Followers

Friday, March 12, 2010

Ghost Raven

Kisah sci-fi terbaru dari saya di Rumah Fantasi

Sinopsis
Sekumpulan proclipse (manusia yang memiliki kuasa istimewa) di dapati hilang seorang demi seorang dari dunia Lavender. Mereka dapati ini angkara seorang lelaki digelar Ghost Raven yang menguasai dunia Underworld di Lavender City. Tiada siapa pun yang mengenalinya. Dan tidak ada sesiapa pun yang tahu siapa dia. Kecuali dia meninggalkan sekuntum bunga Crossaint di setiap tempat ia meninggalkan jejaknya.

Elena ialah seorang proclipse yang menjadi kurang terurus sejak kematian suaminya, seorang anggota polis di Lavender. Dia mengasingkan dirinya di sebuah bilik yang seperti sarang tikus, menghabiskan hidupnya dengan bersedih setelah kehilangan Qhaizar, suami tercinta.

Sehinggalah suatu hari, kedatangan Ghost Raven untuk mengambil nyawanya membuatkan dia menanti-nantikan lelaki itu untuk membunuhnya. Tapi Ghost Raven menukar fikiran dan memaksa Elena membuat perjanjian bahawa dia akan dibunuh jika dia berjaya memburu dan membunuh seorang lelaki bernama Edie, seorang proclipse. Elena setuju dengan syarat tersebut kerana dia benar—benar mengharapkan Ghost Raven membunuhnya. Bagi seorang proclipse mereka tidak boleh dibunuh kecuali oleh seorang proclipse yang lain. Tapi untuk memburu Edie, merupakan tugas yang amat sukar bagi Elena apabila dia mula jatuh cinta pada Edie dan dalam masa yang sama turut dicintai oleh Ghost Raven. Di mana akhirnya kisah mereka?

3 comments:

Anonymous said...

wahhh...k nita,bkn main sinopsisnye..menarik!
i like....!!!hehe

~:: niz ::~ said...

wahhh, menarik..
:D

Anonymous said...

masih ada ka novel ni kak ?

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!