Followers

CINTA BUKAN LARANGAN - 2014 ( Limited Edition Only)

CINTA BUKAN LARANGAN - 2014 ( Limited Edition Only)
Ekslusif dan tidak dijual di kedai buku, hanya di blog dan fb penulis sahaja :untuk memesan : email arr_nita@yahoo.com/ FB : Anita Aruszi

BLURB CINTA BUKAN LARANGAN (New)

Tajuk : Cinta Bukan Larangan
Penulis : Anita Aruszi
Harga : RM32.90
Penerbit : GN Publishing
ISBN : 978-967-10425-3-3
M/s : 803ms
Genre : Cinta dan Kekeluargaan

Tagline
Cinta Ini Terlarang..
Ibarat Buah Khuldi Yang Haram Disentuh Adam…

Diaz dan Dina Azura, dua adik beradik yang membesar bersama tetapi tidak pernah sebulu. Ada sahaja yang tidak kena di hati Diaz yang terang-terangan membenci Dina Azura di dalam hidupnya. Sehingga ke satu tahap, dia cuba merogol gadis itu angkara kemarahan yang terpendam di lubuk hatinya. Namun tindakan itu telah merubah segala-galanya dalam hidup mereka. Kerana kesal dengan tindakannya, dia mengambil keputusan melarikan diri ke luar negara. Namun tindakan itu tidak mampu meluputkan setiap dosa yang dirasakannya terhadap Dina Azura.

Sepuluh tahun kemudian, Diaz pulang ke tanahair dan bekerja dengan Alma Katherine, seorang ahli perniagaan berjaya. Namun dia tidak berani berhadapan dengan Dina Azura angkara malam jahanam itu. Tapi takdir menemukan mereka semula untuk menyusun kepingan-kepingan puzzle dalam hidup mereka. Tapi masihkah ada benci di hatinya atau segala-galanya telah berubah?

Bagi Dina Azura, dia tidak pernah membenci Diaz. Malah takkan mungkin membenci lelaki itu. Sejak kecil dia mengagumi Diaz, sehinga adakala dia terseksa kerana dibenci tanpa sebab. Malah seluruh jiwanya terseksa kerana selama ini dia menyimpan rahsia yang tidak mampu diceritakan kepada sesiapa. Isi hatinya takkan mampu diluahkan lantaran dia sedar betapa besar dosanya mencintai abang sendiri.

Perkenalan Dina Azura dengan Johan telah menyemat cemburu di hati Diaz tanpa disedari. Hubungannya dengan Dina Azura adalah sebuah hubungan yang takkan mungkin. Mereka tidak mungkin bercinta. Tidak mungkin bersama sama. Tidak mungkin untuk segala-galanya. Tidak mungkin untuk selama-lamanya. Kerana itu Diaz menahan diri. Dan bila Johan hadir di antara mereka, segala-galanya yang tidak mungkin itu bukan lagi satu halangan. Diaz nekad mahu membetulkan segala-galanya. Tapi rahsia yang disimpannya selama 15 tahun itu hanya akan melukakan hati ramai orang. Bolehlah dia menjaga hati ramai orang dan membiarkan hatinya sendiri dilukai? Mampukah lagi dia menyimpan rahsia ini dari pengetahuan Dina Azura sedangkan gadis itulah yang paling mahu dilindunginya?


Abang jangan judge orang dengan hanya memandang luaran sahaja. Sekurang-kurangnya
Johan sanggup pertahankan maruah adiknya dari lelaki-lelaki tak guna tu. Dia seorang abang yang baik – DINA AZURA

Johan baik? Jadi abang lelaki jahat? – DIAZ HAFIZI

Saya cuma nak awak pilih antara saya dan Diaz. Dan berhenti menyakiti hati saya seperti ini Dina – JOHAN


Friday, November 15, 2013

Dia..Beautiful Lie : Bab 1


BUNYI langsir diselak di biliknya menganggu tidurnya. Dia mengeliat-geliut di dalam selimut. Dari celah mata yang separuh terbuka, dia melihat sesusuk tubuh sedang menyelak langsir-langsir di biliknya. Terkebil-kebil anak matanya memandang bentuk punggung montok yang sedang membelakanginya. Dahinya berkerut sedikit. Sejak bila ada maid seksi di rumahnya? Dia mahu bangun, tapi kulit kepalanya terasa menyengat. Dia mendesis kesakitan.

            “You ni siapa?” Soalan itu meluncur dari bibirnya.

            Wanita itu berpaling, menyerlahkan seraut wajah cantik yang bemekap agak tebal. Senyuman manis terukir di bibir itu.

            “Selamat pagi tuan muda. Bukankah you patut bangun dan pergi sekolah sekarang? Dah dekat pukul 7 dah ni.” Ujar wanita itu seraya mengerling jarum jam di dinding kamarnya.

            Dia terkedu. Betulkah wanita itu maid baru yang ayahnya upah? Tapi sejak bila pula agensi pembantu rumah mempunyai maid seperti itu? Pakaian ketat yang membalut tubuh wanita itu bisa membuatkan sesiapa yang memandang akan sesak nafas. Dirinya tidak terkecuali.

Wanita itu tiba-tiba mendekatinya. Menyedari wanita itu bermaksud mahu menarik selimut yang membalut tubuhnya, dia segera menyedari sesuatu. Cepat-cepat dia menarik selimutnya rapat ke tubuh.

Si wanita tergaman lalu ketawa kecil. Wajahnya sudah berubah kelat. Macam tahu-tahu sahaja wanita itu! Senyuman nakal itu membuatkan dia menarik nafas panjang. What the hell!

            Do you mind? Keluar dari bilik I,  I nak bersiap.” Pintanya bagaikan satu arahan.

            Wanita itu hanya ketawa seraya memandangnya.

            “You tak nak tahu ke I ni siapa Mirza?” Tanya wanita itu seperti memprovok.

            Terkelip-kelip dia memerhatikan wanita itu. Orangnya memang berwajah agak cantik dan bertubuh seksi. Lebih seperti citarasa ayahnya!

            “Nama I Yasmin. I teman wanita ayah you. Masa you balik lewat malam semalam, I nampak you. Hmm..tak baik anak muda macam you, masih bersekolah pulak tu balik mabuk-mabuk malam semalam. Mujurlah I ada. I yang tolong papah you masuk bilik.” Ujar wanita tersenyum.

            Dia terdiam mendengar penjelasan wanita itu. Patutlah kepalanya pusing sahaja. Teruk sangatkah dia mabuk malam semalam? Seingatnya dia hanya menjamah dua atau tiga gelas brandi yang keras sebelum dia tumbang. Entah siapa yang menghantarnya pulang pun dia tidak tahu. Mungkin Zarul agaknya!

            Dia melemparkan pandangan tajam ke arah wanita di hadapannya.

            “Betul you ni teman wanita papa I?” Soalnya bagaikan tidak yakin.

            “Ya sayang. Dia tak pernah cerita fasal I?” Suara Yasmin bertukar manja. Wanita itu tergedik-gedik menghampirinya di bucu katil.

            “I don’t think so.” Dia tersengih.

            “Jahat! Sampai hati you.” Muncung Yasmin sudah sedepa.

            Seriously, I pun tak perasan. Well, papa I tu suka longgokkan perempuan macam longgok baju terpakai. Siapa yang dia bawa balik tiap-tiap malam pun I dah tak ingat. Ramai sangat.” Gelaknya.

            Memang dia jujur bila mengatakan begitu. Baru dua malam lepas ayahnya membawa seorang wanita balik ke rumah ini? Sekarang yang ini pulak? Dia tersenyum sinis. Like father like son. Dia sendiri tidak ada beza dengan ayahnya. Mereka berdua hidup seperti dua lelaki bujang yang berkongsi rumah, bukan seperti antara ayah dan anak. Itu yang membezakan dirinya dengan kawan-kawannya. Ayahnya bukan jenis ayah tipikal yang mengawal anak-anak siang dan malam. Ayahnya lebih terbuka. Mungkin sangat terbuka sehingga kebanyakan sifat-sifat dan kelakuan buruknya datang dari ayahnya sendiri.

            Dia sedar, sejak kecil dia tidak pernah kenal tikar sembahyang. Dia tidak pernah berpuasa, tidak pernah ke masjid bersolat Jumaat dan tidak pernah melakukan apa-apapun kecuali berpoya-poya dengan wang ayahnya yang mempunyai firma arkitek sendiri.

            Namanya Adham Mirza, baru berusia 18 tahun. Dia sebenarnya mengulang setahun persekolahan kerana terlepas menduduki peperiksaan SPM. Ketika itu dia berada di Gunung Tebu mendaki bersama rakan-rakan abangnya. Meskipun akan menduduki peperiksaan, tapi dia tetap berdegil mahu mengikut abangnya Adrenaz Imran. Akibatnya mereka tersesat ketika mahu mencari jalan pulang dan dia pula mengalami kecederaan kerana terjatuh. Hampir dua hari juga baru mereka berjaya diselamatkan oleh anggota penyelamat dan orang-orang kampung terdekat. Itupun dia terpaksa menghabiskan seminggu di hospital merawat kakinya yang cedera. Itu yang menyebabkan dia sekarang adalah senior kepada teman-teman sekelasnya.

            Dia sebenarnya langsung tidak pernah serius dengan hidupnya. Berulangkali dia memujuk ayahnya menghantarnya ke luar negara, tapi syarat lelaki itu mahukan dia lulus dalam SPM.

            No SPM, no oversea. Get that?”

            “But pa, Mirza malu nak  ambil SPM tu. Mirza bukan budak-budak lagi.”

            “Adham Mirza, you tak pernah ambil SPM pun remember? Jadi kenapa nak malu pulak. Papa dengar you sekarang hot stuff kat sekolah you. They adore you so much, so nak malu apa? Pergi sekolah, belajar dan kemudian habis SPM nanti, papa akan hantar you ke Amsterdam macam Drew.” Ujar ayahnya.

            But pa…”

            No excuses this time. Sudahlah, papa ada dinner malam ni. Maybe papa balik lambat, jadi tak payah tunggu papa balik.” Lelaki itu mengenyitkan mata seraya berlalu pergi dari situ.

            Dia hanya mampu mengeluh. Kenapa dia harus ke sekolah sedangkan Drew abangnya sedap-sedap sahaja buat apa sahaja yang disukainya di luar negara? Damn it Drew! Kau sukalah sebab aku kena dera dengan papa begini!

            “Hmmm…teruk dah anak Tuan Fahrin ni. Time-time macam ni masih sempat melamun?” Suara wanita itu muncul, menghentikan lamunannya.

            Mirza menoleh. Yasmin sempat mengenyitkan mata lalu beredar dari biliknya. Dia menoleh ke arah jarum jam yang tidak pernah berhenti berputar. Mengenangkan hari ini dia terpaksa hadir ke sekolah, wajahnya mencemik kebosanan. Gosh! Bosan!

            Selesai mandi dan berpakaian seadanya, dia turun ke bawah. Di meja makan, dia melihat ayahnya dan wanita yang ditemuinya tadi sedang rancak berbual. Sesekali dia melihat tangan kedua-duanya bersatu. Hendak tersenyum dia melihatnya. Pemandangan yang biasa sahaja! Ayahnya jika hendak menggatal, tak perlu buat sorok-sorok. Di hadapannya pun jadi!

            Good morning Mirza. Lewat sangat pagi ni, tak takut kena marah cikgu ke?” Tegur ayahnya.

            Dia mengambil tempat duduk di hadapan lelaki itu. Baharu dia mahu mengambil sekeping roti, tangan Yasmin sudah mendarat pada pinggan roti.

            “Biar I yang buat. You nak jem apa? Strawberry or blueberry?” Tanya Yasmin dengan senyum menggoda.

            “I nak makan nasi lemak sebenarnya. Tapi roti pun okey. Kalau you nak kahwin dengan papa I, you kena tahu memasak nasi lemak.” Ujarnya selamba.

            Yasmin ketawa kecil mendengarnya.

            “I tak makan benda-benda tu semua Mirza. I ni model, kena jaga badan. Nasi lemak tu kalorinya tinggi.” Ujar Yasmin. Dia menyapu jem strawberry pada roti di tangannya lalu menghulurkannya pada Mirza.

            “Tinggi pada you tapi I ni muda lagi. You tidur dengan papa I ke semalam?”

            Yasmin yang sedang meneguk minumannya terbatuk-batuk. Merah padam wajah Yasmin mendengar pertanyaan itu keluar dari mulut anak muda di hadapannya. Dia menjeling Tuan Fahrin yang hanya tertawa kecil mendengar pertanyaan si anak.

            “Kenapa you nak malu? Perkara biasa aje bagi I. Lagipun you bukan perempuan pertama yang keluar masuk dalam rumah ini.” Ujar Mirza selamba. Dia mengigit roti itu lalu mengunyahnya perlahan. Sebelah tangannya mencapai sesuatu dari dalam beg sandangnya lalu menyerahkannya pada ayahnya.

            “Apa tu?” Tuan Fahrin tertarik pada objek di hadapannya.

            My report card.” Ujarnya tersengih

            Tuan Fahrin mengambilnya lalu menyelak helaian demi helaian.

            “Apa ni Mirza? Belum pernah lagi dalam keturunan kita yang tak pandai belajar. Teruk sangat ni, merah sana sini. Kalau Drew nampak, dia mesti ketawakan you.” Keluh Tuan Fahrin.

