THE WORLD OF ANITA ARUSZI

Everyone has a dream..but my dream is to wanna make ur happy..

Followers

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

            Come era?” Tanya seorang lelaki berwajah asing pada Sarah yang baru keluar dari sebuah bilik. Wanita itu memandang suaminya lalu tersenyum. Iman Rayyad yang berada di pangkuan lelaki itu diacah-acah menyebabkan anak kecil itu ketawa. Daud Callisto Abdullah turut ketawa kecil melihat telatah anak kesayangannya.
            Dorme.” Jawab Sarah sepatah. Merujuk kepada gadis yang sedang tidur di bilik tetamu keluarganya di Corvetto Residence yang terletak 1.8 batu dari pusat bandar Milan.
            E giusta?” Daud bertanya lagi, ingin tahu.
            Sarah terdiam. Pertanyaan lelaki itu dibalas dengan keluhan. Dia tahu suaminya hanya turut sama mengambil berat.
            “Dia menangis sepanjang perjalanan dari airport tadi.” Ujar Sarah lagi.
            Dia turut hairan dengan sikap Orked sewaktu di dalam keretapi beberapa jam yang lalu. Orked menangis seperti kehilangan sesuatu. Tangisan gadis itu begitu sayu dan meruntun hati sesiapa sahaja yang memandangnya tika itu. Dia juga masih ingat nama yang dijerit oleh Orked berulangkali di atas keretapi tadi. Idlan! Siapa Idlan? Hati Sarah tertanya-tanya.
    *  *  *  *       
            Cahaya menyuluh masuk melalui celah-celah tirai jendela yang tersingkap. Orked masih terpisat-pisat di atas katil. Perasaan keliru dan bingung saling bercambah dalam dirinya. Dia merenung persekitaran bilik tidur yang dilengkapi perabut mewah bergaya Inggeris itu. Cuba mengingati semula bagaimana dia boleh terperosok di atas katil mewah yang asing dari kamar tidurnya sendiri.
            Sejauh yang masih diingatinya, dia mengikut wanita bernama Sarah yang ditemuinya di dalam kapal terbang. Menaiki keretapi ekspress dari Lapangan Terbang Antarabangsa Malpensa sehingga ke Stesyen Cadorna. Di Stesyen Cadorna, mereka dijemput seorang lelaki berbangsa Italy. Tapi siapa lelaki itu dia tidak sempat untuk ambil tahu lantaran matanya yang bengkak-bengkak kelmarin.
            Bunyi daun pintu berkeriut membuatkan Orked berpaling. Di muka pintu, Sarah berdiri sambil tersenyum memandangnya.
            “Orked dah bangun?” Sapa Sarah lalu menghampirinya di birai katil.
            Dia hanya mampu mengangguk.
            “Kak, saya di rumah kakak ya?” Soalnya inginkan kepastian.
            Sarah ketawa besar mendengar kata-katanya. “Yalah kita kat rumah akak, takkan kat hotel kut. Orked tak ingat?”
            Dia menggeleng sambil memegang kepalanya yang berdenyut-denyut sedari tadi.
            “Bilik ni besar macam istana.” Komen Orked tanpa sedar. Dia tidak berniat mahu mengatakannya tapi entah kenapa semua itu meluncur laju dari mulutnya tanpa disedari.
            “Rumah ni sengaja dibina dengan senibina Inggeris dan digabungkan dengan senibina di zaman Renaissance Italy sewaktu era Florence dulu. Suami kakak yang bina rumah ni. Dia seorang arkitek. Nama Islamnya Daud Callisto Abdullah.” Terang Sarah.
            Barulah Orked mengerti kedudukan sebenarnya. Rupa-rupanya Sarah berkahwin dengan warga Italy dan menetap di Milan. Patutlah wajah Iman Rayyan tidak seperti kanak-kanak melayu yang lain.
            “Kakak bekerja?” Tanya Orked ingin tahu.
            Sarah menggeleng. “Dulu akak belajar di Bristol, kemudian waktu bercuti ke Europe dengan kawan-kawan universiti, akak jumpa dengan suami akak. Kami jatuh cinta dan ambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Keputusan yang agak drastik kan?” Sarah ketawa lagi.
