TERKELIP-KELIP
mata Cika
apabila mendengar bisikan budak lelaki itu. Hendak percaya ke tidak ni? Tiba-tiba
sahaja budak lelaki berkulit hitam legam itu muncul entah dari mana dan menjadi
penyampai pesanan tak bergaji.
“Betul ke dik?” Tanya Cika
masih ragu-ragu.
“Betul kak, mak kakak yang
pakai baju kebaya warna hitam tu kan ?”
Ujar budak lelaki itu sambil tersengih lebar.
Cika mengangguk dengan
cepat. Mendengar budak lelaki itu tahu warna baju kebaya ibunya dia mulai yakin
sedikit.
“Mak kakak suruh kakak balik
je. Dia kata lelaki yang dia nak perkenalkan pada kakak tu tak jadi datang hari
ini. Dia pulak ada hal nak pergi jumpa kawan dia.” Ujar budak lelaki itu dengan
petah.
Cika terpisat-pisat
sebentar. Betul ke ni? Wah! Ini sudah bagus!
“Tapi ada satu hal lagi
kak.” Budak lelaki itu menyambung bicara.
Cika menoleh. Dahinya
berkerut. Ada
lagi?
“Upah saya kakak kena
bayar.”
“Upah?”
“Upah kasi tahu kakak la.
Tak mahal, RM5 je.” Ujar budak lelaki itu selamba.
Cika terkedu. Bijak budak
ni! Hantar pesanan pun kena berupah. Ini mesti umi kedekut nak bagi budak ni
duit! Tapi sejurus kemudian dia tersengih. Tak kisahlah, upah pun upahlah.
Mujur kau bawa berita baik, kurang-kurang lega sedikit gelodak resah yang
dirasainya sepanjang penantian.
“Sebab awak bawa berita
baik, tak apa, kakak up sikit upah tu
jadi sepuluh ringgit. Nah!” Cika segera menghulurkan not RM10 itu ke tangan
budak lelaki itu. Melihat wang di tangannya, wajah itu sudah bertukar ceria.
Sebaik kanak-kanak lelaki
itu beredar, bibirnya tiba-tiba tersenyum lebar. Seronoknya! Independence Day. Orang meraikan
kebebasan dari jajahan musuh. Dia pula meraikan kebebasan dirinya dari belenggu
yang diikat ibunya. Anyway, siapa peduli?
Asal dia senang hati cukuplah. Dengan bernyanyi-nyanyi kecil, dia segera
berjalan ke arah keretanya yang diparkir tidak jauh dari situ.
Nadim pula sudah sampai ke
arah keretanya. Dia menoleh lalu memandang ke arah Cika yang sudah pun memasuki
perut keretanya sendiri. Senyuman nakalnya bertaut di bibir. Kelakarnya dia nampak bagaimana Cika
menghulurkan wang kertas pada budak yang diupahnya sebentar tadi. Cerdik betul
budak tu! Sempat lagi ‘pau’ duit pada gadis itu. Dia memang kagum gila! Tapi
tak kisahlah, hari ini dia gembira kerana berjaya mendajalkan gadis itu.
Ketika dia mahu memasuki
perut kereta, matanya tiba-tiba terpandang sesuatu. Matanya tertarik
memerhatikan sebuah buku seperti diari berkulit hitam terdampar berdekatan
keretanya. Dia terus mengutip buku tersebut. Siapa punya ni? Gadis tadikah?
Didorong perasaan ingin
tahu, dia segera menyelak helaian pertama buku berkulit tebal itu. Dan matanya
dengan lekas tertancap pada tulisan besar di halaman pertama. Cika?
* *
* *
PUAN BAHYAH asyik
terhendap-hendap ke dalam bilik air wanita di restoran itu. Puas menanti di luar, akhirnya dia memaksa diri masuk ke
dalam. Tapi kelibat Cika entah ke mana. Bibirnya diketap kegeraman. Budak ni
memang nak kena ni! Kata tadi nak ke tandas sekejap sahaja tapi ini dah dekat
setengah jam berlalu.
Dia meraba-raba beg
tangannya, cuba
mencari telefon bimbitnya. Alamak! Tak ada pulak! Rungut Puan Bahyah sambil cuba
mengingatkan di mana dia meletakkan telefon bimbitnya. Hendak tak hendak dia
terpaksa kembali ke mejanya. Namun kehadiran dua kelibat tubuh di mejanya
membuatkan nafas Puan Bahyah jadi kencang. Aduh!
“Min, dah lama sampai?” Tegur Puan Bahyah pada teman lama
satu universitinya dahulu. Mereka bersalaman dan berpelukan seketika, meskipun
bukan lama mana mereka tidak bertemu. Padahal baru dua hari lepas mereka
terserempak di pusat beli belah sebelum berbicara tentang anak masing-masing.
Dan baru semalam juga mereka saling berceloteh di dalam telefon, merancang
pertemuan hari ini.
“Baru aje sampai Yah. Sorry
aku lambat. Ni ha anak bujang aku ni bersiap mengalahkan perempuan. Punyalah
lama baru dapat bergerak ke mari.”
Ujar Puan Jamilah yang cukup ceria orangnya dan bertubuh ramping meskipun sudah mencecah usia 50an.
Ujar Puan Jamilah yang cukup ceria orangnya dan bertubuh ramping meskipun sudah mencecah usia 50an.
Puan Bahyah memandang lelaki muda di samping temannya.
Idham Hariz sedang tersenyum memandangnya. Melihat anak muda itu Puan Bahyah
menarik nafas panjang. Aduhai makin smart
anak teruna temannya itu. Dia sendiri tidak faham kenapa Cika liat sungguh mahu
diajak bertemu dengan Idham. Tengoklah Idham Hariz ini. Kacak dan kemas
pakaiannya. Orangnya juga terpelajar dan berbudi bahasa. Jenis yang mana si
Cika ni hendak agaknya? Keluh Puan Bahyah seraya mengigit bibir.
