Followers

CINTA BUKAN LARANGAN - 2014 ( Limited Edition Only)

CINTA BUKAN LARANGAN - 2014 ( Limited Edition Only)
Ekslusif dan tidak dijual di kedai buku, hanya di blog dan fb penulis sahaja :untuk memesan : email arr_nita@yahoo.com/ FB : Anita Aruszi

BLURB CINTA BUKAN LARANGAN (New)

Tajuk : Cinta Bukan Larangan
Penulis : Anita Aruszi
Harga : RM32.90
Penerbit : GN Publishing
ISBN : 978-967-10425-3-3
M/s : 803ms
Genre : Cinta dan Kekeluargaan

Tagline
Cinta Ini Terlarang..
Ibarat Buah Khuldi Yang Haram Disentuh Adam…

Diaz dan Dina Azura, dua adik beradik yang membesar bersama tetapi tidak pernah sebulu. Ada sahaja yang tidak kena di hati Diaz yang terang-terangan membenci Dina Azura di dalam hidupnya. Sehingga ke satu tahap, dia cuba merogol gadis itu angkara kemarahan yang terpendam di lubuk hatinya. Namun tindakan itu telah merubah segala-galanya dalam hidup mereka. Kerana kesal dengan tindakannya, dia mengambil keputusan melarikan diri ke luar negara. Namun tindakan itu tidak mampu meluputkan setiap dosa yang dirasakannya terhadap Dina Azura.

Sepuluh tahun kemudian, Diaz pulang ke tanahair dan bekerja dengan Alma Katherine, seorang ahli perniagaan berjaya. Namun dia tidak berani berhadapan dengan Dina Azura angkara malam jahanam itu. Tapi takdir menemukan mereka semula untuk menyusun kepingan-kepingan puzzle dalam hidup mereka. Tapi masihkah ada benci di hatinya atau segala-galanya telah berubah?

Bagi Dina Azura, dia tidak pernah membenci Diaz. Malah takkan mungkin membenci lelaki itu. Sejak kecil dia mengagumi Diaz, sehinga adakala dia terseksa kerana dibenci tanpa sebab. Malah seluruh jiwanya terseksa kerana selama ini dia menyimpan rahsia yang tidak mampu diceritakan kepada sesiapa. Isi hatinya takkan mampu diluahkan lantaran dia sedar betapa besar dosanya mencintai abang sendiri.

Perkenalan Dina Azura dengan Johan telah menyemat cemburu di hati Diaz tanpa disedari. Hubungannya dengan Dina Azura adalah sebuah hubungan yang takkan mungkin. Mereka tidak mungkin bercinta. Tidak mungkin bersama sama. Tidak mungkin untuk segala-galanya. Tidak mungkin untuk selama-lamanya. Kerana itu Diaz menahan diri. Dan bila Johan hadir di antara mereka, segala-galanya yang tidak mungkin itu bukan lagi satu halangan. Diaz nekad mahu membetulkan segala-galanya. Tapi rahsia yang disimpannya selama 15 tahun itu hanya akan melukakan hati ramai orang. Bolehlah dia menjaga hati ramai orang dan membiarkan hatinya sendiri dilukai? Mampukah lagi dia menyimpan rahsia ini dari pengetahuan Dina Azura sedangkan gadis itulah yang paling mahu dilindunginya?


Abang jangan judge orang dengan hanya memandang luaran sahaja. Sekurang-kurangnya
Johan sanggup pertahankan maruah adiknya dari lelaki-lelaki tak guna tu. Dia seorang abang yang baik – DINA AZURA

Johan baik? Jadi abang lelaki jahat? – DIAZ HAFIZI

Saya cuma nak awak pilih antara saya dan Diaz. Dan berhenti menyakiti hati saya seperti ini Dina – JOHAN


Saturday, November 16, 2013

Dia..Beautiful Lie : Bab 2


MIRZA menarik nafas panjang seraya memandang ke arah pintu pagar hadapan sudah tertutup rapat. Sementelah lagi jarum jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Namun dia tidak risau langsung. Dia melarikan motorsikalnya mengikut laluan belakang sekolah. Motorsikalnya diletakkan di sebuah bengkel tidak jauh dari situ.

            “Lambat lagi Mirza?” Haron menggelengkan kepala melihat anak muda itu.

            “Macam biasa bang, lambat bangun.” Mirza tersengih menayangkan barisan gigi yang putih tersusun.

            “Kamu ni kalau sehari tak lewat, memang tak sah. Memanjang lewat dari dulu sampai sekarang.” Gelak Haron, pemilik bengkel yang terletak hanya 200 meter di belakang sekolah itu.

            “Abang tolong jaga motorsikal saya ya?” Pinta Mirza seraya menyandang beg sekolahnya. Tanpa menanti balasan Haron, dia segera memanjat pagar di hadapan bengkel tersebut.

            Menggeleng kepala Haron melihat betapa selambanya anak muda itu. Sejak Mirza masih tingkatan tiga lagi dia sudah terlalu acapkali melihat skil Mirza yang julung-julung kali itu dilihat. Dahulu pagar sekolah itu separas pinggang, Mirza sudah mahir melompat merentasinya. Tapi selepas pagar itu ditinggikan separas dada, belum juga dia melihat anak muda itu gagal melompatnya. Mirza patut jadi atlit lompat tinggi! Pasti boleh beri sumbangan besar pada sekolah. Tapi anak muda itu sangat pemalas orangnya, langsung tidak berminat dengan apa sahaja aktiviti di sekolah. Pergi sekolah ikut suka hati dia, balik pun ikut suka juga. Cuma satu sahaja yang boleh dipujinya pada Mirza, anak muda itu tidak sombong orangnya. Jikabertemunya, Mirza akan sentiasa menegur. Jika dia menegur kelakuan Mirza yang kaki ponteng sekolah, paling-paling kurang anak muda itu hanya akan ketawa mendengarnya.

            Mirza mengetuk pintu kelasnya. Menonong sahaja dia masuk ke kelas tanpa mempedulikan Cikgu Anis yang sedang mengajar subjek pertama pagi itu iaitu bahasa Inggeris. Terjegil mata wanita itu melihat Mirza. Namun memikirkan percuma sahaja dia marah pada awal-awal pagi seperti itu, Cikgu Anis hanya pura-pura tidak nampak anak muda itu. Lagipun ini bukan kali pertama Mirza berkelakuan seperti itu. Sekalipun dia membebel di hadapan Mirza, anak muda itu hanya akan membisu sahaja. Buat membazir air liurnya sahaja.

            Mirza melangkah ke arah tempat duduknya yang pastinya tempat paling di belakang kelas 5 Merah itu. Zarul yang duduk di hadapannya berpaling seraya tersengih.

            “Mirza, malam ni macamana?” Bisik Zarul galak. Semalam dia dibawa Mirza berhibur di sebuah kelab malam, memang sampai terigau-igau keseronokan itu di alam mimpi. Kalau boleh dia memang mahu berseronok lagi seperti malam semalam. Itupun mereka dapat masuk kerana Mirza memiliki kad pengenalan dewasa. Lapan belas tahun adalah usia kebebasan yang dicari-cari mereka!

            “Aku ada hal malam ni.” Ujar Mirza acuh tak acuh.

            Come on Mirza, tak best lah macam ni.” Zarul berbunyi kecewa.

            Mirza merenung anak muda itu agak lama. Kadangkala perangai mendesak Zarul melemaskannya. Bukannya dia ke kelab mama itu pakai duit Zarul pun. Setiap kali mereka keluar berseronok, selalunya dia yang membayar semuanya.

            Sorry, aku betul-betul tak dapat malam ni. Aku benar-benar ada hal lain.” Ujar Mirza seraya melontarkan pandangan ke luar tingkap. Zarul sudah tidak dilayan. Saat ini dia asyik memikirkan kata-kata ayahnya yang mahu mencarinya seorang cikgu tuisyen.

            Papa nak cari tutor untuk aku. What a suck!

            Dia menulis di ruang chat abangnya Drew di Facebook. Tak lama kemudian Drew membalas. Mereka memang kerap berhubung melalui Facebook.

            Good for you. Hehe..

            Good for me? Kau dah gila ke apa?

            At least kau belajar.Kau kan ada perjanjian dengan papa. Lulus SPM tu dulu bro, kacang sahaja.

            Mirza mencebik. Kacang konon! Kau bolehlah cakap macam tu, kau tak belajar pun otak  macam Einstein! Rungutnya.

            Please, pujuk papa tu untuk aku.

            No way bro. Yang ni, aku tak boleh tolong. Papa dah warning aku. Aku rasa kau terima ajelah cikgu tu. Mana tahu untung-untung dia cantik, kau dapat benefit. Sambil menyelam minum air.

            Hmm..takde mananya dia cantik. Entah-entah muka dia macam Wan kat kampung.

            Tak baiknya kau kutuk Wan tu. Wan tu nenek kita tahu.

            Nenek sangatlah, asyik membebel sahaja 24 jam.

            Hehe…

            Begitulah bunyi mesej demi mesej yang dikongsi balas di facebook mereka. Mirza menarik nafas panjang. Bosan! Macam-macam benda berserabut di kepalanya saat ini. Dia melihat sepintas lalu karangan dalam bahasa Inggeris yang sedang ditulis oleh Cikgu Anis di whiteboard. Serentak dia bangun menyebabkan beberapa pasang mata menoleh. Zarul tidak terkecuali.

            “Kau nak ke mana ni? Jangan..nanti mengamuk Cikgu Anis.” Larang Zarul separuh berbisik. Risau dia akan dimarahi cikgu wanita itu.

            Namun Mirza langsung tidak mempedulikan larangan Zarul lalu terus keluar ikut pintu belakang tanpa disedari oleh Cikgu Anis yang sedang asyik menulis. Dia melangkah ke suatu arah. Destinasinya ialah sebuah bilik kosong di belakang bangunan sekolah itu berdekatan stor simpanan barang. Bilik muzik itu memang jarang dikunjungi orang dan dia sering menjadikan bilik itu tempat dia  melelapkan mata sebelum waktu sekolah berakhir.

            Dengan beralaskan sebuah bangku panjang di situ, Mirza tidak kisah tidur begitu sahaja. Dia lebih suka berada di situ dari menghadap wajah guru-gurunya. Belajar baginya memang membosankan. Hendak meninggalkan kawasan sekolah, dia tidak mahu ada yang melihatnya dan menyampaikannya pada ayahnya. Berita tentangnya di sekolah memang cepat tersebar ke telinga ayahnya. Entah siapa spy tak bergaji itu, dia sendiri tidak tahu.

            Bunyi beberapa tapak kaki menghampiri tempat itu, membuatkan mata Mirza terbuka luas. Dahinya berkerut. Siapa pulak ni? Menganggu betul! Dia nak tidur pun tak senang!Rungutnya. Dia segera bersembunyi di belakang bangku kayu itu.

            Tapak-tapak kaki itu semakin hampir. Dari sudut tersembunyi, dia dapat melihat beberapa susuk gadis sedang memasuki bilik itu. Angin Mirza sudah membadai. Sial! Kenapa mereka datang ke sini? Menganggu betul aku nak tidur!

            Melihat gadis-gadis itu mengeluarkan rokok dan saling menyalakan lighter pada rokok masing-masing, Mirza hanya mampu tersenyum sinis. Nak merokok rupanya! Gadis zaman sekarang memang semuanya hancur. Langsung tak boleh pakai! Getus Mirza seraya menggelengkan kepalanya.

            “Kau nampak tak budak baru yang masuk kelas 5 Birutu? Handsome kan? Aku dengar dia atlit lompat tinggi kat sekolah lama dia. Wakil Sukma lagi.” Ujar salah seorang dari gadis-gadis itu.

            “Namanya Ryan kan?”

            Handsome sangat.”

            “Mirza lebih handsome.”

            Mirza yang sedang tekun mendengar hampir terbatuk. Aku? Perlahan-lahan dia mengintai dan terpandang seorang gadis berambut panjang. Cantik juga orangnya.  Dia pernah terserempak gadis itu beberapa kali, cuma tidak ingat apa nama budak perempuan itu. Siapa ya namanya?

            “Ya Mirza memang handsome tapi dingin sangat. Sombong pulak tu. Aku pernah senyum pada dia. Bukannya dia nak balas sebaliknya dia jeling aku lagi adalah.” Gadis yang bercerita itu ketawa kecil.

            Mirza menggaru kepala yang tidak gatal. Bila masanya pulak aku sombong? Aku cuma berlagak cool sahaja bodoh!

            “Dia tak sombong cuma sukar didekati. Tapi itu yang menariknya fasal Mirza.” Gadis cantik itu masih jua mempertahannya.

            Come on Elin, takkanlah kau sukakan Mirza tu.”

            Elina terdiam. Suka? Bukan suka sahaja tapi dia sudah obses. Ke mana-mana sahaja Mirza pergi, dia akan memandang lelaki itu. Mirza sahaja yang langsung tidak perasan dirinya. Dia juga pernah ke rumah Mirza sewaktu majlis di rumah Tuan Fahrin. Lelaki itu majikan ayahnya di Sri Rentah Architects.

            “Ada orang tu gilakan Adham Mirza tu. Mesti kau bersyukur dia tak ambil SPM tahun lepas kan? What kind of idiot yang boleh terlepas ambil exam yang penting tu?” Ketawa gadis-gadis itu membuatkan Mirza menarik nafas panjang. Sabar Mirza, cool down.

            Elina seakan tidak senang mendengar sindiran teman-temannya. Wajahnya mencuka.

            He’s not an idiot Dija. Watch  your mouth okay.” Marah Elina.

            Okay, I’m sorry. Ya aku tak patut kutuk Adham Mirza tu. Tapi tahun ini aku tak rasa dia akan lulus SPM tu. Kawan aku yang sekelas dengan si Mirza tu cakap Mirza tu memang pemalas dan worthless. Aku pun tak faham kenapa dia nak bersekolah kat sini lagi sedangkan dia tu anak orang kaya. Kalau aku mesti malu nak datang sekolah hari-hari dan sekadar habiskan masa dengan tidur dalam kelas, lepas tu balik.” Gumam Kadija lagi seraya menghembus asap rokok dari hidungnya.

            “Kau tak tahu apa-apa so better kau diam. Untuk pengetahuan kau, Adham Mirza accident tahun lepas dan dia cedera. Sebab tu dia tak ambil exam tu. “ Getus Elina dengan wajah mencuka.

            “Elin, aku tahu cerita tu. Semua orang kat sekolah tahu yang Mirza tu pergi mendaki Gunung Tebu tu dua hari sebelum exam sebab dia tak nak ambil peperiksaan tu. Aku rasa dia sengaja cederakan kaki dia at that time supaya dia boleh skip exam.” Gelak Kadija lagi.

            Elina mengetap bibir. Tak guna dia terus melayan Kadija yang memang sudah terang-terangan sengaja mencari fasal dengannya. Entah apa yang tidak kena dengan gadis itu dia sendiri tidak tahu.

            “Kalau kau terus mengata yang buruk-buruk tentang Mirza, aku rasa lepas ni kita tak payah jumpa lagi.” Gumam Elina nekad.

            “Wow..friends, apa ni? Takkan sebab Mirza tu korang berdua nak gaduh. Relaks la, benda kecil aje. Rasanya tadi kita bercakap tentang Ryan, budak baru tu. Kenapa tiba-tiba timbul nama Mirza pulak?” Lili kelihatan bingung dibuatnya. Dia menjeling Aira yang hanya menjongketkan bahu, tanda malas mahu masuk campur perang mulut antara Elina dan Kadija yang bukan sekali ini berlaku. Sudah acap kali. Kedua-duanya kalau bertemu tidak berperang mulut memang tidak sah.

            Elina mendengus keras lalu segera meninggalkan tempat itu. Kadija hanya ketawa kecil.

            “Sensitif sangat. Langsung tak boleh dengar Mirza kena kutuk sikit.” Komen Kadija.

            “Kau pun satu. Dah kau tahu yang Elin suka si Mirza tu, yang kau sengaja tambahkan minyak dalam api tu kenapa?” Rungut Lili seraya menjeling sahabatnya itu.

            “Salah ke? Memang betul apa yang aku cakap.” Kadija tidak mahu mengaku kalah.

            “Aku nak merokok pun tak senang.” Rungut Aira pula yang masih belum sempat mahu menghabiskan sedutan demi sedutan rokoknya. Lili mengambil rokok dari jepitan tangan Aira lalu turut menyedutnya dalam-dalam sebelum dihembus keluar.

            See? Dah habis ni, jom kita keluar sebelum terserempak dengan cikgu.” Ajak Lili lalu segera beredar dari situ diikuti langkah kawan-kawannya.

            Mirza keluar dari tempat persembunyiannya setelah yakin keempat-empat gadis itu sudah beredar. Hendak marah pun ada, hendak ketawa pun ada mendengar perbualan keempat-empatnya. Macamlah aku kisah sangat dengan pendapat diaorang! Getus Mirza seraya kembali ke bangku kayu itu untuk menyambung tidurnya yang tergendala. Namun belum sempat dia mahu berbaring di situ, pintu bilik itu tiba-tiba dikuak dari luar. Mirza tergaman menyedari seraut wajah sedang terpaku memandang ke arahnya. Elina! Gadis yang bersungguh-sungguh mempertahankannya kini berada di hadapannya.

            Elina benar-benar terkejut melihat Mirza berada di bilik itu. Kedatangannya ke situ kerana menyedari rantai tangannya mungkin tercicir di situ. Tapi tak disangka-sangka lain pula yang ditemuinya.

            “Mir…Mirza?” Tergagap-gagap dia mahu menyapa Mirza.

            Mirza sekadar merenung wajah anak gadis itu dengan pandangan serius. Sebahagian hatinya merasa terganggu kerana tidurnya yang asyik tergendala. Sebahagian yang lain merasa tertarik pada gadis yang konon-kononnya sudah lama meminatinya itu. Elina. Hmm..boleh tahan orangnya. Cantiklah jugak! Dia menilai gadis itu dari atas ke bawah.

            “Awak...awak dah dengar ke tadi?” Elina semakin gelisah. Dia pasti, perbualannya dengan rakan-rakannya mungkin sudah didengari lelaki itu.

            “Dari A sampai Z.” Jawab Mirza selamba.

            “Saya minta maaf Mirza. Mereka tak patut cakap macam tu pada awak.”

            “Tak apa, saya tak kisah pun. Yang awak nak marah-marah tu kenapa?” Mirza ketawa kecil. Dia melangkah ke muka pintu. Elina terpinga-pinga melihat Mirza sudah mahu angkat kaki dari situ.

            “Err.. Mirza.” Panggil Elina.

            Langkah Mirza terhenti. Perlahan-lahan dia membalikkan tubuh. Wajah anak gadis itu ditatap lama. Sabar menanti apakah yang mahu diperkatakan anak gadis itu padanya.

            “Err…fasal tadi.”

            “Fasal apa?” Kening Mirza terjongket. Wajah merah padam gadis itu ditatap selamba.

            “Awak kata awak dengar dari A sampai Z. Maksudnya awak dah tahu kan apa yang saya rasakan?” Elina mencuba nasib dengan dada berdebar-debar.

Mirza menarik nafas panjang. Perlahan-lahan dia menapak ke arah Elina.

Menyedari lelaki muda itu semakin mendekatinya, dada Elina berdebar-debar seketika. Wajah tampan Mirza menjengah wajahnya agak rapat. Elina menelan liur. Dia belum pernah berada sehampir ini dengan Mirza. Selalunya dia hanya mampu melihat Mirza dari jauh. Setiap kali mereka berselisih jalan, sepasang mata yang bulat bersinar itu langsung tidak sudi memandang ke arahnya. Tapi apa yang berlaku saat ini bagaikan dalam mimpi.

“Siapa nama awak?” Tak disangka-sangka Mirza bertanya.

“Err..E..Elina.” Jawab Elina tergagap-gagap.

“Awak suka saya?”

Elina tersentak. Sepasang matanya segera mencari wajah Mirza yang kelihatan serius. Aduh! Pertanyaan apakah itu?

“Awak suka saya ke tidak?” Tanya Mirza ingin tahu.

“Su..suka.” Terluah jua perkataan itu dari bibir Elina. Selepas ia keluar, Elina hanya mampu tunduk. Malu menyelubungi diri saat mulutnya sudah mengakui rasa hati yang sudah lama terpendam di jiwa.

“Kalau macam tu, saya tunggu awak kat Old Town di Midvalley jam 8 malam ini. Jangan lupa datang.” Mirza tersengih seraya berlalu pergi dari situ meninggalkan Elina yang terpisat-pisat tidak percaya dengan apa yang baharu didengarnya.

Mirza nak jumpa aku? Is this for real? Elina cuba mencubit pipinya. Pipi terasa perit, bermakna dia bukan sekadar bermimpi.

 

No comments:

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!