THE WORLD OF ANITA ARUSZI

Everyone has a dream..but my dream is to wanna make ur happy..

Followers

DEDALU DI HATI - STOK TERHAD!!

DEDALU DI HATI  - STOK TERHAD!!

PESANAN NOVEL DEDALU DI HATI SEDANG DIBUKA SEKARANG!!!

Harga = RM25.90
Kos Pos = RM7 (pos laju)
Total = RM32.90

Emailkan nama dan butiran diri ke arr_nita@yahoo.com.
Pesanan sehingga stok ke 3 ini kehabisan..

Ketika lelaki itu mengambil tempat duduk di kelas ekonomi, dia cepat-cepat melajukan langkah. Dia tidak ingin lelaki itu menyedari kehadirannya. Namun nasibnya malang apabila seorang wanita bersama anak kecil yang berada di hadapannya tiba-tiba berhenti mendadak. Sebelah tangan wanita itu memegang anak kecil berusia dalam lingkungan 2 tahun, manakala sebelah tangan lagi terkiai-kiai mahu membuka ruang penyimpanan barang di atas kepalanya.
            Melihat keadaan itu, dia tidak sampai hati membiarkan sahaja.
            “Kak..saya tolong?” Ujarnya. Wanita itu berpaling. Memandangnya sejenak lalu memberi laluan. Dia segera membuka ruangan penyimpanan di atas kepalanya lalu menyimpan beg-beg kecil wanita itu.
            “Terima kasihlah dik, baik hati adik ni.” Wanita itu tersenyum manis. Dia turut melemparkan senyuman seraya mengangguk. Sebaik wanita itu selesai mengambil tempat duduk, dia meneruskan langkah yang tergendala sebentar tadi. Tapi kakinya entah kenapa tiba-tiba menggeletar. Pandangan itu…renungan itu tumpah ke wajahnya. Benar-benar mirip dengan Idlan. 
            Dia menelan liur, sedikit gugup. Tapi dengan wajah selamba dia meneruskan langkah seraya cuba mencari tempat duduknya sendiri. Dia mendongak memerhatikan nombor-nombor yang berada di atas kepalanya. Jumpa! Dia sempat berpaling. Lelaki itu sedang ralit membaca akhbar The Star. Tapi tempat duduk mereka walaupun berlainan tapi tetap berhampiran. Mahu tak mahu, dengan perasaan resah dan tidak menentu, dia mengambil tempat duduknya.
            Matanya dilarikan dari susuk lelaki itu. Enggan memandang lelaki itu lama-lama, lantaran bimbang hatinya yang cuba diubati akan luka parah semula. Bukankah perjalanan ini sekadar mahu memuaskan hati Arida dan cuba untuk mengubat luka di hatinya sendiri? Bukankah ini yang patut aku lakukan? Tapi kenapa dalam saat-saat begini lelaki yang memiliki iras wajah Idlan itu hadir? Kenapa?
            Seorang lelaki nertubuh agak gempal tiba-tiba bercakap seketika dengan lelaki seiras Idlan itu. Sesekali lelaki bertubuh gempal itu menunjuk-nunjuk ke arahnya. Dia jadi resah sendiri. Dalam masa yang sama tertanya-tanya kenapa lelaki itu menoleh lalu menunjukkan jari ke arahnya. Sejurus kemudian dia mulai sedar, rupa-rupanya lelaki bertubuh gempal itu mahu bertukar tempat dengan lelaki itu. Dan malangnya tempat itu adalah di sebelah kerusinya sendiri. Tuhan! Not here! Not right now! Tapi lelaki itu sudah pun menuju ke arahnya Dia gugup! Tubuhnya langsung mengeras.
            “Sorry, saya kena tukar tempat dengan lelaki tu. Dia nak duduk sebelah wife dan anak saudara dia.” Ujar lelaki itu seraya terus duduk di sampingnya tanpa memberinya ruang dan kesempatan untuk berfikir.
            Tubuhnya terus mengeras di tempatnya. Sebarang pergerakan, sebarang bunyi tidak berani dilontar keluar. Matanya menjeling lelaki di sampingnya yang kelihatan selamba dan santai dengan jaket denim dan jeans. Beg sandang kecil yang dibawanya hanya dipegang di atas riba. Matanya diam-diam beralih ke arah wajah lelaki itu. Setiap lekuk dagu, bentuk wajah, bibir, hidung dan mata lelaki itu diteliti penuh perhatian. Nafasnya berlagu kencang. Dan perasaannya? Debaran yang sama dirasainya tatkala dia berada di samping Idlan.
            Lelaki itu tiba-tiba menoleh. Merenung dirinya yang tidak sempat mahu melarikan anak matanya. Dia terkedu. Perasaan serba salah muncul kerana merenung lelaki itu seperti sekarang. Tapi dia tidak dapat menahan dirinya. Dia tidak mampu melupakan perasaan yang sama yang dirasainya terhadap Idlan.
            “Awak tak apa-apa?” Lelaki itu bertanya.
            Dia menggelengkan kepala.
            “Awak nampak pucat. Betul ni awak tak apa-apa?” Soal lelaki itu bertalu-talu. Renungan itu menjamah wajahnya dengan pandangan aneh. Dia cepat-cepat mengalihkan anak matanya ke luar jendela. Melarikan wajahnya dari terus diperhatikan. Sekaligus mengalihkan matanya dari terus memerhatikan wajah lelaki itu yang membuai perasaannya. Yang pasti dia sedar, lelaki itu bukan Idlan. Bukan cinta yang dinanti-nantikannya selama ini. Lelaki itu hanya satu ilusi yang dihantar oleh tuhan untuk mengubat kerinduan yang dirasakannya saat ini.

0 comments: