Followers

CINTA BUKAN LARANGAN - 2014 ( Limited Edition Only)

CINTA BUKAN LARANGAN - 2014 ( Limited Edition Only)
Ekslusif dan tidak dijual di kedai buku, hanya di blog dan fb penulis sahaja :untuk memesan : email arr_nita@yahoo.com/ FB : Anita Aruszi

BLURB CINTA BUKAN LARANGAN (New)

Tajuk : Cinta Bukan Larangan
Penulis : Anita Aruszi
Harga : RM32.90
Penerbit : GN Publishing
ISBN : 978-967-10425-3-3
M/s : 803ms
Genre : Cinta dan Kekeluargaan

Tagline
Cinta Ini Terlarang..
Ibarat Buah Khuldi Yang Haram Disentuh Adam…

Diaz dan Dina Azura, dua adik beradik yang membesar bersama tetapi tidak pernah sebulu. Ada sahaja yang tidak kena di hati Diaz yang terang-terangan membenci Dina Azura di dalam hidupnya. Sehingga ke satu tahap, dia cuba merogol gadis itu angkara kemarahan yang terpendam di lubuk hatinya. Namun tindakan itu telah merubah segala-galanya dalam hidup mereka. Kerana kesal dengan tindakannya, dia mengambil keputusan melarikan diri ke luar negara. Namun tindakan itu tidak mampu meluputkan setiap dosa yang dirasakannya terhadap Dina Azura.

Sepuluh tahun kemudian, Diaz pulang ke tanahair dan bekerja dengan Alma Katherine, seorang ahli perniagaan berjaya. Namun dia tidak berani berhadapan dengan Dina Azura angkara malam jahanam itu. Tapi takdir menemukan mereka semula untuk menyusun kepingan-kepingan puzzle dalam hidup mereka. Tapi masihkah ada benci di hatinya atau segala-galanya telah berubah?

Bagi Dina Azura, dia tidak pernah membenci Diaz. Malah takkan mungkin membenci lelaki itu. Sejak kecil dia mengagumi Diaz, sehinga adakala dia terseksa kerana dibenci tanpa sebab. Malah seluruh jiwanya terseksa kerana selama ini dia menyimpan rahsia yang tidak mampu diceritakan kepada sesiapa. Isi hatinya takkan mampu diluahkan lantaran dia sedar betapa besar dosanya mencintai abang sendiri.

Perkenalan Dina Azura dengan Johan telah menyemat cemburu di hati Diaz tanpa disedari. Hubungannya dengan Dina Azura adalah sebuah hubungan yang takkan mungkin. Mereka tidak mungkin bercinta. Tidak mungkin bersama sama. Tidak mungkin untuk segala-galanya. Tidak mungkin untuk selama-lamanya. Kerana itu Diaz menahan diri. Dan bila Johan hadir di antara mereka, segala-galanya yang tidak mungkin itu bukan lagi satu halangan. Diaz nekad mahu membetulkan segala-galanya. Tapi rahsia yang disimpannya selama 15 tahun itu hanya akan melukakan hati ramai orang. Bolehlah dia menjaga hati ramai orang dan membiarkan hatinya sendiri dilukai? Mampukah lagi dia menyimpan rahsia ini dari pengetahuan Dina Azura sedangkan gadis itulah yang paling mahu dilindunginya?


Abang jangan judge orang dengan hanya memandang luaran sahaja. Sekurang-kurangnya
Johan sanggup pertahankan maruah adiknya dari lelaki-lelaki tak guna tu. Dia seorang abang yang baik – DINA AZURA

Johan baik? Jadi abang lelaki jahat? – DIAZ HAFIZI

Saya cuma nak awak pilih antara saya dan Diaz. Dan berhenti menyakiti hati saya seperti ini Dina – JOHAN


Friday, November 15, 2013

Dia..Beautiful Lie : Prolog


JALAN yang berliku di hadapan tetap diredah meski dalam keadaan hujan lebat. Dia tidak peduli langsung pada lekuk-lekuk jalan yang sesekali menganggu kelancaran kereta yang dipandunya. Saat ini dia lebih berminat mahu segera ke destinasinya. Dia mahu mengejar gadis itu sebelum semuanya sudah terlambat lagi.

            Nun jauh di hadapan, perjalanannya terganggu oleh sorotan cahaya dari kenderaan di hadapan. Hendak tak hendak dia terpaksa memperlahankan kenderaan. Hendak meneruskan perjalanan, tentu agak mustahil kerana dihalang oleh kenderaan yang bersesak-sesak di hadapannya.

            Hon dibunyikan bertalu-talu, tapi ternyata kenderaan di hadapannya langsung tidak bergerak. Anginnya sudah memuncak. Berang dengan semua itu, dia keluar dari perut kereta. Hujan yang membasahi mukanya langsung tidak dipedulikan. Dia mengetuk cermin tingkap kereta di hadapannya. Lelaki yang menjadi pemandu Toyota Camry itu menurunkan jendelanya.

            “Kenapa sesak kat depan bro? Ada apa?” Dia bertanya.

            “Entah, rasanya ada kemalangan agaknya. Tadi aku dengar ada kereta jatuh gaung. Itulah, dah tahu hujan lebat macam ni, yang nak bawa kereta laju sangat tu kenapa. Kan tak fasal-fasal menyusahkan orang lain.” Bebel lelaki  itu seraya menggelengkan kepalanya.

            Dia melontarkan pandangan je suatu arah. Seperti ada suatu suara yang menyuruhnya meneruskan langkah. Dia mahu melihat apa yang berlaku. Ada kereta polis dan ambulan sudah berada di tempat kejadian. Terdapat juga anggota penyelamat yang baru tiba. Dia memerhatikan kawasan itu dan ternampak penghadang jalan yang kelihatan rosak dirempuh kenderaan. Hatinya entah kenapa gusar. Dia tahu, kereta yang Adriana pandu juga melalui jalan tersebut malam ini.

            “Encik, encik tak boleh berada kat sini. Encik kena berpatah balik ke kenderaan encik.” Salah seorang anggota polis itu menegurnya sebaik terpandang wajahnya yang kelihatan panik.

            “Ada apa ni encik?” Tanyanya pada anggota polis bertubuh gempal itu.

            “Ada kemalangan yang membabitkan sebuah kenderaan. Kereta tu jatuh gaung lebih kurang sejam tadi dan terbakar. Anggota bomba masih cuba memadamkan kebakaran tu.” Ujar anggota polis tersebut.

            “Kereta apa?”

            “Ada saksi yang nampak kereta tu sejenis Proton Preve berwarna hitam. Pihak bomba sedang melancarkan usaha-usaha menyelamat.” Jelas anggota polis tersebut.

            Mendengar Proton Preve di sebut, hatinya serta-merta berkocak? Lagi-lagi Adriana juga menggunakan Preve berwarna hitam.

            “Kawan saya juga memandu Preve berwarna hitam dan melalui jalan ini. Namanya Adriana.” Ujarnya pada anggota polis tersebut.

            Wajah anggota polis itu tiba-tiba berkerut. Tanpa sebarang suara, lelaki itu menyeluk saku bajunya.

            “Apa nama kawan encik tu Adriana Imaniyah Binti Abdullah?” Soal lelaki itu.

            Dia hanya mengangguk disulami rasa cemas dan panik saling berbaur.

            “Ya, macamana encik tahu nama penuhnya?”

            “Sebab ini yang kami jumpa di kaki gaung tadi. Mungkin terjatuh dari kereta mangsa.” Ujar lelaki itu lalu menunjukkan sekeping tag nama milik Adriana, lengkap dengan gambar gadis itu sekali.

            Melihat tag nama tersebut, tubuhnya mengigil. Nafasnya menjadi tidak keruan. Ya ALLAH! Adriana! Bunyi riuh rendah di kawasan itu seperti lenyap. Dia tidak mendengar apa-apa lagi kecuali suatu suara.

            “Nama saya Adriana. Saya diupah oleh ayah awak untuk jadi tutor peribadi awak.”

            Like I care. I don’t want a tutor.”

            But I do care. Saya dah diupah, jadi mulai hari ini suka atau tidak, awak dah jadi anak murid saya.”


 



No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!