Followers

Sunday, February 27, 2011

Mungkin Nanti aka Blue Sunset


ISBN: 978-967-365-051-4
Sem. Malaysia: RM22.90
Sabah/Sarawak: RM25.90

Aqila Murni membesar tanpa seorang ayah. Juga terpaksa menjaga seorang ibu yang menghidap penyakit berbahaya. Lebih malang lagi, dia dilahirkan dengan kecacatan penglihatan akibat kesilapan si ibu. Dunia yang sepatutnya indah dan berwarna-warni, menjadi kelam dan sunyi di matanya. Namun dia memilih untuk membahagiakan orang lain kerana katanya, memaafkan itu lebih mudah dari membenci!

Nadzihar Hakim, anak muda berperawakan serius. Yang membenci wanita lantaran masa silam yang menyakitkan. Meskipun nampak dingin di luar, namun hatinya tetap rapuh di dalam. Lalu Zahar memilih untuk membenci kerana katanya, membenci itu lebih baik dari jiwa terseksa!

Lalu di bawah langit biru mereka bertemu.

Aqi melihat Zahar sebagai objek indah yang cukup berbeza dan dikagumi. Namun Zahar memandang Aqi dengan rasa benci yang tidak bersebab. Lantas apakah ada peluang untuk mereka menyemai benih rasa yang memungkinkan sayang? Di mana permulaan dan pengakhiran kisah mereka, andai kedua-duanya mempunyai dua persepsi berbeza tentang cinta dan kasih sayang?

Atau mungkin nanti… Hati yang sunyi akan dicuri dan jiwa yang rapuh takkan membenci lagi. Mungkinkah?

6 comments:

aqilah said...

confirm saya beli!!!!!!!!!!!!!!!!
by this week jugak!!!!!!!!!!!!!!
bestnya!!!!!!!!!!!!

aqilah said...

Akak dah ada BS, HR, SV, RB and now, on the way nak beli, Mungkin Nanti!!!!!! seronoknya.......

IVORYGINGER said...

ayaa... lama sudah tunggu. skrg br kuar. xsabar woo... gua nk dptkan. ahaks... ;D
apapun tahniah ya akak for the publish of Mungkin Nnti. But kenapa la xguna tajuk asal. im more prefer with original title. huaa... ;D

Sha said...

dah der kt psrn ke??
ke tggu pesta buku nti, pah 2 bru jual2 kt kedai??
lame da tgu cite nih..
cnfrm g bli nti...

Mazni Aznita said...

untuk makluman novel ni dah ada di pasaran..kt MPH, Popular, Minjerva. PUstaka Seri Intan..semua ada..jgn lupa dapatkan ya..haha

Anonymous said...

dah carik kat badan, mph ngan popular tapi tak jumpa... lom smpi jb ke stok buku ni.. huhuhu

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!