WAJAH Cika pucat lesi, namun dia
tetap mempengerusikan mesyuarat itu. Gina sesekali mengerling ke arah wajah
Cika yang lesu. Tertanya-tanya dalam hati, kenapa dengan gadis itu sebenarnya. Muram
sahaja seperti ada yang tidak kena!
“Kau okey tak ni?” Tanya Gina ingin tahu, sebaik
mesyuarat hari itu berakhir.
Cika menoleh. Tersenyum hambar ke arah Gina sambil
mengangguk.
“Tak ada apalah Gina. Aku cuma tak ada mood, itu je.”
Jawab Cika antara dengar dengan tidak.
“Planner kau tu
ada jumpa tak?”
Cika menarik nafas panjang. Dia baru sahaja hendak
melupakan riwayat planner itu, tapi
tiba-tiba sahaja Gina mengungkitnya kembali. Tak fasal-fasal dia teringat
semula pada lelaki poyo itu. Nadim Ammar! Si pemain piano di Jumbo Jeep yang
bermulut tajam berbisa. Benci! Gumam Cika geram.
“Ada
jumpa tak?” Gina mengulang pertanyaan.
Cika mengetap bibir.Kalaulah Gina tahu apa yang berlaku
di Jumbo Jeep malam semalam, tentu gadis itu akan naik angin juga. Dia tidak
sangka lelaki itu bermulut lebih celupar dari apa yang disangkakannya. Dia
hanya mahukan plannernya kembali, tapi lelaki itu enggan menyerahkannya.
Dan yang paling memalukan ialah insiden gambar lelaki itu yang dilukisnya. YA
ALLAH! Malunya dia! Menyesal sungguh rasanya dia melukis potret lelaki itu di
dalam planner hitam itu. Kau yang
cari fasal sendiri Cika!
“Don’t say to me that you are in love with me Cik Syafika.”
Cika menekup wajah.
Terhimbau-himbau lagi perkataan lelaki itu yang diungkapkan di hadapannya.
Perkataan yang membuatkan dia merasa seperti baru sahaja dilanggar dengan
kereta kebal. Dilenyek sehingga tubuhnya hancur lumat. Tapi bezanya kali ini,
dia merasa hatinya sebenarnya yang sedang hancur teruk.
“Cika..kenapa
ni?” Soal Gina, hairan melihat Cika yang kelihatan serba tidak kena. Kenapa
agaknya?
Cika memandang Gina, sahabatnya yang sama-sama berkongsi
setiap duka yang dirasakannya. Ada
kesayuan bertebar di setiap penjuru hatinya saat ini.
“Gina, aku ni serupa macam dulu ke?” Tanya Cika
tiba-tiba.
Gina terpempan. Apa maksud gadis itu?
“Kenapa setiap lelaki yang aku jumpa akan menghina aku?
Akan memalukan aku seperti aku tidak layak untuk memiliki walau sedikit pun maruah
yang tinggal? Kenapa Gina?” Soal Cika sayu.
Gina tersentak mendengarnya. Airmata Cika menitis jua di
pipi. Gina segera mendekati Cika lalu memeluk bahu anak gadis itu. Dia sendiri
turut menitiskan airmata sebak.
“Aku cuma mahu mencari lelaki yang mampu mencintai aku
seadanya. Tapi yang selalu aku temui adalah lelaki-lelaki yang bersikap seperti
Idham Hariz. Aku benci dia Gina. Aku benci Idham Hariz.”
Gina mengeluh panjang. Lagi-lagi Idham. Apakah kehadiran
Idham yang membuatkan sikap ceria Cika berubah? Jangan-jangan lelaki itu pernah
mencari Cika malam semalam, maka itu sebabnya Cika jadi pemurung hari ini, duga
Gina.
Dia melonggarkan pelukannya. Wajah Cika yang basah disapu
dengan tisu yang tersedia di atas meja bilik mesyuarat.
“Cika, aku minta maaf..” Ujar Gina kesal.
Cika terdiam. Wajahnya berkerut memerhatikan ke arah
Gina.
“Aku dah banyak menyusahkan kau. Aku yang buat kau diejek
dan dihina. Aku juga yang menyebabkan kau nyaris-nyaris berhenti sekolah.”
