak acuh memandang lelaki itu. Langkahnya diatur selamba melewati tubuh tinggi lampai yang nampak segak dengan tracksuit berwarna putih.

Tiba-tiba, tubuh lelaki itu menghalang di hadapannya. Zara mengetapkan bibir. Entah mengapa, dia merasakan lelaki itu seperti sengaja mahu mencari fasal dengannya. Dia mendongak dengan wajah garang.

“Kau nak apa ni?” Soal Zara dengan suara mendengus.

Lelaki itu tersenyum. “Maaf sebab ketawakan kau tadi. Cuma aku tiba-tiba rasa lucu. Tiba-tiba teringat masa kau kena simbah air di hadapan De’ Raya." Bisik lelaki itu. Zara terkedu. Serta merta wajahnya berubah merah padam. Dia benar-benar malu apabila lelaki itu tiba-tiba mengungkit kejadian malam itu.

“Jadi? Kau nak cakap apa sebenarnya?”

“Tak. Aku cuma nak beritahu, dekat tingkat atas ada satu kedai jual pakaian senaman. Kalau kau rasa nak tukar baju tu, baik kau beli baju tu kat atas.” Ujar lelaki itu lagi seraya ketawa. Mata Zara tunduk memandang pakaiannya yang agak comot dengan kesan-kesan jus berwarna oren. Dan kata-kata lelaki itu mula termakan pujuk olehnya.

3 comments:

Anonymous said...

...best!!!!!

aqilah said...

adus................tak puas! nak lagi.....................

Hanya Aku Dihatimu.. said...

hehhe..best lerr nita...bila nak update lagi ni...hehehhe...selamat menulis..

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!