Idlan segera mencempung gadis itu naik ke tebing. Sesudah itu dia membaringkan Orked beralaskan rumput-rumput hijau. Melihat gadis itu tidak sedarkan diri, Idlan semakin cemas. Dia memeriksa nadi di pergelangan tangan gadis itu. Masih ada tapi lemah!
“Dia dah banyak telan air. Buat CPR bang.” Suruh suatu suara.
Idlan berpaling ke arah dua remaja lelaki yang turut berada di situ. Kalau bukan kerana kedua-duanya, mana mungkin dia sedar Orked lemas di tasik itu. Tapi untuk melakukan bantuan pernafasan, entah kenapa dia jadi serba-salah.
“Tunggu apa lagi bang, buatlah. Nanti mati pulak dia.”Gesa salah seorang anak muda itu. Idlan memandang wajah Orked yang pucat membiru. Rambut gadis itu yang menutup mata diselak dengan jarinya. Sekali lagi dia memeriksa nadi Orked. Tidak kedengaran apa-apa. Idlan gugup. Tidak! Aku tak boleh biarkan dia mati.
Idlan segera bertindak. Tubuh Orked yang kaku dibetulkan posisinya. Tengkuk anak gadis itu didongakkan sedikit dengan menolak dagu Orked ke atas. Sesudah itu dia membuka mulut Orked untuk membuka saluran pernafasan.
Hidung gadis itu dipicit sebelum dia mula melekapkan mulutnya ke mulut gadis itu lalu menghembus udara sebanyak dua kali. Dia melakukannya beberapa kali. Melihat keadaan Orked masih sama, Idlan meneruskan tindakannya. Tapi ketika dia mahu menghampiri wajah gadis itu, mata Orked tiba-tiba terbuka.
Idlan terkejut. Dia tidak sempat melarikan wajahnya. Matanya berbalas pandang dengan Orked yang terkebil-kebil sedang menatapnya.
“Kau buat apa ni?” Bisikan gadis itu menyentuh telinganya.
“Err..abang..abang cuma..” Tiba-tiba sahaja Idlan tergagap-gagap. Seolah-olah dia baharu sahaja melakukan kesalahan besar. Aduh! Yang aku gagap ni kenapa pulak? Itu kan perkara emergency. Yang terpaksa dilakukan atas dasar untuk menyelamatkan gadis itu. Hati kecilnya cuba memujuk diri sendiri.
“Orked lemas tadi. Abang tak ada jalan lain. Abang terpaksa buat CPR.” Idlan berterus terang seraya tersengih.
Pang! Habis bercakap, satu tamparan singgah di pipi kirinya. Idlan terkejut lalu meraba pipinya yang berbekas. Dia melontarkan pandangan ke arah Orked yang bingkas bangun dengan wajah merah padam.
“Sex Maniac! Lain kali jangan harap aku nak percaya pada kau lagi.” Usa i mengherdik Idlan, Orked segera berlari ke arah rumah tumpangan itu. Meninggalkan Idlan yang terpinga-pinga dengan wajah bingung.
Suara ketawa mengalihkan perhatian Idlan dari kelibat tubuh Orked yang semakin jauh. Dia menoleh. Dua remaja lelaki itu tersengih-sengih memandang ke arahnya.
“Kasihan abang. Nak buat baik, tak fasal-fasal kena pelempang pulak. Siapa awek yang garang sangat tu?” Tanya salah seorang darinya.
“Brutal betul. Macam singa!” Ulas yang seorang lagi.
Idlan tersenyum gelihati. Komen anak-anak muda itu ditelan dengan wajah lucu. Sesekali singgah perit di pipi kirinya angkara tampa ran Orked yang menyengat. Mesti lepas ni lebam, bisik hati kecilnya seraya meraba pipinya.
“Hebat abang ni. Tiga kali ciuman aje, dia dah sedar.” Usik anak muda itu lagi.
Idlan menjeling. “CPR…” Idlan membetulkan panggilan lelaki muda itu.
Kedua lelaki muda itu ketawa besar. “Ya..ya betul CPR..” Gela k kedua-duanya seraya mengenyitkan mata. Mahu tak mahu Idlan turut sama ketawa. Sekadar melayan kedua-duanya yang begitu ramah tamah dengannya.
“Ingat, lain kali jangan nak main-main macam tu lagi. Tak fasal-fasal ada oran g salah sangka.” Pesan Idlan sebelum beredar.
“Sorrylah bang, kami memang tak sengaja. Nak main-main aje, tak sangka pula dia nak cuba tolong sampai diri sendiri lemas. Ucapkan maaf dari pihak kami ya.” Ungkap salah seorang dari anak muda itu yang bertubuh kurus runcing.
“Insya Allah.” Idlan mengangguk lalu bersalaman dengan kedua-duanya sebelum mereka berpisah haluan.
Sebaik kelibat kedua-duanya menghilang, Idlan menoleh ke arah bumbung rumahnya yang kelihatan dari kawasan tebing tasik itu. Entah kenapa dia menarik nafas panjang. Setelah insiden sebentar tadi, pasti akan lebih sukar untuknya memujuk anak gadis itu. Takkan baru satu hari, kau dah mengaku kalah Id! Hati kecilnya memprovok diri sendiri.
“Dia gadis yang sukar dijangka.” Bisik Idlan sebagai jawapan kepada hatinya. Bukankah lebih baik kalau Orked seperti Nadya yang lemah lembut dan penyayang.
Tapi jika Nadya gadis yang sempurna, kenapa kau meninggalkannya di London? Kenapa tidak kau bawa dia pulang ke mari untuk diperkenalkan pada mama kau sebagai calon isteri? Kenapa? Sekali lagi suara hatinya muncul.
Idlan menarik nafas panjang. Tiada jawapan muncul di bibirnya kali ini!





3 comments:
hahahaaa,ksian hero dpt plempang!!
makin best kak anita.cepat sambung.cant wait :)
cian Idlan kene penampor..jgn lemah semangat ok..kalau suka ckp suka, hihi
Post a Comment