“Gina, bukan salah kau..”
“Tak Cika, semuanya salah aku. Surat
tu surat aku.
Sepatutnya masa kau dituduh bermacam-macam, aku yang tampil dan bersihkan nama
kau. Tapi aku tak buat begitu. Aku penakut Cika. Aku bukan sahabat yang baik.” Akui
Gina muram.
Cika terdiam. Dia tidak pernah menyalahkan Gina kerana surat itu. Memang jika
diikutkan semuanya kerana Gina yang meletakkan surat cintanya kepada Idham di dalam fail
kerja kursusnya. Dan sudah takdir, surat
itu jatuh dan dikutip oleh salah seorang teman Idham.
“Aku ada jumpa Idham malam semalam.” Ujar Gina
berterus-terang.
“Hah?” Cika tersentak. Jumpa Idham?
“Idham Hariz pernah telefon pejabat kita cari kau. Aku
tak tahu macamana dia boleh dapat nombor telefon pejabat kita ni. Dia nak jumpa
dengan kau malam semalam.” Beritahu Gina.
“Dia nak jumpa aku?”
“Maafkan aku sebab tak beritahu kau fasal panggilan Idham
tu. Aku cuma nak lindungi kau. Aku tak mahu kau disakiti lagi Cika. Tapi kau
jangan bimbang. Aku dah jumpa Idham dan beri amaran pada dia agar jangan ganggu
kau lagi.” Ujar Gina.
Cika terdiam. Tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Sebenarnya
dia yang merasa bersalah kerana tidak berterus-terang dengan Gina tentang Idham
yang sebenarnya. Tentang ibunya yang berniat menjodohkannya dengan lelaki itu.
Gina langsung tidak tahu bahawa ibunya dengan ibu Idham merupakan kawan lama
sejak di universiti lagi.
“Cik Syafika, Rossie dari Aaziz & Co nak jumpa.”
Muncul salah seorang stafnya di muka pintu bilik mesyuarat. Serentak kedua-duanya
berpaling.
“Bawa dia ke bilik saya.” Arah Cika. Staf itu hanya
mengangguk lalu segera beredar. Cika berpaling ke arah Gina yang turut
memandangnya.
“Pergilah jumpa dia.” Suruh Gina.
Cika mengangguk lalu segera melangkah ke muka pintu.
Namun sebelum dia menghilang, dia berpaling sejenak ke arah Gina.
“Gina, aku emosi sangat tadi. Kau jangan susah-susah
fikir. Agaknya aku dah nak datang PMS, itu sebab aku macam ni.” Ujar Cika.
Gina hanya tersenyum. PMS
konon! Kalau Cika PMS, dia juga sama agaknya. Sama-sama emosi, macamlah dunia
sudah mahu runtuh!
* *
* *
ROSSIE meletakkan sesuatu di
atas meja. Tersengih-sengih wanita berusia dalam lingkungan 30an itu
memandangnya. Cika mengerling ke arah kepingan kertas di atas mejanya.
Terpisat-pisat dia memandang wajah Rossie yang nampak ceria serta kepingan
kertas seperti tiket itu. Apa tu? Tiket wayang ke? Cerita apa? Harry Porter
atau Breaking Dawn?
“Apa ni Cik Rossie?” Tanya Cika ingin tahu.
“Tuan Aaziz yang kasi. Hadiah dari firma kami untuk Cik
Syafika sebab banyak membantu insiden Encik Mat Topup tu.” Ujar Rossie.
“Saya tak fahamlah Cik Rossie. Saya bukan buat apa-apa
pun waktu tu. Kenapa pula Tuan Aaziz nak bagi hadiah ni?”
“Tuan Aaziz ikhlas Cik Syafika. Cik Syafika tengoklah
dulu apa bendanya. Saya rasa Cik Syafika tentu suka kalau nampak hadiah ni.”
Canang Rossie separuh mendesak.
Cika terdiam. Perlahan-lahan dia mengutip kepingan tiket
tersebut lalu menatapnya. Sejurus wajah Cika berkerut. Rossie masih menanti
reaksi gadis itu dengan sabar.
Sejenak kemudian, anak mata Cika beralih dari kepingan
tiket di tangannya ke wajah Rossie. Wajahnya kebingungan.
“Cruise? Tuan
Aaziz hadiahkan tiket cruise ni? Biar
betul Cik Rossie. Mahal hadiah ni, saya tak boleh terima.” Cika menolak. Hatinya
benar-benar mahukannya tapi dia tidak sanggup mahu menerima hadiah semahal ini.
Lagi-lagi bukan besar mana pun jasanya menyelamatkan Encik Mat Topup tempohari.
Dia hanya wirawati bidan terjun yang nyaris-nyaris hilang nyawa sendiri.
“Jangan macam tu Cik Syafika. Kebetulan tuan punya kapal
persiaran ni salah seorang klien Tuan Aaziz sendiri. Kapal ni akan mula
berlayar dalam beberapa hari lagi. Kat situ ada dua keping tiket merangkumi
bilik penginapan kelas pertama dan kemudahan-kemudahan lain. Cik Syafika boleh
bawa teman kalau mahu. Semuanya dah berbayar, percuma. Rugi kalau tolak.” Nasihat
Rossie beria-ia.
Cika menghembus nafas panjang. Dia benar-benar tidak
mampu mempercayai ada orang sanggup memberinya tiket kelas pertama pelancongan
dengan kapal persiaran mewah. Dia memang sudah lama berhajat mahu melancong
dengan kapal persiaran, tak sangka kesempatan ini datang bergolek dalam keadaan
tidak diduga. Kalau begini harga budi dibayar, dia lebih dari sanggup memanjat
beranda pejabatnya sekali lagi dan menyelamatkan berpuluh-puluh Mat Bin Topup
yang lain pula.
“Kamu suka kapal? Kalau kamu
ada peluang naik kapal besar dan bersiar-siar, pergi sahaja jangan berfikir
panjang. Itu peluang kamu!”
Cika terpaku. Kata-kata itu!
Aneh! Bukankah dia baharu sahaja membicarakan tentang kapal dengan nenek tua
yang ditemuinya tempohari? Kalau dahulu kata-kata nenek itu kedengaran aneh di
telinganya. Kali ini, dengan tiket kabin kelas pertama yang ada di hadapannya,
dia merasa lebih aneh lagi.
“Itu peluang kamu!”
Kata-kata nenek tua itu terus berladung di fikiran.
Peluang? Peluang apakah yang
dimaksudkan nenek itu? Cika menarik nafas panjang.
“Macamana Cik Syafika?” Tanya Rossie apabila dilihatnya
Cika asyik termenung sahaja. Gadis itu segera memandang ke arah Rossie.
“Kalau macam tu saya terima tiket ni Cik Rossie. Tolong
sampaikan ucapan terima kasih saya pada Tuan Aaziz ya.” Ujar Cika.
Rossie kelihatan berlapang
dada mendengar persetujuan Cika. Apatah lagi majikannya ada berpesan agar dia
memastikan gadis itu menerima hadiah dari firma guaman mereka sebagai tanda
penghargaan.
Sebaik Rossie beredar, Cika terus memanggil Gina. Gadis
itu terjerit-jerit seperti orang kurang siuman apabila mendapat tahu tentang
tujuan kedatangan Rossie. Darren yang sedang lalu di situ tertinjau-tinjau, barangkali
hairan dan pelik melihat kedua-dua bosnya menjerit seperti oran g gila. Konspirasi apa agaknya kali ini?
Keluh Darren lalu berlalu pergi dari situ.
“I don’t believe it.”
Ujar Gina terlongo.
“Yeah me too.”
Jawab Cika.
“Dalam banyak-banyak benda yang dia boleh kasi, dia kasi
kau ini. Kau tahu tak dah berapa lama kita berdua buat rancangan nak naik kapal
persiaran mewah ni pergi bercuti?” Gina benar-benar teruja.
“Entahlah Gina, hadiah ni best..tapi lama sangat. Kita ada banyak kerja nak kena siapkan. Lagipun
lagi beberapa hari kapal ni akan bertolak melalui pelabuhan Sandakan di
Karamunting, Sabah . Aku takut kita tak sempat
nak siapkan saki baki kerja yang ada ni.” Keluh Cika.
“Cika, kita berdua boleh bekerja dari kapal tu. Mesyuarat
atau taklimat boleh dibuat melalui video
conferencing. Aku percaya kapal sebesar itu tentu ada kemudahan-kemudahan
seperti itu. Kerja-kerja selebihnya di sini, Darren dengan yang lain-lain boleh
uruskan di sini.” Cadang Gina.
Cika terdiam. Dia masih ragu-ragu lagi. Sekalipun hal dan
urusan pejabat boleh diselesaikan dengan cara itu menurut cadangan Gina, tapi
bagaimana dengan ibunya? Mahukah wanita itu mengizinkannya?
“Think about it
Cika. Ini peluang terbaik kita untuk berseronok puas-puas kat atas kapal tu
nanti.” Ujar Gina tersenyum.
Terkelip-kelip mata Cika memerhatikan Gina. Dari riak
wajah Gina, dia tahu gadis itu mahu sangat menaiki kapal persiaran mewah itu.
“Aku rasa kita patut berterima kasih pada Pakcik Mat tu.
Sebab dia, kita pulak dapat durian runtuh.” Gina tersengih-sengih.
Cika ketawa kecil. Tiba-tiba sahaja dia teringat pada
orang tua yang kini sedang syok-syok bermalam di lokap. Tempohari dia ada
berjanji dengan orang tua itu mahu mengambil Pak Mat bekerja sebagai pengawal
keselamatan di syarikatnya. Meskipun bangunan itu ada memiliki pengawal
sekuriti, tapi tak salah kalau dia menambah jawatan itu untuk membantu orang
tua yang mudah tension itu. Mujurlah
bila dia mengungkitnya di hadapan Gina, gadis itu langsung tidak kisah. Hanya
mereka perlu menanti orang tua itu keluar lokap dahulu! Itupun lagi beberapa
bulan dari sekarang!
Cika kembali membelek-belek tiket kapal persiaran mewah
itu. Elemental Supreme. Namanya boleh tahan dan gambar kapal yang terpapar pada
tiket kelas pertama itu cukup indah dan memukau. Nak pergi ke tidak ni? Itu
yang sedang difikirkannya saat ini.
* *
* *
DIA baharu keluar dari Maju
Construction, sebuah syarikat pembinaan yang bekerjasama dengan syarikatnya
dalam penjualan 12 lot rumah banglo berkembar yang terletak di Taman Andalas Perdana. Ini bukan kali pertama dia
bekerjasama dengan syarikat pemaju itu. Masuk yang ini sudah kali ketiga.
Paling dia bersyukur, Haji Osman Salleh, Pengarah Urusan Maju
Construction itu bukan seperti Datuk Fakhri yang miang-miang keladi. Bukan juga
seperti lelaki-lelaki lain yang sering ditemuinya. Mereka yang lain apabila
bertemunya dengan Gina macam musang berbulu ayam. Mujur Haji Osman bukan
begitu. Sebaliknya lelaki itu melayannya umpama seorang ayah. Itu yang
membuatkan dia senang hati bekerjasama dengan lelaki itu.
Di dalam petak lift,
dia membelek-belek telefon bimbitnya. Sekadar menghantar SMS pada Gina,
memaklumkan perbincangannya dengan Haji Osman berjalan lancar. Bermakna untuk
kali ini mereka akan terus menjadi agen hartanah mewakili Maju Construction.
Sebaik lift itu
berhenti di lobi, Cika segera melangkah keluar. Tas tangannya dikemaskan di
bahu sambil tangannya membimbit beberapa fail dan sampul surat yang dibawanya keluar dari bilik
mesyuarat di Maju Construction. Langkahnya diatur pantas, menyusuri laluan di
bahagian lobi. Destinasinya ialah pintu utama di hadapannya.
Dari arah hadapan, dia melihat satu kelibat tubuh yang
amat dikenali sedang berjalan masuk dari pintu hadapan. Fitzerald tidak
keseorangan. Lelaki itu sedang berbual-bual dengan dua oran g lelaki lain. Melihat lelaki itu,
langkah Cika serta-merta perlahan. Ala mak!
Fitzerald! Cepat-cepat dia menukar haluan ke arah pintu keluar yang satu lagi.
Malah dia melangkah lebih pantas dari tadi. Risau sungguh dia kalau Fitzerald
sempat melihatnya di situ. Jangan dia nampa k
aku sudahlah! Doa Cika sedikit resah.