            “Kan I dah cakap dulu pa, I nak belajar kat luar negara macam Drew.”

            “Dan macam papa cakap dulu, kalau you tak mampu nak dapat keputusan yang baik dalam SPM, you tak layak ke luar negara sambung belajar macam Drew. Come on Mirza, you bukan bodoh cuma malas sahaja.  Kalau macam ni la gayanya, papa patut upah cikgu untuk you.” Termenung panjang Tuan Fahrin dibuatnya.

            “Cikgu? No way papa. I dah bosan setengah mati kat sekolah tu and now you nak upah cikgu datang ke sini? Tak mahu! I don’t need them.” Mirza bingkas bangun dengan wajah bosan. Dia membetulkan beg sandangnya ke bahu lalu segera beredar dari ruang makan.

            Tak lama kemudian, bunyi enjin motorsikal yang memekak di petak garaj di luar, membuatkan Tuan Fahrin mengeluh panjang. Degil! Mujurlah anaknya yang seorang lagi Drew tidak sedegil Mirza. Entah apa yang patut dilakukannya untuk membaiki prestasi pelajaran anak muda itu. Diikutkan dari gred anak itu, memang sah Mirza langsung tidak pernah belajar apa-apa di sekolah. Entah apa yang budak itu buat di sekolah selama ini agaknya?

            “You tu manjakan sangat dia. Itu sebab dia jadi macam tu.” Yasmin di sebelah bersuara.

            Tuan Fahrin menoleh. Merenung tajam wajah wanita itu. Siapa Yasmin hendak mengajarnya apa yang boleh dan tak boleh dilakukannya pada anaknya sendiri?

            “Dia anak I, Yas.”

            “And you bapa paling open minded kat dunia ni I rasa. Dia minum arak you tak marah, dia ke kelab malam you tak marah. Jangan-jangan dia bawa balik perempuan pun you tak marah. Hebat you!” Sindir Yasmin seraya ketawa kecil.

            Tuan Fahrin menarik nafas panjang. Yasmin memang bermulut agak lancang dari mana-mana kenalan wanitanya. Namun dia tidak peduli dengan kata-kata wanita  itu. Meskipun dia dan Mirza tidak normal di mata orang lain, tapi dia benar-benar mahu Mirza berjaya dalam hidup. Sekurang-kurangnya dia mahu Mirza mewarisi firma arkitek kepunyaannya setelah Drew lebih suka mempelajari bidang lain. Suka atau tidak, Mirza harus belajar dengan seorang tutor. Tapi dari mana dia mahu mencari seorang tutor peribadi untuk Mirza? Keluh Tuan Fahrin bingung.

            “I nak cari tutor peribadi untuk Mirza. You tahu mana-mana cikgu yang boleh mengajar Mirza di rumah?” Ujarnya perlahan.

            Yasmin terdiam. Tutor? Dia termenung seketika.

            “I rasa I boleh bantu you. Kakak I pernah cerita fasal seorang tutor yang dia upah untuk anaknya. Bagus tutor ni. Keputusan peperiksaan anaknya pada mulanya merosot tapi sekarang dah meningkat lebih baik. Kalau you nak I tolong, I boleh carikan dia.” Ujar Yasmin menawarkan bantuan.

            “Betul you boleh tolong?” Tuan Fahrin mengerutkan dahinya.

            Come on Fahrin. You ni macam tak percaya I aje.”

            “Manalah I tahu. I takut bukan cikgu yang you bawa datang ke mari tapi dari social escort.” Tuan Fahrin ketawa kecil.

            Yasmin tergelak mendengarnya. Social escort? Kalau begitu bukan setakat Mirza yang nak belajar, tapi dengan Fahrin sekali mungkin! No way! Fahrin  kepunyaannya. Dan Mirza akan jadi kepunyaan Adriana! Dia akan pastikan itu berlaku! Adham Mirza, let me introduce you to the sweetest, beautiful lie in your life.  Something that you won’t forget easily!

 

2 comments:

sweetstalker said...

wow,jln crita yg len dri karya sista sblm2 ni,sgt teruja nk tw next n3,tp mcm xsng0p plak nk bc liku2 idup si mirza lph ni hu3

anita aruszi said...

ya mungkin kali ini agak berbeza sedikit..ini genre thriller romantis

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)

NANTIKAN VENOM SURIA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA  PWTC MULAI 27 APRIL, TERBITAN BUKU PRIMA (RM25.90)
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyiksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!