            “Mulanya ingat nak kerja, tapi  suami akak tak bagi. Dia minta akak jaga dia aje dan jaga rumahtangga kami. Akak pun tak kisah, lagipun akak suka memasak dan mengemas untuk suami dan anak akak. Dah dekat lima tahun kami kahwin dan sejak tiga tahun yang lalu akak pindah dan menetap di Milan. Setiap tiga bulan sekali, akak akan bawa Iman balik ke Malaysia untuk bertemu keluarga akak kat sana.” Cerita Sarah.
            Orked terdiam. Di dalam hati singgah rasa kagumnya pada Sarah yang berani berkahwin dengan warga asing dan hidup di rantau orang. Kalau jatuh di tempatnya, belum tentu dia akan berani melakukannya.
            “Keluarga kakak macamana? Mereka tak kisah?”
            Sarah tersenyum kecil. “Mula-mula dulu mereka memang menghalang hubungan antara kakak dan Daud. Tapi Daud sanggup ikut akak balik ke Malaysia jumpa keluarga akak. Sebelum tu dia belajar cakap bahasa melayu selama beberapa bulan, supaya senang dia nak berkomunikasi dengan keluarga akak. Dekat berbulan-bulan jugaklah dia tinggal di kampung akak. Lama-kelamaan keluarga akak mampu terima Daud sebagai sebahagian dari keluarga kami.  Dan kami kahwin dan bahagia sehingga sekarang. Iman satu-satunya pengikat cinta kami.”
            Melihat kebahagiaan yang terpancar pada raut wajah Sarah ketika bercerita, Orked tiba-tiba dilanda perasaan sedih. Pilu hatinya melihat cinta murni antara Sarah dan suaminya mampu berakhir ke jinjang pelamin. Sedangkan cintanya musnah di tengah jalan. Sebelum sempat ia mekar dan berkembang.
            “Orked..” panggil Sarah.
            Orked berpaling Terpinga-pinga dia memandang Sarah yang sedang menatapnya dengan wajah serius.
            “Kalau kakak tanya sesuatu, Orked jangan marah ya.” Ujar Sarah.
            Orked terkedu sebentar. “Maksud kakak?”
            “Kakak bukan nak menyibuk. Tapi kejadian semalam buat kakak tertanya-tanya. Kenapa dengan Orked sebenarnya? Siapa lelaki yang Orked panggil waktu kita kat stesyen keretapi tu?” Soal Sarah ingin tahu.
            Orked terpempan. Dia benar-benar tidak menyangka dirinya akan disoal dengan pelbagai soalan demi soalan dari mulut Sarah. Tiba-tiba sahaja ingatannya tumpah pada wajah lelaki seiras Idlan yang ditemuinya kelmarin. Semalaman dia menangis kerana teringatkan lelaki itu. Entah sejak bila dia terlena dengan sisa-sisa airmata masih di pipinya.
            “Maaf kalau Orked tak nak jawab pun tak mengapa. Kakak takkan memaksa.” Ujar Sarah apabila melihat  gadis di hadapannya diam sahaja. Timbul perasaan serba-salah di hati Sarah kerana sibuk mahu mengambil tahu hal yang bukan menjadi urusannya. Dia segera bingkas bangun dari birai katil.
            “Kakak keluar dulu. Lepas Orked mandi dan bersiap, keluar tau. Kakak dah sediakan breakfast untuk Orked. Nanti kita breakfast sama-sama.” Ujar Sarah lalu tersenyum. Dia segera menuju ke arah pintu. Namun belum sempat dia mendahului langkah, suara Orked kedengaran memanggilnya. Sarah berpaling. Terlihat mata anak gadis itu basah ketika memandangnya. Sarah terkejut besar.
            “Orked? Kenapa ni?”
            “Maafkan Orked kak sebab tak mampu nak berterus-terang dengan kakak. Mungkin Orked ni yang sudah gila. Masih terkenang-kenangkan orang yang sudah mati. Orked ke mari sebab nak cuba lupakan dia. Tapi tak sangka sehingga ke mari pun, bayang-bayangnya masih wujud di hadapan mata Orked.” Ujar gadis itu.
            Sarah terkedu. Kata-kata gadis itu membuatkan dia menarik nafas panjang. Jadi itu tujuannya kenapa gadis semuda Orked berani menginjakkan kakinya ke sebuah negara asing? Hanya kerana mahu melupakan seseorang! Tapi siapa lelaki yang membuatkan wajah gadis itu dalam kesedihan? Hati Sarah terus berladung dengan pertanyaan. Kasihan Orked! Tentu cintanya terhadap lelaki itu begitu mendalam. Jika tidak masakan gadis itu menjerit-jerit seperti orang gila semalam.

0 comments: