Followers

Saturday, October 6, 2012

Mencari Kiblat Cinta : Prolog


            SEORANG lelaki berjalan tergesa-gesa memasuki sebuah ruang legar pejabat. Matanya difokuskan pada sebuah bilik yang terletak di anjung sudut. Bibirnya diketap rapat. Wajahnya tergambar kemarahan yang sedang menggunung. Di hadapan pintu bilik itu, dia dihalang oleh dua orang lelaki bertubuh besar. Langsung dia melancarkan penumbuknya sehingga kedua-dua lelaki itu tersungkur jatuh.

            Daun pintu di hadapannya ditolak kasar. Terpampang seorang lelaki bertubuh besar kemas dan berjambang tebal. Di tangan lelaki itu terjepit sebatang curut yang masih berasap. Mata lelaki itu beralih ke arahnya. Tatapan sepasang mata itu tajam dan dingin. Di samping lelaki bertubuh besar itu, terdapat seorang lelaki berambut spike yang sengaja diwarnakan putih, serta seorang lelaki berambut pendek kemas yang tersenyum sinis ke arahnya. Kedua-duanya kelihatan seperti samseng jalanan.

            “Sampai pun kau...” lelaki bertubuh besar itu bersuara, selamba.

            Dia mendengus keras. Wajah lelaki berjambang itu ditatap dengan perasaan geram.

            “Apa semua ni Datuk? Saya tak sangka, rupa-rupanya ini yang Datuk buat selama ini? Datuk gunakan syarikat ni untuk tutup kerja sebenar Datuk, sembunyikan tembelang Datuk!” Marahnya menular untuk lelaki itu. Namun kemarahannya hanya dibalas dengan ketawa lelaki itu yang sinis.

            “Kalau iya kenapa? Apa yang boleh kau buat? Dakwa aku? Laporkan aku pada pihak polis?” Soal lelaki itu acuh tak acuh.

            “Jangan sangka saya tak berani Datuk.” Getusnya berang.

            “Dan jangan sangka aku tak berani bertindak. Kalau kau nak isteri dan anak-anak kau selamat, duduk diam-diam dan tutup mulut kau.” Ugut lelaki itu dengan wajah serius.

            Dia terdiam. Kata-kata lelaki itu benar-benar mencabar kesabarannya. Malah lebih teruk, dia adalah sebahagian dari rancangan jahat lelaki itu.

            Aku harus lakukan sesuatu! Lelaki itu tak harus dibiarkan bermaharajalela dan menyusahkan lebih ramai orang yang tak berdosa. Tak boleh! Ikrarnya bertemu di bibir, datang dari hati nurani yang mahukan keadilan.

            Di hadapan lelaki itu dia pura-pura akur. Pura-pura patuh. Namun diam-diam dia mula menyusun rancangan. Wajah sahabat lamanya Umar bermain-main di pelusuk fikiran. Sudah sampai masanya dia meminta bantuan Umar. Hal ini mesti diselesaikan segera atau hidup dia dan keluarganya takkan pernah aman sampai bila-bila pun.

1 comment:

Unknown said...

mukadimah yg berkonflik...di antara si pemuda n lelaki bergelar datuk...best n suspen!!!

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!