“Cika!” Panggilan itu singgah di telinga. Cika menelan
liur. Aduh! Sudah nampa kkah?
Tapi apasal suara mamat itu berbeza? Cika meluruskan pandangan. Tapi yang
muncul di hadapannya bukan Fitzerald, tapi seraut wajah yang selama ini cuba
dielakkannya. Cika menarik nafas panjang. Idham Hariz
Idham Hariz melambaikan tangannya bersama segaris
senyuman di bibir. Cika hanya tercegat seperti patung. Wajah lelaki itu tampa k ceria, sedangkan
wajahnya pula mencuka. Idham gembira tapi dia berduka. Pertemuan ini bukan
seperti apa yang diinginkannya! Cika menggelengkan kepala seraya mengundur
selangkah dua ke belakang.
Melihat gadis itu mengundur seolah-olah mahu mengelakkan
diri darinya. Idham menarik nafas panjang. Dahinya berkerut lebar. Dia tak
sangka terserempak dengan Cika di sini, tapi dia gembira sekalipun gadis itu
sebaliknya.
Melihat lelaki itu, Cika bagaikan mendapat keberanian
baru. Dia sudah tahu apa yang patut dilakukannya. Antara Idham dan Fitzerald,
dia lebih rela memilih Fitzerald.
Perlahan-lahan dia mengundur diri lalu berpaling ke arah
Fitzerald. Kali ini dia nekad mahu menegur lelaki berbangsa Kaukasia itu.
Seperti yang dijangka, Fitzerald tercengang melihat kehadirannya, tapi lelaki
itu terlihat riang. Serta-merta teman-temannya ditinggalkan sebelum dia meluru
ke arah Cika.
“Cika, glad to see
you here. Do you have any idea how much I miss you?” Tiba-tiba sahaja tubuh
kecilnya dirangkul, seraya pipinya dikucup ala-ala French Kiss. Cika terkejut
beruk. Ciuman di pipi kirinya membuatkan darahnya berderau. Tak payah berpaling
ke belakang pun dia tahu Idham pasti ikut terkejut melihat adegan percuma itu.
Dan yang tak bestnya, sudah ada beberapa oran g
yang berpaling-paling ke arahnya dengan raut wajah tertanya-tanya. Hello, aku
bukan mistress mamat orang putih ni
tau! Getus Cika di hati kecilnya.
“Fitz..this is not
right.” Cika mengeluh.
Fitzerald mengerutkan dahinya. Sejurus dia menepuk
dahinya.
“Ops! Sorry Cika, saya lupa. I’m really sorry.” Ungkap Fitzerald, kesal kerana menyapa Cika seperti
itu.
“Tak apalah, tapi jangan buat selalu. Nanti semua oran g ingat kita ada affair pulak.” Rungut Cika.
“Affair? Do you
want to?” Wajah Fitzerald bersinar-sinar.
“Fitz!” Cika mengetap bibir. Nak kena mamat ni nampa knya!
Melihat wajah Cika yang muncung empat belas, Fitzerald
ketawa besar. Dia hanya mengusik. Tak mungkin gadis secomel Cika mahu melakukan
perkara sebegitu dengan oran g
asing sepertinya. Dia benar-benar sukakan gadis itu. Tapi dia juga tahu Cika
bukan seperti gadis-gadis melayu lain yang pernah ditemuinya yang sanggup
mengikutnya ke kelab malam, sanggup mabuk bersamanya dan mungkin juga sanggup
menidurinya.
“So tell me what
are you doing here?” Tanya Fitzerald. Pertanyaan lelaki itu membuatkan Cika
segera teringatkan Idham Hariz. Perlahan-lahan dia berpaling ke belakang, namun
kelibat lelaki itu sudah tidak ada di situ. Entah mengapa dia jadi lega.
Mujurlah! Tak sia-sia bibir seksi Fitzerald salah mendarat di pipinya sebentar
tadi. Idham pasti terkejut dan mungkin juga ketika ini sedang menelefon ibunya dan
menolak jodoh yang diaturkan ibu-ibu mereka.
3 comments:
salam ziarah
salam untuk yang dating :}
# datang
Post a Comment