“Eh mana Syafika?” Tanya Puan Jamilah sambil
menjengah-jengah sekitar tempat itu mahu mencari anak gadis Puan Bahyah. Sejak
tadi dia mengintai tetapi tidak bersua pandang dengan anak gadis temannya itu.
Puan Bahyah menelan liur. Gugup dan risau seiring.
Telatah anak gadisnya memang tidak makan saman. Apa yang mahu dikatakannya pada
temannya itu?
“Err sebenarnya Cika ada datang tadi. Tapi aku suruh dia
balik. Budak itu entah apa yang dimakannya tiba-tiba sahaja sakit perut. Cirit-birit
agaknya.” Ujar Puan Bahyah.
“Cirit-birit? Eh bahaya tu kalau dibiarkan begitu sahaja.
Kena hantar ke klinik tu.” Wajah Puan Jamilah bersalut kebimbangan. Dia mengerling
seketika ke arah Idham. Anehnya wajah anak lelakinya seakan lega mendengar
kata-kata Puan Bahyah.
“Err dah..aku dah suruh dia
ke klinik lepas tu balik berehat. Aku minta maaf banyak-banyak Min, tak sangka
pulak hal macam ni nak jadi. Agaknya dia nerveous
sangat dapat jumpa Idham.” Ujar Puan Bahyah, main hentam kromo sahaja apa
yang tersagat di kepalanya saat itu.
“Tak apalah, nak buat macamana. Idham pun tak sabar-sabar
nak jumpa Syafika.” Ujar Puan Jamilah sambil mengerling anak bujangnya.
Puan Bahyah menelan liur seraya memandang ke arah Idham.
“Maaf ya Idham, auntie tak sangka pulak nak jadi macam
ni.” Ujar Puan Bahyah kesal. Wajahnya tampak tenang, namun hati di dalam
seperti ingin meletup-letup. Yang pasti lepas ni dia sudah bersedia untuk balik
dan meletupkan kepala Cika pula. Buat masalah sungguh anak daranya yang seorang
itu.
* *
* *
NADIM menghempas tubuhnya ke
dada sofa di ruang tamu. Segelas mug dibawa ke mulut lalu diteguk. Coklat panas
pada malam-malam hari begini sudah menjadi kegemarannya. Sebaik mug berisi
coklat panas itu selesai dihirup beberapa kali, dia meletakkan mug itu ke tepi
sebelum mencapai sebuah buku sederhana tebal berkulit hitam di atas meja kopi.
Dari petang tadi lagi dia cuba bersabar dari membelek buku
hitam itu. Beberapa kali dia membuka dan
menutup buku tersebut. Setiap kali hendak membukanya, nalurinya melarang. Tak
menghormati privasi orang langsung! Itu kata hati kecilnya. Tapi selepas dia
teringatkan sesuatu tentang gadis bernama Cika itu, entah kenapa dia berminat
mahu mengetahui lebih lanjut tentang gadis itu.
Cika! Sekali lagi Nadim menyebut perkataan besar yang
tertulis di laman pertama buku berkulit tebal itu. Apabila dia menyelak helaian
kedua, sekeping gambar jatuh ke ribanya. Nadim mengutip lalu memandang seraut
wajah yang sedang tersenyum riang di dada potret sambil memegang seekor ikan
besar dan joran pancing. Di sisi gadis itu terdapat seorang lelaki tinggi
lampai sedang menaikkan ibu jari di samping gadis itu.
Nadim ketawa kecil. Wah!
Kaki pancing rupanya! Boleh tahan! Desis hati kecil Nadim. Dia mengecam lelaki
di sebelah Cika itu. Ini pasti abangnya yang kerek itu yang tersilap memancing
kasut but sewaktu di The Woods.
Dia segera membelek-belek halaman seterusnya dan
ternampak pula kad perniagaan Cika yang terselit di dalam buku hitam itu. Nadim
membaca sepintas lalu. Syafika Nordin. G-Properties Sdn Bhd. Syarikat jual beli aset dan hartanah merangkap broker
hartanah profesional. Nadim membaca isi kad tersebut satu persatu.
Hebat! Not bad at all. Berapa agaknya umur perempuan ni? Nadim asyik
mengumpul pertanyaan demi pertanyaan. Tiba-tiba sahaja dia tidak ada kerja lain
selain menyelongkar khazanah hidup seorang gadis yang tidak pernah dikenalinya
selama ini.
Apabila dia beralih ke halaman seterusnya, matanya
terbuntang luas. Degupan jantungnya berlari kencang. Entah kenapa, imej yang
dilakar di helaian itu membuatkan dia terkedu. Siapa tak terkejut melihat wajah
sendiri dilukis dan dilakar di dalam buku milik seorang gadis yang baru
beberapa kali ditemuinya. Selama ini dia mengintip aku ke? Nadim bertambah
bingung.
Lakaran gadis itu cantik sekali. Setiap larikan pada
lukisan itu menyamai apa yang ada di wajahnya. Sehinggakan dia merasa seperti
memandang wajah sendiri di paparan cermin. So
much alike!
Nadim mengerutkan dahinya. Masih
tertanya-tanya dan terfikir-fikir. Kenapa gadis itu melukis wajahnya? Untuk
apa? Aku yang stalk diari dia, tapi
dia dulu yang stalk aku rupanya!
Keluh Nadim bersama kerut di dahi.
2 comments:
Ahahaha kelakar la cika dgn nadim ni. ketawa tak ingat. Like (Y) :D
like!!!
say NO to idham pleasee..
Post a Comment